acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Saturday, 5-Jun-2010 10:10 Email | Share | | Bookmark
.:Keliru:.

 
 
Assalamualaikum..

Acik masih lg didalam mood imtihan...

Masih ada 3 paper menanti pada 14,17 dan 21 Jun ini..iaitu madah Usul Fiqh,Tauhid & Fiqh Kontemporari/Semasa...

Dalam sibuk menghadapi ujian ini,tak lepas dari memikirkan soal isu semutar..pelbagai isu yg berlaku..Mengenai peraturan baru ARMA, kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat, tarik zakat,Karnival Sukan Timur Tengah anjuran UMNO-APCO (kemelut di Mesir) dan kekecohan di Bangkok, penindasan rakyat Palestin,Pencerobohan hak keatas delegasi LifeLine 4 Gaza (kemelut di luar negara), penglulusan lesen judi, pembantahan ke atas konsert Inul di Tawau (kemelut di Malaysia) dan sebagainya..

Berbalik kepada tajuk, .:Keliru:.

Acik menerima mesej dari laman facebook pd awal bulan Mei lalu dr seorang kenalan dr Maghribi.Menyatakan hasrat untuk berkunjung/jaulah ke Mesir pada bulan hadapan (pertengahan Julai) bersama seorang lagi rakan beliau.Borak punya borak beliau pun mintalah acik untuk menyediakan penginapan,pengangkutan serta bajet mereka berdua selama berada di Mesir nanti.

Sembang punya sembang,Acik pun mintalah pertolongan dari seorang rakan dari negeri Pahang,saudara Hafizie untuk membantu acik menyediakan bajet,cadangan tempat lawatan,penginapan,pengangkutan serta tentatif ringkas untuk jaulah pd bln 7 nanti memandangkan beliau pernah beberapa kali menjadi Musyrif/Tourist guide untuk membawa tetamu dari Malaysia.Tambahan pula beliau mempunyai lesen memandu yang sah di Mesir.Maka Acik fikir adalah lebih baik untuk beliau menjadi driver untuk membawa acik & sahabat2 acik ini pada bln 7 nti menaiki kereta sewa.Acik dimaklumkan bahawa ada 3 orang lagi pelajar perubatan di Mesir (kawan kepada kawan acik di maghribi) yang berminat untuk menyertai jaulah kami ini..Tanpa banyak bicara segala perancangan diatur..

1st day
-Makam Imam Syafie
-Masjid Sultan Hassan (Msjd 4 mazhab)+Masjid Rifaie
-Masjid Amru Al-As +Kubu Salahuddin Al-Ayyubi
-Masjid Al-Azhar + Masjid Saidina Hussain
(untuk tanda '+' adalah tempat2 yg berdekatan dengan lokasi pertama)

2nd day
~Iskandariah~
-Makam Nabi Daniel a.s,Makam Luqmanul Hakim,Makam Abu Darda' r.a (sahabat Nabi s.a.w)
-Qaitbay-Kubu Salahuddin Al-Ayyubi
-Makam 12 wali
-Maktabah Qaitbay(Perpustakaan Iskandariah)
-Mandarah-Istana Raja Farouk
Bersiar di sekitar pantai Iskandariah-aktiviti bebas

cadangan kta pulang ke cairo selepas asar.perjalanan alex-cairo sekitar 3 jam lebih..bergantung pd pindaan.
berehat di cairo sblm meneruskan perjalanan ke Sinai..

