|
|
| Tuesday, 8-Sep-2009 06:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Makan Malam
|
|
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nikmat untuk bernafas..Moga setiap sedutan nafas itu seiring zikir terus mengiatiNya..
Untuk kali ini acik dijemput untuk menghadiri majlis makan malam sempena ulangtahun kelahiran 'boss' yang disayangi,En Mazlan Omar. Majlis ini direncanakan oleh staf beliau sendiri Norhazita dan Amran tanpa pengetahuan beliau..(Suprise party la konon..huhuhu) dari hal tempahan meja di hotel,pembelian kek, sehinggalah urusan untuk pengangkutan kami untuk ke hotel diuruskan oleh stafnya.
Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Ust lan(acik)..seterusnya diadakan majlis pemotongan kek,ucapan 'birthday boy' (huhuhuhu),dan seterusnya santapan pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh pihak hotel..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Sep-2009 19:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Promosi Berbuka Puasa Bersama Hijjaz
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Tuan-tuan yang dirahmati Allah,
Acik ingin menjemput muslimin-muslimat sekalian yang berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga serta sahabat handai di Teratak Hijjaz Country Resort,Sungai Merab.Anda akan dihidangkan dengan pelbagai sajian makanan nusantara sambil disajikan dengan halwa telinga oleh pelbagai kumpulan nasyid popular tanah air..
Pelan lokasi Teratak HIjjaz,tuan-tuan boleh rujuk pada entry acik yang lepas atas tajuk Teratak Hijjaz..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Sep-2009 00:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Program motivasi-Fais Excellence Training Resources
|
|
Assalamualaikum...
Hampir sebulan acik tidak dapat merawi sebarang kalam di laman fotopages ini..ramai yang bertanya; kemana menghilangnya acik?,kenapa x update fp?,serta pelbagai spekulasi lagi yang dibuat oleh rakan-rakan..sebelum acik menutup mata,ampunkan kesalahan acik ye..terutamanya kepada ouled kenitra..
hehehe..
1.
(bersama adik-adik dari SMK Kajang Utama,sebelum berangkat ke rumah masing-masing..)
Rindunya acik pada fp hanya tuhan sahaja yang tahu..huhuhu..namun keterbatasan waktu untuk ke cyber cafe seperti mana selalu acik di Hayyu Asyir membuatkan fp acik ini terbiar sepi tanpa di 'update' meskipun banyak gambar2 program bersama artis2 nasyid tanah air yang dh pun acik snap..
Untuk permintaan ouled kenitra untuk acik menyiarkan gambar saudara Munif akan acik laksanakan juga..cuma acik tidak ingin nyatakan bilakah acik mampu untuk menyiarkannya..gambarnya sudah tersedia,cuma faktor masa dan khidmat internet di sini.tambahan pula acik belum lagi memiliki komputer sendiri.Maka acik menghadapi kesukaran memuat naik gambar di laman ini..Berbeza sewaktu acik di Mesir dahulu,kemudahan internet cukup mudah.hanya perlu ke depan rumah sahaja.hehehe..kadang2 1hari,5 entry acik boleh hasilkan..
2.
3.
(taklimat ringkas oleh acik kepada ketua-ketua kumpulan sebelum melaksanakan tugas yang telah diberikan sambil dibantu oleh Kak Sarah dari UPM)
Lokasi:Akademi Pembangunan Belia Negara,Pasir Panjang,Port Dickson,N9
Foto: Nisa' UPM (3&4)
4.
(Sesi muhasabah setelah selesai melaksanakan tugasan yang telah diberikan-sesi timbal balik)
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Jul-2009 07:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teratak hijjaz
|
|
Assalamualaikum....
Dh lama rasanya tak menjenguk fp ni..2 minggu ni sibuk berprogram bersama pelajar-pelajar & cikgu-cikgu sekolah..bermula dengan program Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding; SMK Jabi,Kedah; SMK Taman Kosas Ampang (Family day)
;SMK Bandar Baru Bangi...
