|
|
| Monday, 28-Nov-2011 22:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pembacaan Hadis Kuttub Sittah Siri III
|
|
Assalamualaikum..
N3 kali ini,seperti tajuk diatas,event PMRAM yg berlangsung pada 29,30 & 31 Oktober yg lepas.Genap sebulan dah..saja peram lama-lama gambar-gambar ni.Memandangkan peserta2 Kuttub Sittah tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang program,(hanya dibenarkan beli/menempah gambar dari unit dokumentasi program K6 ) jadi acik juga dilarang sama sekali untuk memuat naik gambar2 dari program kali ni,(sebenarnya acik pun tak rela hasil karya acik diperdagangkan ataupun di komersialkan).
AMARAN!!gambar untuk N3 kali ini terlalu banyak!Acik tidak bertanggungjawab jika gambar2 yg dimuat naik disini tidak kelihatan di skrin komputer anda!!
1st Day- 29/10/2011
Note:Gambar majlis perasmian,acik tiada di tapak program ketika majlis berlangsung kerana acik ditugaskan pada sebelah petang pada hari pertama.Jadi ini je hasil pada hari pertama..
1
2
3
4
5
6
7
Booth Pameran ARMA -Khazanah Kita
8
9
10&11

12
13
Gerai-gerai jualan
14
15
16
17-Kaunter Pendaftaran -mengikut zon
18
19
20
21-Kaunter tempahan Kamus Al-Miftah-keluaran Azhari edisi Mesir..
22 gerai jualan
23
24-kaunter tempahan gambar program..set2 ni duk saje..
PMC on work..
24-26
27-Sheikh Rifaat Fauzi menuju ke bilik VIP
28-31 -di bilik VIP
32 Ust Zamri a.k.a Ust Yie with Olympus Trip 35

34-Reflection
35&36

37&38
39&40

41-Sheikh Aiman

43-Rehat
44&45

46
47-Heavy , 48-tinjau

49&50
51-hadirat..
52-Ust Zulhafeez
53-Ust Firdaus Noh
54&55 -Ust Solehuddin with my Yashica-A

56&57-Ust Amir

58-Yashica-A's Viewfinder
59-68- candid shoot ketika sesi rehat
69
70
71
72&73

Khazanah..


