acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Jun-2010 21:05 Email | Share | | Bookmark
Casio Watch CPW-310

Model No : Casio Watch CPW-310

CPW-310-1VDS (S013)



Automatic calculation of prayer times, anywhere in the world.

Travel with confidence with innovative modern timepieces that make sure you never forget your prayer times throughout the day.

Watch that enable you to determine the direction to Makkah from any City in the World woth just the press of a button.

Micro light
A built-in light illuminates the watch face from the side.

Compass
A built-in direction sensor detects magnetic north.

Daily Alarm, Hourly Time Signal
The daily alarm sounds each day at the time you set. The hourly time signal causes the watch to beep every hour on the hour.

Full Auto Calendar
Allowances are made automatically for months of different lengths, including leap year.



Water Resistant : 50 m
The ""BAR"" value indicates the number of atmospheres to which water resistance is ensured. 5 BAR means water resistance to 5 atmospheres. Wearable around sinks, during swimming, athletic sports, in shallow waters but not while snorkeling or scuba diving.



Spherical Glass
The surface of the glass is rounded.

Battery Type
SR927W x 2

Battery Life
2 years

Accuracy (sec. per month)
+/- 15

Regular Timekeeping
Hr min sec am/pm yr mo date da

Time System
12 hour Format

Calender System
Programmed to the year 2029

Daily Alarm
Yes

Hourly Time Signals
YES

Other Features
Qibla indicator and Digital compass.

Abnormal magnetic detect function.
Prayer time alarm.
Prayer time search function.





sekian dulu dari Acik..terima kasih

Dicatat pada 29 Jun 2010
Madinah Nasr,El-Qahirah


Tuesday, 29-Jun-2010 13:59 Email | Share | | Bookmark
Зени́т=Zenit ET

Assalamualaikum..

Selepas 2 CT berkolaborasi dalam fp acik ini 4 hari yg lepas..yg xsuspen mane pun tu.huhuhu..syok sendiri je acik ni..kali ini jom tengok 'Anak' Tiszaqiah yg agak comel sedikit dari Luna Maya,bertubuh kecil molek..berkulit hitam manis..gemar memakai baju kulit..xpadan dengan kecik..Cuma 1 je dia ni sebenar2nya xde kaitan langsung ngn Tiszaqiah Nur Kasih mahupun Ariel Peterpen & Luna Maya..yang sememangnya panas lagi meletop2 tu..

Jadi jom layannnnnzz..............!!!!!

From Wikipedia, the free encyclopedia

This article is about the Russian camera and photographic equipment brand. For the astronomic or geodetic instruments directed to the zenith, see Zenith camera.

Zenit (Russian: Зени́т) is a Russian (and formerly Soviet) camera brand manufactured by KMZin town Krasnogorsk near Moscow since 1952 and by BelOMO in Belarus since the 1970s. The Zenit trademark is associated with 35mm SLR cameras. Among related brands are Zorki for 35mm rangefinder cameras, Moskva (Moscow) and Iskra for medium-format folding cameras and Horizon for panoramic cameras. In the 60s and 70s they were exported by Mashpriborintorg to 74 countries.[1]
The name is sometimes spelled Zenith in English, such as the manuals published by the UK Zenit-importer TOE. However, TOE's imported camera bodies retained the "Zenit" badges.

History

Early years

he first Zenit was based on the Zorki rangefinder camera (a copy of the Leica II). In transforming the Zorki into an SLR, the simplest approach was taken: the rangefinder housing was removed from the top and replaced by a ground-glass screen and prism; a mirror was added below, with a rope-and-pulley setting system and the M39×1 thread mount was pushed forward to make room for the mirror inside.
During the first years of production (until the Zenit-E of 1967) Zenit camera development coincided with that of the Zorki cameras. The Zenit-S had PC-synchro for external flash units (almost like the Zorki-S) and the Zenit-3M also had an RF-sibling, the Zorki-6.

Zenit-E and its successors
During 1967 through 1969 KMZ built an automatic die-cast moulding line, allowing mass camera production. Camera production switched to the M42×1 thread (also known as P-wire or Praktica thread) and an instantly-returning mirror was also developed. This led to one of the most famous Zenits — Zenit-E which saw (including its subtypes) over 12 million produced. Production included both M39×1 and M42×1 mounts for the Zenit E and Zenit B models. Later models were only produced in the M42×1 or the Pentax K mount.
Towards the end of the 20th century, the Zenit-E heritage became an obstacle to the development of more modern Zenit models. This was because almost all low-end Zenits until the recent 412DX have been based around the Zenit-E die-cast chassis.
The major events of the further development of Zenit-E line was:
Introduction of an automatic 'jumping' diaphragm on the Zenit-EM
TTL metering system (instead of a non-coupled Selenium-cell lightmeter) on the Zenit-TTL
Switching to the Pentax K mount — Zenit-122K
DX-code introduction (instead of manual ISO-speed switch) — Zenit-412DX