Habis satu program,mula pula satu program..pelbagai kerenah yang acik jumpa..letih..penat melayan..Moga Allah tetapkan acik dalam jalan dakwah ini...sekarang ni pula di Kolej Pendeta Za'ba,UKM..bersama adik-adik candidate UPSR '09 dr Sk Kota Warisan,Sepang..namun menjaga adik2 darjah 6 ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi..biarpun begitu,melayan kerenah guru2 sekolah lagi mencabar berbanding kerenah palajar2 skolah....
buat sahabat2 fp,acik mohon jutaan ampun & maaf sebab tak dapat meluangkan masa untuk menziarahi fp sahabat2 sekalian..sukar untuk mendapatkan perkhidmatan internet dikawasan program..kalau ada pun,jadual acik pula padat..2 minggu ini hanya mampu melelapkan mata untuk beberapa jam sahaja..
bagi yang ingin menghubungi acik,terus sahaja ke talian....
+60177872512 atau terus msg ke +20166795109..
Assalamualaikum.....doakan acik..terus thabat dalam jalan yang penuh berliku ini..
bagi yang berminat untuk menyertai program 'Syoknya Puasa!' bersama kumpulan UNIC
boleh berhubung terus ke talian..+60132437515(En Isma Saring).
Pakej Penginapan & Sarapan Pagi / semalam
RM110 - Seorang
RM130 - Dua Orang
RM150 - Tiga orang
RM170 - Empat orang
+Termasuk Sarapan Pagi
(Sah sehingga 31 Disember 2009)
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Jul-2009 19:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Buat Insan bergelar Ummi~
|
|
Assalamualaikum w.b.t....
Yang pertamanya,acik mohon jutaan kemaafan buat teman-teman..banyak perkara yang kadang-kadang kita perlu rahsiakan.Memandangkan banyak tugasan yang perlu diselesaikan,acik tak sempat untuk menjenguk laman2 fp tuan2..tambah lagi mahu mengemaskini fp sendiri.sejak keluar dari bumi kaherah,acik sukar mendapatkan perkhidmatan internet.gambar-gambar yang diambil 2 minggu lepas juga tidak dapat dimuat naik(upload) kerana masalah internet.. untung hari ini ada yang menghulur "broadband" untuk digunakan..nak bli sendiri masih belum mampu..mungkin suatu hari nanti ada kamera yang berinternet..mungkin mudah bagi acik untuk upload gambar
terus melalui internet...
30 Jun yang lepas merupakan hari ulangtahun ibunda tercinta,Pn Rohani Ismail yang ke-
51.kami adik-beradik merancang untuk membuat kejutan buat nenda kepada 6 orang cucu ini..Abang ngah di Senawang,kak Key di Ulu Klang,semuanya pulang ke Rawang untuk menyambut ulangtahun ummi.hanya Saiful (adik acik) & Kak Long yang tiada.Saiful kini menuntut di SM Teknik Kajang manakala kak long bersalin anak yang kedua.namun perancangan kami tetap juga berjalan..
Seperti yang dirancang,acik memulakan rancangan pertama dengan membawa ummi ke program Ceramah Perdana Ehwal Islam di Masjid Nurul Iman, Rawang...kemudian abg & kakak acik yang lain menyiapkan persiapan hidangan di rumah..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Jun-2009 18:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kecik vs BESAR
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 18:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~keluarga yang ku rindui~
|
|
Assalamualaikum
Untuk entry kali ini acik nk perkenalkan keluarga acik yang sememangnya besar ni..
Acik mempunyai 10 orang adik-beradik..
1.yang paling tua sudah pun berumur 30 tahun,Aznawaty(Kak Na)..kini berkerja di EON Bank cawangan Kota Bharu..Sudah berkahwin n mempunyai seorang anak..si suami bernama Wan Muhammad Azli & si anak pula bernama Wan Auny Firdina...
-yang berbaju biru bertudung putih itulah kak long acik..Auny plak yg sedang lena di atas riba kak Na tu..