3rd,4th & 5th day
kta bertolak dr cairo-taba(sinai) -2 pagi
berehat & solat subuh d Terusan Suez
bergerak ke Taba-perjalanan lbh krg 3 jam atau lbh
-Taba-Kubu Salahuddin Al-ayyubi
-Dahab-check in hotel
-mandi pantai-snockling
sebelah mlm kita wat aktiviti bebas..cri t-shirt dahab..(hehehe..acik tambah je tu)

4th day
bertolak slps breakfast ke St. Catherine
-Ziarah makam Auliya'-Nabi Harun,Nabi salleh,
-lembu samiri

check in hotel di St Catherine
sblh ptg..
-Wadi Arbain,12 mata air (wadi arbain ni agak meletihkan juga klu nk berjalan kaki..klu xmo pg pun xpe..maybe kta jln sampai 12 mata air shj..)

rehat di hotel..pkul 12.30 t/mlm kta bertolak ke kaki gunung sinai(jabal Musa).pkul 1 kta start mendaki
mendaki lbh krg 3jam..sampai di puncak kta akn solat subuh d surau di puncak sinai.ziarah tempat Nabi Musa ber'uzlah berhampiran dgn surau.melihat keindahan pgi pemandangan puncak sinai.menantikan terbit matahari..selepas tu kta,trun semula..
5th day
-dlm perjalanan turun kta akn ziarah ke perkampungan Nabi Ilyas a.s
-Breakfast n Check out hotel
-perjalanan blk ke cairo kta akn singgah d
-Uyun Musa
-Kubu Israel (lihat panorama matahari terbenam)

tiba d cairo sekitar jam 10 mlm..

6th Day
kta akn pergi 2 lokasi shj..memandangkan sume sudah penat blk dr sinai
-Pyramid Giza (ahram)
-Fayyoum
-Tasik Qarun + Istana Qarun
-Shalalat + Wadi
-Ain Sillin-Kebun Buah2an
-bandar Fayyoum-Kincir Air

pastu blk tmpt penginapan

7th Day
-Muzium Tahrir
-Kristal Asfour
-Khan El-khalili

Namun masalah mula timbul apabila bajet yg acik cadangkan kepada 5 orang sahabat ini dirasakan terlalu mahal.Bajet yg acik anggarkan adalah sekitar LE 5500 (RM3200+),selama 7 hari tidak termasuk makanan,bayaran masuk ke sesuatu tempat yang berbayar spt:pyramid giza.muzium,jabal musa dll..Kos ini hanyalah untuk sewaan kereta,minyak & driver..Mungkin jumlah <RM 700 ini adalah cukup tinggi nilainya bagi seorang pelajar.Namun bagi acik ini adalah bajet yang terpaksa dikeluarkan bagi menziarahi beberapa tempat ini selama 7 hari ini.Mungkin mereka berpandangan acik cuba seleweng duit mereka.Niat acik baik untuk menolong,tidak berniat pun untuk mengambil kesempatan.Namun mungkin disalahertikan.(kecewa)


Laman blog yg mempunyai nama yang seakan sama dengan laman fp Acik...

Mirip-mirip
Kekeliruan ini timbul apabila ada diantara 5 sahabat ini yg menjumpai laman blog http://kembara-sufie.blogspot.com/ yang kebetulan sama nama dengan fp acik..http://kembarasufi.fotopages.com/.Jadi disini acik perlu membuat pernyataan bahawa acik tiada kaitan dengan pemilik blog Kembara Sufie Travel Group Site (KSTGS)ini.Untuk makluman,Acik telah mewujudkan laman fp ini semenjak 5 Nov 2008 lagi.Manakala KSTG ini bermula pada Februari 2009.Merujuk kepada entry pertama yang dihasilkan di laman masing-masing.

Sama Nama
Soal siapa tiru siapa tidak timbul.Bagi acik sesiapa sahaja boleh memilih nama untuk diletakkan dilaman masing-masing.Analoginya mudah,kita boleh lihat disebuah sekolah,terdapat ramai yang mempunyai nama yang sama atau seakan sama.Contohnya seorang pelajar bernama Nurul Atikah..Seorang lagi bernama Syairah Atikah.Kedua-duanya digelar dengan nama Atikah walau nama pertama mereka berlainan.Jadi timbul kekeliruan antara rakan-rakan kepada 2 Atikah ini.Begitu juga halnya dengan Acik & syarikat travel ini.