Zenit-E line

Models with a Selenium cell lightmeter



Zenit-E
Zenit-V, also known as Zenit-B (identical to the E but no lightmeter)
Zenit-EM
Zenit-VM, also known as Zenit-BM (identical to the EM but no lightmeter)
Zenit-ET
Zenit-10
Zenit-11

ok..dah kenal dengan 'anak' baru acik ni?NOS ni..new old stock..

Kalau nk bkak muzium blom boleh lagi..barang masih dikumpul..hehehe

Barang rare..still guna filem kodak..



















hasil Zenit ET ini masih blom diketahui lagi..kodak masih blom siap dicuci..klu da siap nti pening plak mcmne nk scan..haish..sebab tu la orang xnak pakai kamera ni lagi..tapi apa pun orang kata kamera ni tetap ada nilai sentimental pada acik..mengimbau kenangan lama..

Manual for this camera
click here for PDF Version

esok 30 Jun 2010-genap umur ummi acik 52 tahun..Moga ALLAH berkatimu Ummi..terima kasih atas segalanya....



sekian dulu dari Acik..terima kasih

Dicatat pada 29 Jun 2010
Madinah Nasr,El-Qahirah


Thursday, 24-Jun-2010 10:04 Email | Share | | Bookmark
Siti Nurhaliza & Siti Nordiana

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya tak update fp ni..last entry 15 Jun lepas..tak abis2 lg cter tentang bola..sebenarnya banyak lagi yang acik nak cerita tentang fakta bola ni..oleh kerana feedback yg acik terima dr rakan-rakan fp,rata-rata nya yg x menggemari bab bola ni ..so acik xcerita la tentang bola...

Sebelum kita bercerita tentang 2 Ct ni acik nk bersihkan dlu segala habuk n sawang kt fp ni..fuuh..fuh..fuh.banyak btol habuk...

Imtihan acik yg pnuh dahsyat tu rasenya xperlu kot nk diceritakan..mmg menguji kesabaran..exam dlm musim panas ni mmg mencabar..

2 ct yang dimaksudkan bukanlah bermakna acik berjumpa dengan penyanyi popular Siti Nurhaliza & Siti Nordiana..tp sebenarnya............

A Citizen Automatic Chronograph in ‘Bullhead’ Design, Citizen Caliber 8110A, Referece Nr.: 4-901177K, signed front: ”CITIZEN, Chronograph, Automatic, 23 Jewels, Japan 8110 901018 KA”, back:”Citizen Watch Co, 4-901177 Y,90100384 , GN-4-5, 67-9011, Japan, SSB, Water Resistant, Base Metal Top, Stainless Steel Back”,



inilah dia 2 CT tu..yg atas ni acik baru je dapat jam ni dari seorang arab..collector juga la..tapi dek kerana jam ni pun sudah agak berumur..lebih tua dari acik..jadi cermin ni mmg pnuh dengan calar-balarnya..tp tak susah pun nk perbaik semula..hanya polish sahaja di kedai jam..


Condition: Excellent Year: 1974
Maker: Citizen Watch Co., Japan
Title: CITIZEN CHRONOGRAPH AUTOMATIC 23 JEWELS BULL HEAD DESIGN 38mm
Style: So called - Bull Head
Materials: stainless steel
Type: Bull Head Design



Citizen Chronograph Automatic


Mungkin tali jam yang asal adalah dr stainless steel tp acik dapat adalah tali kulit japan je..acik tak brapa berminat tuk pakai dengan tali kulit.jadi acik knekan tali kain tuk kedua-dua jam ini..lebih ringan dan simple..



Minat kepada jam lama ini membuatkan acik sanggup buat apa sahaja untuk memastikan jam yang diperolehi ini berada didalam keadaan yang baik.Berbekalkan sedikit belanja acik cuba untuk membaikpulih jam ini secara sikit demi sedikit..bermula dengan jam yang berwarna perak,acik telah overhaul enjin jam ini dengan minyak banzin.kemudian acik tukar cermin yang telah pecah (acik dapat jam ni dalam keaadan cermin yg pecah) serta menggantikan jarum kecil yang terdapat pada chrono-nya.
(snanya acik hantar kt kedai jam je untuk wat sume ni..hehehe..)