Sheikh Usamah Said Al-Azhari
Konti PMC

Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-ba'it
Bersambung...sekian dulu untuk kali ini.. perlu tidur dulu..da lewat..huhuhuhu
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Nov-2011 16:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Phototalk PMC
|
|
Assalamualaikum..
Pada 9 November 2011 acik telah dijemput sebagai pengisi slot bagi menggantikan Saudara Al-Amin (photographer PMC) untuk slot photography.Seramai lebih kurang 14 orang siswi PMC telah hadir dalam program kali ini.Program kali ini adalah pendedahan awal berkenaan photography serta asas teknikal kamera.
Bermula seawal jam 10.30pagi,di Rumah Kedah Baru Hayyu Sabie' (7),acik mulakan dengan sejarah photography secara ringkas bagaimana manusia mula merakam objek,bermula dengan suatu kamera kotak sehinggalah kepada kamera digital mutakhir ini.
Peringkat kedua adalah pengenalan kepada kamera.sistem yg digunakan serta jenis-jenisnya spttwins lense reflex , single lens reflex , rangefinder camera , Point & shoot camera, dll..
Seterusnya ,teknik asas teknikal dalam photography, berkaitan aperture,exposure atau shutter speed , ISO/ASA & komposisi.Kemudian sesi terakhir adalah praktikal cara pengendalian kamera sebelum,semasa dan selepas merakam sesuatu gambar..Sewaktu sesi praktikal pelbagai soalan yg diutarakan kepada acik.Hanya sekadar perkongsian ilmu & pengalaman dalam program kali ini.Diharapkan siswi PMC lebih faham tentang photography serta mampu mengamalkan ilmu yg telah dikongsikan bersama.
| Quote: | " Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan diperdagangkan kita akan kehilangan nilai-nilai kemanusiaan dan sebagai ganti kita akan melahirkan generasi manusia yang terlalu mengagungkan sifat kebendaan untuk menjaga kepentingan diri sendiri ; dan bukannya kepentingan masyarakat keseluruhannya "
Fadiah Nadwa Fikri .
( Lawyers for Liberty . LFL ) |
| Quote: | | Photography : satu bentuk olahan / manifestasi untuk kita kenal diri kita sendiri dan apa yang kita rakam secara " terjemahan " yang boleh di mengertikan . Bukannya satu " terjahan " . Berlainan dengan bahasa lisan yang perlu akan perkhabaran bertulis , photography tampil dengan bahasanya tersendiri . Bahasa yang hadir dalam kotak visual tetapi dimengertikan melalui akal dan hati . takrifan dan tafsirannya benar bagi yang memahami dan mahu memahami . M.A.M08 |
| Quote: | Fotografi adalah suatu manifestasi si perakam dan suatu interpretasi tentang apa yang dilihat dan apa yang cuba disampaikan. Saya sendiri memilih untuk mempamerkan realiti dalam suatu juzuk yang kadangkala tidak kita lihat dengan penilaian yang sepatutnya. Secara jujur, fotografi adlah suatu subjek yang cukup ilmiah bagi saya kerana jiwa kita harus berdebat untuk memahami isu dan sentimen yang dibawa. Sering saya nyatakan bahawa fotografi itu adalah suati subjek mental yang perlu diperincikan. Ini adalah dasar sesuatu seni, tentang etika, ekspresi, interpretasi dan pemahaman idea. Bagi saya, jiwa fotografi itu adlah jiwa yang cukup halus dan berwajahkan seni
Mohd Azlan - Fotografika Magazine isu 03 Okt/Nov 2011 |
kamera yang baik tidak menjanjikan hasil yg baik juga...yg memegang kamera harus lebih bijak dalam merakam sesuatu suasana.jurugambarlah yg mencorakkan imej yg bakal dibentuk..
sekian dulu dari acik..
selepas sesi phototalk,sempat berukhuwah di rumah sahabat2 dari Kelantan..Kehadiran tetamu dr Malaysia,tenaga pengajar dr sebuah maahad tahfiz di Selangor..
Nota kaki : PMC atau PMRAM Multimedia Centre adalah suatu unit yg ditubuhkan semenjak tahun 2000 bagi melicinkan segala program anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dari sudut teknikal,sistem siaraya,dokumentasi video dan gambar sewaktu program dijalankan..Bermula dibawah seliaan Presiden PMRAM dibawah lajnah antarabangsa.tahun demi tahun PMC seterusnya diletakkan dibawah seliaan Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM bermula pada tahun 2007 sebagai subunit BPP PMRAM.
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Nov-2011 15:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ceritera Raya Aidiladha
|
|
Assalamualaikum...
Update gambar raya Aidiladha yg lps, 6 November 2011..Sekitar solat sunat hari raya aidiladha di Masjid Musa An-Nusair anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
hadirin yg hadir..


laungan takbir raya diketuai Ust Faryzan Subkhi (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir)
kanan:Saudara Zamzani Che Daud (BP PMRAM)
Ust Huzaifah (BP) & Ust Zuhaili Saiman (Presiden PMRAM)
Taklimat ringkas sebelum memulakan solat sunat hari raya oleh Ust Hafizzul Azri (BP Ekonomi PMRAM)
Khatib : Ust Abd Aziz Ali (Timb. Presiden PMRAM)
hadirin khusyuk medengar khutbah yg disampaikan
seusai khutbah raya,

Ust Azlan Hj Alias (mantan BP PMRAM) & Ust Hakimi Hussein
Ust Firdaus Madzlan erat berpelukan seusai khutbah raya..
Salam Jama'ie..
you're on candid camera!!

Ust Abdul Malik (Penasihat PMRAM) & Ust Yahya (Aktivis SUARA)
Badan Pengurus PMRAM (BP) bergambar kenangan..