Mahasiswa Al-Azhar
"Kembara Sufi dianggotai oleh Mahasiwa- mahasiswi Universiti Al-Azhar yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan travel di Mesir." (Acik petik dari entry pengenalan syarikat travel ini. http://kembara-sufie.blogspot.com/2009/02/pengenalan-kembara-sufi_7020.html )
Acik juga adalah penuntut Universiti Al-Azhar,Mesir.

Negeri Pahang
Wakil syarikat travel ini berasal dari negeri Pahang.sahabat acik,saudara Hafizi (yang acik minta untuk menjadi pemandu) ini juga berasal dari Negeri Pahang.

Tempat lawatan
Acik sempat melihat tempat-tempat lawatan yang disediakan oleh syarikat travel ini,kelihatan sama dengan apa yang telah dirancang oleh acik.Tempat-tempat lawatan ini adalah antara tempat yang biasa dilawati oleh setiap pelancong.

Justeru acik dengan rasa rendah diri,merasakan perlu untuk acik membetulkan kekeliruan ini..diharapkan tiada yang terkeliru mahupun bersangka tidak baik terhadap mana-mana pihak.Moga Allah ampunkan dosa-dosaku..



dicatat pada 5 Jun,10pagi
lokasi:RPL,Abbas A'qod,Bandar Nasr,Kota Kaherah


Thursday, 27-May-2010 21:59 Email | Share | | Bookmark
Tilt-Shift Photography

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum..



Tekan saya untuk maklumat lanjut
Kali ni acik belajar dr seorang rakan fotografi Saudara Ade Sofyan (Mac Holic) tentang kaedah 'miniatur-scene' dr laman sosial Facebook..sekadar mencuba apa yg dipelajari..ntah jadi ntah kan tidak..kita layan je la..dh macam mainan lego je gayanya.Apa yg cuba acik hasilkan adalah gambaran seolah-olah gambar ini seperti miniatur atau replika..gambar yang diambil adalah asli namun dengan effect yang acik wat ni menjadikannya seperti miniatur..moh layan..



Tilt-Shift Photography (Miniature Faking) Definition



Tilt-Shift miniature faking is a creative technique whereby a photograph of a life-size location or object is manipulated to give an optical illusion of a photograph of a miniature scale model.
Altering the focus of the photography in Photoshop (or similar program) simulates the shallow depth of field normally encountered with macro lenses making the scene seem much smaller than it actually is.
In addition to focus manipulation, the tilt-shift photography effect is improved by increasing color saturation and contrast, to simulate the bright paint often found on scale models.
Most faked tilt-shift photographs are taken from a high angle to further simulate the effect of looking down on a miniature. The technique is particularly effective on buildings, cars, trains and people.
Tilt-Shift photography is all about changing the angle of the camera to give a different perspective and to make something look bigger or smaller. Like when you play poker and your chips are stacked and all lined up, from on top they don’t look like much but if you look from the bottom they could look huge.


nk try project ni budget plak xckup..tp ok la jgak hasilnya..





Quote:
"Tilt-shift photography" refers to the use of camera movements on small- and medium-format cameras, and sometimes specifically refers to the use of tilt for selective focus, often for simulating a miniature scene. Sometimes the term is used when the shallow depth of field is simulated with digital postprocessing; the name may derive from the tilt-shift lens normally required when the effect is produced optically.
"Tilt-shift" actually encompasses two different types of movements: rotation of the lens plane relative to the image plane, called tilt, and movement of the lens parallel to the image plane, called shift. Tilt is used to control the orientation of the plane of focus (PoF), and hence the part of an image that appears sharp; it makes use of the Scheimpflug principle. Shift is used to adjust the position of the subject in the image area without moving the camera back; this is often helpful in avoiding the convergence of parallel lines, as when photographing tall buildings.