2.Anak yang kedua pula diberi nama Azranizal,atau lebih senang dipanggil Awey..inilah abg ngah acik..juga mempunyai anak seorang,isteri seorang..berumur 29 tahun..
dah semakin gemuk..hehehe..sebabnya waktu isterinya mengidam ketika mengandungkan Irfan,dialah yg banyak menghabiskan juadah2 yg diidamkan oleh Kak Aida ni..pada kebiasaannya,orang perempuan kalau mengidam ni makannya sikit je..hanya nak penuhi keinginannya..selebihnya abg acik ni la yg habiskan..hehehehe..jgn marah bro..
3.yang ketiga pula diberi nama Azwani,28,tp xpernah pun panggil dengan nama tu..dari kecil lg mudah dipanggil 'lily'...sudah beranak 3..
inilah anak2 kak Key (Fazli-adik bongsu acik yg pgl kak key).. yg pertama Nur Khaliesya,diikuti Nur Natasya & yang bongsunya Nur Khairina..Kak Key kini menyambung tugas abah di Sekolah Memandu Azna..dialah tenaga pengajar disitu..urusan kepejabatan pun dia jga lah yang menguruskannya..
4. Mohd Azham,24,paling susah nk ambik gambar dia..so xde la gambarnya..
5. Nur Azlina,23,yang kini menuntut di tahun akhir,UTM Skudai,Johor..kedua-duanya masih single..
6.Mohd Azlan- acik lah tu
7.Saiful Azami,17 tahun
8.Fazli,8 tahun
lg 2?
ermm..yang tu beribu lain..acik mempunyai 2 ibu sebenarnya..Pn Saodah binti Majid..juga menguruskan Sekolah Memandu Saza..berasal dr Melaka..hasil dari perkongsian hidup dengan abah acik ini,maka lahirlah 2 orang adik acik..yang pertama Kamal Hafizi dan yang kedua Lukman Hakim..bkn norman hakim yer..hahaha..
sampai dh xcukup tangan abah nk kendong cucunya..
Inilah cucu-cucu abah seramai 5orang..4 drinya perempuan seorang lelaki..
Abah acik pula bernama Zawawi Ismail...Umi pula bernama Rohani Binti Ismail..apa yang uniknya di sini,kedua-dua atuk acik bernama Ismail...Tanggal 30 Jun ini genap umur umi 51 tahun..abah acik pula berumur 59 tahun..Hujung tahun ini genaplah 60 tahun...
inilah umi acik...
erin n auny...
Hendaklah kamu bergaul dengan manusia lain sebaik mungkin sehingga apabila engkau meninggal dunia,mereka akan menangisi pemergian kamu dan sekiranya kamu masih hidup,maka selagi itulah mereka akan mengasihi kamu..-Saidina Ali r.a.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 16:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Haflah @ dur 5
|
|
Assalamualaikum..
Haflah bererti kenduri atau sesuatu perayaan...gambar2 ni acik ambil ketika selepas waktu maghrib 15 jun yang lepas.Pada asalnya kami xbercadang pun untuk mengadakan sambutan sempena kepulangan saudara Ismail,tetapi memandangkan 15Jun adalah hari lahir saudara Khusnaini maka ahli bait dur 5(tingkat 5) merancang bersama-sama untuk mengadakan majlis ini bagi menyambut kedua-dua sahabat acik ni..jadinya setiap rumah perlu memasak menu yang berbeza-beza.untuk bilik acik,kami dikehendaki memasak ayam goreng & nasi sahaja.manakala 2 rumah lagi memasak ayam masak kurma n nasi putih..air yang dihidangkan juga ada 2jenis,1- air jus tembikai susu(kantalob),& syai sada(teh)..
Menu tambahan dari 'birthday boy' kek batik n buah tembikai....
1& 2 kek batik
3,4 & 5 tetamu paling muda...