Selamat Hari Raya !!
kes sedih la ni..raya kedua nk kne sembelih..
Special..1st time minum susu fresh trus dari kantung..
ok..sekian dulu untuk hari ini..gambar time sembelih mmg takda thn ni..dek kerana sibuk memunggah barang ke rumah sewa yg baru..secara rasminya sekarang menyewa di kawasan Walidain,Nasr City,Cairo..Jadi selamat tinggal Rabaah Al-Adawiyyah..12 hb Nov yg lepas bermulanya suasana baru di rumah yg baru..
| Quote: | Berjuang ertinya berkorban,
berkorban ertinya terkorban,
terkorban ertinya menderita,
Derita asam garam perjuangan... |
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Nov-2011 13:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Haluan Kita Berbeza
|
|
Assalamualaikum..
Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah
sebalik yang nista yang hauskan mewah
Ku pinta pada Yang Maha Esa
Sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus
melupus segala yang benar
::hala kita berbeza::
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Nov-2011 12:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dan Biarkan Aku
|
|
Assalamualaikum..
Begitulah putaran alam..bermula dengan awal, berkesudahan dengan suatu pengakhiran..
Dan Biarkan Aku, mengenalkan kita siapa AKU, pencipta bunga ini, pencipta kita yang tiada awal & akhirnya. Maha Suci Engkau ya Rabb..Tuhan yang memiliki cinta. Anugerahkan cintamu padaku ya Rabb..
Klik disini
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Nov-2011 12:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Analogue Revival
|
|
Assalamualaikum..
kembali ber-fp..
"It takes a lot of imagination to be a good photographer. You need less imagination to be a painter because you can invent things. But in photography everything is so ordinary; it takes a lot of looking before you learn to see the extraordinary." - David Bailey
nota kaki:
Olympus PEN E-PL1
14-42mm f/3.5-5.6
Grainy Film | ART Filter
Kembarasufi © 2011
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Sep-2011 02:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aidilfitri 1432H
|
|
Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari Kembarasufi -Ardhil Kinanah Misr
Video diatas,acik shot dengan menggunakan kamera Olympus PEN EPL-1..Selepas solat hari raya di Masjid Musa Annusair,Hayyu Sabie' ,Nasr City,Cairo kami terus pulang ke rumah di Rabiatul Adawiyah.Memandangkan VOIP (voice over internet protocol) dah meningkat harganya sekarang ini, + menyukarkan kami untuk menghubungi sanak saudara di tanahair,jadi tercetuslah idea spontan untuk hasilkan ucapan raya dari kami ahli rumah rabaah dlm bentuk video..
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Jul-2011 20:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menanti Sunset @ Ra'sul Bar
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Bertemu kembali.. Sambungan...Port Said-->Port Fuad-->Dumyat...
Selepas ke Port Fuad,kami bergerak ke Dumyat selepas Isyak.Kami menaiki Tremco (van) di terminal bas dan teksi Port Said-Dumyat.Tambang dari Port Said ke Dumyat hanya LE 5 seorang.Perjalanan mengambil masa sekitar 1 1/2 jam.