Monday, 24-May-2010 18:29 Email | Share | | Bookmark
Salam Imtihan

cuit santai
salam imtihan dr crew al-fityan buat semua
Salam Imtihan dr Pentadbir PMRAM
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah, berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMu..anugerahkanlah kejayaan didalam peperiksaan kami ini..anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami..jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian..andai telah tertulis di luhmahfuzMu akan kegagalan kami maka ubahlah menjadi kejayaan..Engkau yg Maha Agung, mudah-mudahan keputusan semester ini lebih cemerlang dari sebelumnya..Moga Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kepada kami agar dapat di manfaatkan ke jalan Mu yg di redhai..aminn..





Code:
<a href="http://lagendaseniworld.blogspot.com" target="_blank"><img border="0" alt="Create your own banner at mybannermaker.com!" src="http://img245.imageshack.us/img245/1872/mybanner4b207e2d3a9e7.jpg"/></a><br/><a href="http://www.mybannermaker.com/">Make your own banner at MyBannerMaker.com!</a>


http://lagendaseniworld.blogspot.com/


Monday, 24-May-2010 04:02 Email | Share | | Bookmark
Kelahiran Baru

 
 
Assalamualaikum.PMC mengorak langkah setapak lagi setelah 10 tahun unit ini telah diwujudkan.Pelbagai unit & gerak kerja dirancang untuk melicin & melancarkan kesemua program anjuran PMRAM dari unit teknikal (penyelaras sistem bunyi),rakaman audio visual,fotografi & kewartawanan serta pereka grafik dan sebagainya.Justeru Acik ingin menjemput semua sahabat fp & pengunjung laman kembarasufi ini untuk sama-sama memeriahkan laman Pusat Multimedia PMRAM ini.. Link


"Weblog ini diwujudkan tanggal 12 Mei 2010. Ia digagaskan untuk membantu ahli PMRAM keseluruhannya untuk mengenali, memahami seterusnya mendekati salah satu unit yang terdapat bawah bidang Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM ini. Pihak kami juga mengharapkan segala aktiviti yang dibawa iaitu antaranya teknikal, wallpapers (grafik), fotografi, dan kewartawanan ini mendapat tempat dihati semua".



Akhir kata, semoga kita dapat berkongsi sesuatu yang bernilai untuk semua. Sekian, Harap Maklum.

- Pentadbir




p/s:acik bukanlah salah seorg Admin/pentadbir laman Pusat Multimedia PMRAM ini..
Hanya ahli PMC sahaja..

sembang hari Isnin : Pesanan dari Cik Sakura :" Barangsiapa yang melakar suatu sunnah yang BAIK, maka baginya GANJARAN untuk perbuatan itu, dan perbuatan mereka yang menuruti sunnah itu hingga hari Qiamat, tidak berkurang walau sedikit pun pada ganjaran mereka.... Dan barangsiapa yang melakar suatu sunnah yang BURUK, maka ke atasnyalah DOSA akibat perbuatan itu dan DOSA sesiapa yang beramal dengan keburukan itu, hingga hari Qiamat, tidak berkurang walau sedikit pun pada DOSA mereka " (Al-Hadith)
Wallahu a'lam


Monday, 24-May-2010 03:03 Email | Share | | Bookmark
Hukum Melukis Gambar

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam Link

SOALAN:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali

Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.

Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:

1. Bagaimanakah kedudukan melukis potret dan objek bernyawa dalam hukum Islam.

2. Adakah ciri sesuatu potret yang dihasilkan, iaitu 'berwarna' (menyerupai wajah sebenar yang dilukis), atau 'hitam putih' (menyerupai wajah sebenar tetapi tidak berwarna) menjadi penentu dalam mengharuskan penghasilan potret tersebut?

3. Apakah kedudukan membingkaikan gambar fotografi objek hidup (manusia dan haiwan contohnya), lalu digantung di dinding rumah mahupun pejabat?
Sekian.