6 & 7 birthday boy berkopiah putih , berkacamata
8 menikmati kek batik
9 tetamu khas dari Bu'uth..Ustaz Norhan Hamsi
10 bezanya kulit kami..agaknya itulah sebab muiz gelakkan kami berdua..selalunya muiz susah nak senyum..baby ni acik kategorikan baby yang paling susah nk senyum apatah lagi nak gelak..
11 yang ni pula 'kembar' acik..Azham..nama Acik?Azlan la..xtau lg?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 14:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Ismail pulang ke Malaysia~
|
|
Assalamualaikum..
Semalam 17 Jun 2009,acik ke Lapangan Terbang Kaherah untuk menghantar seorang sahabat,saudara Ismail yang pulang bercuti ke Malaysia..banyak perubahan yang dah berlaku di lapangan terbang tersebut..lama juga rasanya tidak ke lapangan terbang..kalau tak ada yang pulang ke Malaysia atau ke luar negara,jawabnya acik tak akan ke tempat tersebut..pembinaan lapangan terbang ini masih lagi sedang dijalankan..apa yang dikhabarkan oleh teman2 acik,hanya penerbangan Egypt Air sahaja yang beroperasi di terminal yang baru..untuk semalam,kawan acik menaiki pesawat Gulf Air..xtau plak boieng ape..kna tanya saudara Mizhar Mazlan(ouled Kenitra) sebab dia mahir dalam bab pesawat ni..hehehe..
acik pun pening dengan pengurusan lapangan terbang ni..banyak sangat airport di kaherah ni..sebelum ni hanya ada 2 sahaja,iaitu Mathor Qodim(adim-sebutan ammiah mesir) & Mathor Jadid(Gedid-sebutan arab mesir).jadi selepas siap lapangan terbang yang 1 lg ni menjadikan jumlahnya 3..mungkin arab di sini namakan dengan Mathor Jadid Qowi(mathor gedid awi).tu ramalan acik je la..sebab dah ade lapangan terbang lama,baru n..terbaru...apa yang peliknya di sini,lapangan terbang lama lebih cantik dari yang baru..mungkin yang terbaru ni lebih cantik dari yang sebelumnya..apa-apa pun kita tunggu dan lihat shj..tp bagi acik KLIA tetap nombor satu..dari segi pengurusan,keselamatan,perkhidmatan dan sebagainya..soal padam nama awek monggolia tu je yang menjadi tanda tanya.. kalau tidak rekod memang bersih..kuala lumpur nantikan jeritanku..hehehehe..
1sarapan bersama ismail yang terakhir sebelum berangkat ke Malaysia
2 dh sampai...
3,4&5 wajah2 sayu..
6 &7
8
9 & 10 ke mana destinasi yang dituju???
11
12
13 kanak2 riang bermain troley...huhuhu
14 masing2 tahan airmata dr terus bercucuran...
15 acik
16 &17 Egyptair Bebas Cukai
18 lepak menunggu "shuttle bus"
19& 20 naik bas menuju car park..Ammu Azim dh lama menanti...hehehe
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jun-2009 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~**makan sebelum & selepas peperiksaan...**~
|
|
Assalamualaikum..makan n makan lg..acik da xtau nk crita ape lg..tgk je gambar2 ni dlu..
~Sedikit peringatan buat diri ku yang sering lupa...~
1. Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga...fikir- fikirkanlah.
2. "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat iaitu :
a- Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
b- Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
c- Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
d- Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
e- Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
f- Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." ..
3."Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."..
4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga..
5."Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih". - Ibnu Maqaffa...
6. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."..
wallahu a'lam...
1ini antara tempat melepak yang best..biasanya kalau kedai makan di sini hanya jual makanan sahaja..kalau jual minuman,minuman sahaja..tp disini ada kedua-duanya skali..
menu= coklat boreo,jus mangga, kibdah sandwich(hati) n Suguk(sosej)
2 makan @ bilik Ismail
3 asyik bergambar je..bila nk makan ni..(wif Kosey)
4 sarapan pagi bersama Ahli bait 502..
5
6
7
8 kusyari(makarona + nasi arab)
9
10
11
12 time makan pun baca buku lg...hebat2..
|
|
|
|
|