Sebenarnya Dumyat mempunyai 2 kawasan,Dumyat Qodim & Madinah Dumyat (Jadidah/Bandar baru).Tremco yg kami naiki berhenti di terminal bas Dumyat Qodim.Destinasi kami adalah penempatan pelajar Malaysia di kawasan Madinah Dumyat.Jadi kami perlu menaiki sebah tremco lagi untuk ke sana.Perjalanan sekitar 1/2 jam.tambang tremco kali ni hanya LE1.50 seorang..
Sekitar jam 11.30 malam,kami tiba di Madinah Dumyat,dan kami dijemput oleh seorang kenalan Acik di Dumyat Saudara Iqbal.Setibanya dirumah,kami dijamu oleh beliau dengan hidangan makan malam..(lewat btol mkn mlm )
Keesokannya kami hanya berehat dirumah sdr Iqbal sehinggalah petang.Sebelah petang kami menuju Ra'sul Bar,sebuah pantai yg memakan masa sekitar 30minit perjalanan dari Madinah Dumyat...
Jam 5ptg,kami sudah pun berada di tepi pantai..Acik memilih untuk tidak mandi memandangkan sunset perlu dinanti dan dirakam sebaik-baiknya..layan je la apa yg Acik da snap hari tersebut...
Kami datang | Kami tengok | Kami Snap
Aksi apa ni?
senario biasa di tepi pantai..jual-beli makanan..
menikmati keindahan pantai..
Silhoutte-Penjual roti..
Santai...Sdr Iqbal (kanan) & Fakhrur Razi a.k.a Mok (kiri)
Keluarga bahagia..
Matahari Terbenam
Magic moment..
Berjalan , Melihat , Mentafsir
Nota Kaki:Selamat menjalani ibadah puasa di bulan penuh barakah,Ramadhan Al-Mubarak..Kullu Sanah Wa Antum Tayyibun!!Moga Ramadhan kali ini menjadi penebus dosa kita sepanjang tahun..Gandakan ibadah,murahkan sedekah,jauhkan dari mengumpat mengeji..Jihad melawan hawa nafsu..Jihad menentang kezaliman,menuntut hak Mahasiswa Islam Mesir!!kembalikan hak mahasiswa!!
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Jul-2011 22:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Port Fuad
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Sambungan dari entry yg lepas.. Bandar Pelabuhan kami menaiki feri menuju Port Fuad atau Pelabuhan Fuad,sebuah pulau kecil di Port Said.Sebenarnya tiada sebarang cas/bayaran yg dikenakan kepada setiap penumpang feri ini.Terkejut juga Acik pada mulanya apabila diberitahu oleh warga tempatan tentang perkhidmatan feri percuma ini,mana kan tidak terkejut jika di negara sendiri perkhidmatan feri ini berbayar (Penang),berbeza dengan di pelabuhan ini yg memberikan perkhidmatan percuma.Jadi tanpa membuang masa,acik terus ke Port Fuad..
Port Fuad ( Bahasa Arab : بور فؤاد; Bur Fu'ād) adalah sebuah bandar di utara-timur Mesir di bawah bidang kuasa Port Said Governorate, yang terletak di seberang Terusan Suez dari Pelabuhan Said. Port Fuad telah ditubuhkan pada tahun 1926, terutamanya untuk melegakan kesesakan di Port Said , dan dinamakan sempena nama Raja Fuad I , pemegang pertama gelaran Raja Mesir dalam era moden (sebelum ini memegang gelaran Sultan Mesir ).
Bandar ini terletak di pulau segi tiga yang disempadani oleh Mediterranean di utara, Terusan Suez di sebelah barat, dan simpang yang agak baru di antara Terusan Suez dan Mediterranean di sebelah timur . Pihak Berkuasa Terusan Suez membentuk pekerjaan utama bandar, dan pekerjanya terdiri daripada kebanyakan penduduk. Ia mempunyai sebuah hospital umum.(wiki)