Ratapan keampunan kepadaNYA Yang Maha Pengampun atas segala kejahilan.

Daripada: NUR HIDAYAH HAJI DAUD (Malaysia)


JAWAPAN:

Muqaddimah

Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:


إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahan


Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.
Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?

Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam

1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.

Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.

2. Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.

Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam
Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.

Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.

Jawapan Kepada Soalan Yang Ditujukan

Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang


Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.

Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.

Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.

Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

Berdasarkan jawapan di atas jelaslah kepada kita bahawa:

Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran. Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut adalah sempurna.

Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:


الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ

yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.

Hukum Gambar Fotografi

Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan. Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup aurat adalah diharamkan.

Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.

Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding


• Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

• Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah, hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau dimuliakan.

• Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.

• Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang sempurna.

• Sekiranya gambar yang ingin digantung adalah gambar manusia atau haiwan yang tidak sempurna seperti gambar kepala manusia sahaja, gambar kepala seekor singa, gambar seekor lembu tanpa kepala dan gambar manusia yang dadanya berlubang, maka kebanyakan para ulama membenarkannya tanpa ada sebarang hukum makruh.

Hadith Yang Menunjukkan Seolah-Olah Pelukis Mencabar Allah

• Berkenaan dengan hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa telah mencabar Allah Taala.

• Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan untuk disembah

ataupun

• Orang yang melukis tersebut sendiri ingin menjadikan lukisannya sebagai satu cara untuk menyatakan kepada orang lain bahawa dia mampu melakukan sebagaimana Allah menciptakan sesuatu objek. Ini bermakna si pelukis sendiri yang berniat untuk mencabar kehebatan Allah dalam mencipta alam.

• Sekiranya si pelukis tidak berniat untuk mencabar atau menandingi Allah Taala dan lukisan yang dibuat bukanlah untuk disembah, maka para ulama yang tidak mengharamkan lukisan akan menyatakan bahawa tiada sebarang sebab yang boleh mengharamkan lukisan.

Penutup.

Perbincangan berkaitan dengan hukum gambar adalah satu perbincangan yang akan memperlihatkan perbezaan pandangan para ulama dalam menentukan hukum. Walaupun ada hadith yang zahirnya menunjukkan bahawa melukis adalah haram, tetapi para ulama berselisih pandangan dalam memahami hadith-hadith tersebut sehingga menyebabkan pandangan yang pelbagai dalam masalah hukum melukis.

Kita sebagai orang Islam wajib untuk menghormati perselisihan pandangan ini dengan tidak memaksa umat Islam yang lain memilih hanya satu pandangan daripada pandangan-pandangan yang pelbagai. Ini kerana setiap pandangan mempunyai sandaran dan hujah ilmu yang diceduk daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan dalil-dalil feqh yang lain.

Kita juga tidak boleh mencemuh pandangan sebahagian para fuqaha sekiranya pandangan mereka tidak sama dengan pandangan mazhab yang kita pegangi.

Perbezaan pandangan para fuqaha adalah rahmat buat umat Islam. Semoga perbezaan pandangan dalam masalah khilafiyyah tidak akan membawa kepada perpecahan umat Islam.
Wallahu A'lam.

Rujukan utama adalah Mausu`ah Fiqhiyyah Quwaitiyyah.



المستدرك على الصحيحين



iaitu gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna yang sekiranya objek tersebut hidup, dia akan mampu untuk terus hidup. Contohnya gambar seorang manusia yang cukup dengan kepala dan badan. Bukankah sekiranya seseorang itu hanya dilahirkan dengan mempunyai kepala dan badan, dia masih mampu untuk hidup? Namun sekiranya gambar yang dilukis hanyalah gambar kepala sahaja atau gambar manusia tanpa kepala, maka hukum gambar seperti ini adalah diharuskan tanpa ada sebarang hukum makruh. Hukum makruh di sisi Mazhab Al-Imam Malik hanyalah sekiranya gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna.



[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net