Untuk yang dial jam berwarna emas pula kondisi jam dalam keadaan sempurna cuma chrono-nya masih belum diperbaiki lg.acik hanya polish sahaja cermin yang bercalar ini di kedai jam..



Jam citizen chronograph buatan jepun ini pada kebiasaanya adalah automatic dan mudah untuk mendapatkannya berbanding yang manual.Berbeza pula dengan jam chrono buatan Swiss yang mudah untuk mendapatkan yang manual berbanding automatic…

'Bullhead' –adalah gelaran bagi jam ini yang kelihatan seakan-akan kepala lembu yang bertanduk.Terdapat pelbagai warna untuk model ini seperti octagon red,pink,purple,mint yellow,mint blue,black,siver & gold..Tapi acik hanya ade 2 sahaja..



inilah dia buah hati pengarang jantung acik..



A Citizen Automatic Chronograph in ‘Bullhead’ Design, Citizen Caliber 8110A, Referece Nr.: 4-901177Y, signed front: ”CITIZEN, Chronograph, Automatic, 23 Jewels, Japan 8110 901018 KA”, back:”Citizen Watch Co, 4-901177 K, 00301090, GN-4-5, 67-9011, Japan, SSB, Water Resistant, Base Metal Top, Stainless Steel Back”,

Tambahan; semalam 23 Jun-tarikh acik pulang ke Malaysia pada thn lepas,Micheal Jackson meninggal dunia,Aqiff (anak kak long acik lahir..)semuanya genap setahun..Al-Fatihah buat mikael (MJ)



sekian dulu dari Acik..terima kasih

Dicatat pada 24 Jun 2010
Madinah Nasr,El-Qahirah


Tuesday, 15-Jun-2010 03:16 Email | Share | | Bookmark
Plugin untuk Update Keputusan WORLD CUP

 
 
Salam..N3 kali ini buat peminat bola sepak sahaja...



Dh 4 hari FIFA World Cup berlangsung,jd acik nak share ngan korang extension yang perlu ada pada google chrome ngan musang berapi korang time piala dunia ni .ACIK da cuba 2-3 ari ni..mmg best..klu xsempat nk tgk perlawanan secara live pun blh tgk keputusan perlawanan..klik je kt <Matches>.Korang rasa - rasa siapa juara tahun ni ? adakah pasukan underdog yang akan buat kejutan ? mana tahu kan..tetiba algeria ke..tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan izin allah ...


Google chrome memperkenalkan extension (fifa yang buat) untuk korang nengok update terkini perlawan yang berlangsung. Jadi kita tak ketinggalan untuk ketahui berita tentang pasukan kegemaran kita . Setiap kali benda alah ni update akan muncul cam belon ditepi browse korang .

Kalau korang berminat boleh try , tak nak try sudah , nengok je la livescores . Tapi letih gak nak nengok sokmo kan , pakai ni je senang . Kalau gol je dia bagi tau , tak payah nak buka2 site dah. Korang pun dengan tak sengaja leh tahu update . Bukan semua game korang nak tonton kan .. jadi nya ini adalah pilihan terbaik ..

klik disini untuk Download

Sumber:credit to Ijat Zagzig a.k.a jiwa kacak

tambahan:demam imtihan + demam bola..ouled kenitra penah cakap kt acik macamni "kalau ada entry semasa musim peperiksaan itu lbh hebat lagi" pada imtihan fasa 1 yg lepas.Link .ni kira kerja gila jgak sbb wat N3 time exam..huhuhuhu



Saturday, 12-Jun-2010 08:34 Email | Share | | Bookmark
Perbahasan Tentang Pusat Perlindungan Bayi

 
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
بسم الله الرحمان الرحيم.

Perbahasan Tentang Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) link

Pendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan perbahasan yang berkaitan dengan penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch), dan saya membahagikan perbahasannya kepada beberapa bab, iaitu :

1. Pengenalan Baby Hatch

2. Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

3. Beberapa Percanggahan Dengan Maqasid

4. Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

5. Kesimpulan


Kelima-lima perkara ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat dalam perbahasan tentang Pusat Perlindungan Bayi ini. Perbahasan ini sekadar membincangkan tentang Pusat Perlindungan Bayi secara umum, tanpa mengaitkannya dengan mana-mana pertubuhan.


Pengenalan Baby Hatch

Pusat Perlindungan Bayi yang diperbahaskan di sini ialah sebuah pusat yang memusatkan penjagaan bayi yang dibuang. Maka, bayi yang tidak diingini oleh ibu mereka, akan dipusatkan di sini bagi mengelakkan terbuang.