Olympus Trip 35 & Olympus PEN EE3
Sunset

Filter Hijau-Sunset
Malam

Berjalan , Melihat , Mentafsir
| Quote: | | Zeida Comey: Memang malas nk tulis kali ni.hehehe..let the pictures tells everything..Because a photo is worth a thousand words.. |
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jul-2011 20:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bandar Pelabuhan
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Port Saied,Mesir
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah.Tuhan sekelian alam..Selesai sudah imtihan (peperiksaan) acik bagi sesi 2010/2011 pada 12 Julai yg lalu..seminggu bersarang di rumah selepas imtihan cukup membosankan.Jadi untuk mengisi masa yg terluang selepas imtihan dan sebelum melangkah ke bulan Ramadhan,eloklah kiranya acik keluar mencari ibrah diluar kawasan Kaherah.
Sebenarnya trip Port Saied ini telah dirancang sebelum imtihan bermula lagi.Cuma hanya sekadar 1 cadangan dari pelbagai cadangan yg diutarakan dan setelah dipersetujui majoriti dari kalangan penghuni Rumah Selangor Lama (RSL) Rabaah Adawiyyah,Nasr City telah memilih untuk ke Port Saied seusai imtihan.Cadangan awal,kami merancang untuk bertolak pada malam 14Julai.Namun memandangkan ada salah seorang dari housemate kami yg akan berangkat ke Oslo,Norway pada 18Julai,jadi kami terpaksa menunda tarikh perjalanan kami pada 19Julai.
Jadi 19 Julai kami memulakan perjalan kami dari Kaherah menuju Port Saied seawal jam 8pagi.Rombongan kami seramai 7 orang bertolak dari Rabaah Adawiyah ke stesen Metro(tren) Al-Shuhadaa Ramses dengan menaiki bas awam..Seterusnya dari stesyen Al-shuhadaa *(Al-shuhadaa adalah nama baru bagi stesen Mubarak[husni mubarak] yang telah ditukar namanya selepas Revolusi 25January berkuatkuasa pada Mei 2011) kami ke akhir mahattoh (last station) Marg Gedid /Marj Jadidah.Dari Marg Gedid kami menaiki kereta sewa Peugeot di mahattoh Bur Saied/Port Saied terminal terus ke Port Saied.Tambang setiap seorang adalah LE 17.LE17X7 seat=LE119.
Untuk pengetahuan semua,jarak Kota Kaherah dengan Port Saied adalah sekitar 212km.Port Saied terletak disebelah utara Wilayah Ismailiyyah.Kami tiba di Port Said sekitar jam 11.30 t/hari waktu Mesir.
Cakap banyak tak guna,kita tengok je la gambar-gambar yg sempat acik rakamkan di Port Saied.Layannnn.............

Tiba sahaja di Port Saied,acik terus menuju ke Studio Dyaa Gabr untuk bertemu dengan kenalan di Port Saied.
Ammu Mahmud (kiri berjubah putih) &Ammu Dyaa (kanan)
Rancak mereka berbual tentang ahwal mesir..
Olympus PEN EE3
Melepaskan penat dihadapan kedai jus sambil menikmati jus..
Bergambar kenangan dihadapan studio ammu Dyaa..
Berehat sebentar dimasjid selepas menunaikan solat jama' qosor (Zohor + Asar)
Asal usul Port Said
-Merupakan kawasan kem kerja yg didirikan pada tahun 1859 oleh Said Pasha (pemerintah Mesir pada tahun itu) bagi menampung para pekerja di Terusan Suez.
-Port Said (pelabuhan said) diambil dari nama Said Pasha.
-Merupakan pelabuhan terpenting dimana kekuatan angkatan laut Mesir berpusat sehingga akhir abad ke 19.
-Terletak di pintu masuk terusan Suez dimana seluruh kawasannya dilitupi air.
-Laut Tengah disebelah utara,Danau Manzala di selatan & dibelah oleh Terusan Suez.
-dengan Keluasan 110,000km2
-bilangan penduduk 400,000 orang
-merupakan daerah perebutan antara Mesir -Israel sejak tahun 1956,namun Mesir dapat mempertahankannya seterusnya meraih kemenangan dalam perang Oktober 1973 melalui perjanjian Davids.
-kedudukannya tepat di perbatasan benua Asia dan Afrika.
Syari' Falasthin (Palestine Street)
kapal perdagangan


Kamera-kamera yang menemani acik sepanjang perjalanan..
(dari kiri Mok,Shahrul,Hadi,Abd Basit,Sya'rani & Hisham)
Bersambung..nak tahu kemana lokasi kami dengan menaiki Ma'diyah (feri) ni?Nantikan N3 selepas ini..
Sekian dulu..nti sambung lagi..
| Quote: | | Kak Yati: Terima kasih..Ramadhan Kareem..Kullu Sanah Wa Antum Tayyibun.. |
Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...
Nota Kuku kaki:Kamera yg Acik gunakan dalam N3 kali ini adalah :- Olympus PEN E-PL1 |kit lense 14-42mm f/3.5-5.6 *baru sebulan acik beli..
|
|
|
|
|