Antara fungsi utama pusat ini ialah :

1. Bayi yang ditemui terbuang akan dipusatkan di bawah pusat penjagaan.

2. Ibu bapa tidak mampu menjaga anak mereka, juga dipusatkan di bawah pusat penjagaan ini.

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Di sana, beberapa buah negara telah pun menubuhkan pusat ini, antaranya ialah :

1. Austria
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Perancis
5. Jepun
6. Britain
7. Pakistan


(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Contoh pertubuhan yang telah menubuhkan pusat ini di Malaysia seperti OrphanCARE bertujuan memusatkan penjagaan di bawah satu kelolaan bagi bayi yang dibuang yang telah dilancarkan perasmiannya oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, baru-baru ini.

(Sumber : Berita Harian, 31 Mei 2010)

Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

Maqasid Syariah ialah matlamat atau tujuan penetapan syariat. Maka, syariat digariskan untuk menjaga kepentingan manusia, iaitu menjaga 5 perkara yang berkaitan dengan manusia. Iaitu :

1. Menjaga Agama atau pegangan manusia
2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia
3. Menjaga akal manusia
4. Menjaga keturunan manusia
5. Menjaga harta dan hak milik manusia

Secara umumnya, syariat digariskan sebagai kepentingan manusia (maslahat). Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al Anbiya’ : 107)

(Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, Mu’assasah ar Risalah, cet pertama, 2010, hal. 289)

Imam Izzuddin Abdul Salam berkata :

Sesungguhnya Syariat itu semuanya adalah kepentingan, samada menolak kerosakan, ataupun mendatangkan kepentingan.

(Izzuddin Abdul Salam, al Qawa’id, jilid 1, hal. 9)

1. Islam menjaga agama (maqasid pertama), iaitu menjaga pegangan manusia. Maka, penubuhan pusat penjagaan bayi hendaklah tidak bercanggah dengan maqasid ini, seperti penubuhan pusat penjagaan bayi sebagai satu rancangan Kristianisasi. Perkara ini akan dihuraikan selepas ini. Insya Allah.

2. Islam menjaga nyawa (maqasid kedua), iaitu menjaga nyawa manusia. Bayi yang dibiarkan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak dijaga. Maka, penubuhan pusat penjagaan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “nyawa”.

3. Islam menjaga keturunan manusia (maqasid ketiga), iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Bayi adalah generasi manusia yang perlu dijaga dan diwujudkan. Maka penubuhan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “keturunan”.

Beberapa Perkara Yang Bercanggah Dengan Maqasid

Memang tidak dinafikan, penubuhan Pusat Perlindungan Bayi bertepatan dengan maqasid syariah, tetapi, harus diperhatikan juga beberapa perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah, yang berkaitan dengan perbahasan ini. Iaitu :

1. Pemimpin Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud, sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak hasil zina. Maka pemimpin yang tidak melaksanakan hudud, telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pimpinan.

(sumber : Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho dan Syeikh Ali Syarbaji, Fiqh Manhaji Ala Mazhabil Imam Syafie, cet. ke 8, Darul Qalam, 2007, jilid 3, ms 538)

2. Mereka Yang Membuang Anak

Mereka yang membuang anak, atau menggugurkan kandungan lebih daripada 4 bulan, hukumnya haram dan bercanggah dengan syariat. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Firman Allah SWT.

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Surah al An’am : 151)

Daripada ayat ini, menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms 450-451).

3. Menyokong Pimpinan Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak melaksanakan Islam, juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak melaksanakan hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan Firman Allah :

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)

Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan kezaliman. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Hud : 113)

4. Mereka Yang Bisu Daripada Menyatakan Kebenaran

Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan hudud. Mereka ini juga telah bercanggah dengan syariat Islam, iaitu “mencegah kemungkaran” adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah al Baqarah : 159)

5. Mereka Yang Menghalalkan Zina

Mereka yang menghalalkan zina dengan alasan-alasan tertentu, boleh menyebabkan terkeluar akidah. Kerana telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Maksudnya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

(sumber : Kitab Syarah Showi Ala Jauharah Tauhid, Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki, cetakan ke 4, Darul Fikr Damsyik, tahqiq Dr Abdul Fattah Bazzam, hal. 423)

6. Mereka Yang Berzina

Mereka yang berzina, juga bercanggah dengan syariat yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) (Surah al Isra : 32)

Maka, jelas di sini bahawa Penubuhan Pusat Perlindungan Bayi adalah bertepatan dengan syariat, yang merupakan keperluan manusia. Tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian untuk membenteras gejala zina. Bahkan terdapat kewajipan yang perlu berbanding penubuhan pusat ini. Perkara ini akan diperjelaskan selepas ini.

Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

Setelah kita dibentangkan dengan persoalan tentang maqasid Syariah, di sini akan melihat pula dari perspektif Fiqh Muwazanat, iaitu menimbang di antara maslahat (kepentingan) dan mafsadah (kerosakan).

1. Secara umumnya, kepentingan menjaga nyawa seseorang lebih penting daripada memikirkan kemungkinan zina lebih berleluasa disebabkan penubuhan pusat seperti ini.

Ini kerana kepentingan itu dilihat lebih besar, berbanding kerosakan yang mendatang. Maka, kita perlu mengutamakan kepentingan yang lebih besar, berbanding kerosakan yang kecil.

2. Kerosakan yang kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dengan hukuman hudud. Maka, melaksanakan hukuman hudud itu lebih utama berbanding menubuhkan Pusat Perlindungan Bayi.

Ini kerana melaksanakan hudud itu adalah kepentingan yang lebih besar, berbanding penubuhan pusat ini. Iaitu sekiranya bertembung di antara dua maslahat (kepentingan), maka perlu diutamakan maslahat yang lebih utama.

3. Melantik pimpinan yang melaksanakan Islam adalah wajib, dan kepentingan yang begitu besar dalam menjaga maslahat. Maka, memperjuangkan pimpinan yang akan melaksanakan Islam dengan sebenar-benarnya, lebih besar dan utama berbanding menubuhkan pusat ini.

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Iaitu, maslahat (kepentingan) melantik pimpinan yang melaksanakan hukum Islam, lebih utama berbanding penubuhan pusat ini. Tetapi, penubuhan pusat ini bukanlah bercanggah.

4. Mencegah maksiat adalah wajib. Maka, mencegah maksiat lebih besar, lebih diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat “tidak melaksanakan hukuman hudud” lebih wajib daripada mencegah maksiat berzina atau buang anak. (bukan bermakna tidak mencegah maksiat kecil)

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Sepertimana yang telah disebutkan, sekiranya bertembung di antara dua kerosakan, maka perlu dihapuskan kerosakan yang lebih besar dahulu. Bukan bermakna membiarkan kerosakan yang sedikit.

5. Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dalam penubuhan Baby Hatch ini, kita perlu menubuhkan pula Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam. Ini kerana :

a) Menyelematkan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.

b) Menyelamatkan akidah dan pegangan bayi tersebut juga merupakan maqasid syariah.

Maka, menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam merupakan kepentingan (maslahat) yang utama, selain daripada melantik pimpinan yang melaksanakan Islam.

6. Penubuhan Baby Hatch ini adalah merupakan perkara yang “diperlukan segera”, walaupun terdapat keutamaan yang lain. Maka, ia jangan dilewat-lewatkan. Ini kerana perkara yang diperlukan segera walaupun terdapat keutamaan yang lebih, maka perlu dilaksanakan perkara ini. Tidak perlulah menunggu pemimpin melaksanakan Islam, barulah hendak menubuhkan Pusat ini.

(Sumber : Dr Majdi Hilali, Min Fiqhil Aulawiyat, cet. pertama Maktabah Darul Andalus, 2008 dan Dr Yusof al Qaradhawi, Fi Fiqhil Aulawiyat, cet. kelapan, Maktabah Wahbah, 2008)

Kesimpulan

Kesimpulan di sini ialah, keutamaan yang perlu diutamakan terlebih dahulu ialah :

1. Menubuhkan sistem gerakan dalam menaikkan pimpinan Islam. Sekiranya tiada sistem, bagaimanakah pimpinan Islam tersebut boleh dinaikkan? Maka, inilah yang dinamakan sebagai gerakan Islam. Maka, wajib bagi setiap individu muslim, untuk bersama dengan gerakan ini, untuk mencegah kemungkaran dan meninggikan Islam.

2. Melantik pimpinan yang melaksanakan sistem Islam adalah wajib. Maka, untuk melantik pimpinan seperti ini memerlukan kepada sistem tadi. Ia diperlukan untuk menyelesaikan masalah buang anak, dan memastikan maqasid syariah terpelihara. Sekiranya pimpinan ini tidak melaksanakan Islam, kita perlu menggantikannya dengan pimpinan lain.

3. Kemudian, barulah difikirkan untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi yang diperbahaskan di sini. Iaitu yang selari dengan maqasid syariah. Sekiranya bercanggah, contohnya seperti Pusat Penjagaan Bayi yang berunsur Kristianisasi, maka perlu ditubuhkan di bawah organisasi Islam.

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.

2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.

3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.

4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.

Wallahua’lam

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
Fellow MANHAL PMRAM


Sumber:http://pmram.org/





[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net