acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-May-2010 02:16 Email | Share | | Bookmark
Larangan Secara Mutlak Melukis Gambar Nabi

Pelukis Karikatur Menghina Nabi s.a.w
 
Kenyataan Manhal PMRAM : Larangan Secara Mutlak Bagi Melukis Gambar Nabi

Link

Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya.

Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain.

Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah.

Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah.

Allah berfirman didalam surah Nuh ayat ke 23 :

Maksudnya : "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.

Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan. Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah.

Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi. Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja.

Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekalipun hadis ini diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hukumnya merangkumi semua para Nabi dan Rasul.

2. Dengan melukis para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka" (57: al-Ahzab)

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa menyakiti Nabi Muhammad s.a.w.adalah seumpama menyakiti rasul yang lain yang diutuskan Allah S.W.T kepada umat manusia.

Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan Nabi SAW bukanlah suatu yang baru, ia merupakan rancangan Yahudi dan sekutunya di dalam menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi rentetangan perancangan daripada pihak mereka. Apa yang penting kita selaku penuntut ilmu agama dan pejuang di jalan-Nya mesti sentiasa peka setiap isu yang berlaku dan pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji-janji para sahabat RA ketika bersama dengan Nabi SAW.

P/s:Manhal=Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan PMRAM (Center for Organizing Observations And Research Product)
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"


Monday, 24-May-2010 01:35 Email | Share | | Bookmark
Dakwah Bukan Ekstrim

sekadar hiasan...
Penulis: Mohd Zahid Bin Abu Bakar link


sekadar renungan..

Dalam menongkah era milenium, Islam sentiasa dikaitkan dengan keganasan. Setiap perkara dan amalan yang benar-benar menepati syara’ dilabelkan dengan ekstrim dan teroris. Semangat jihad yang seharusnya menyinari jiwa syabab al-Islam mulai kabur dek kerana kefahaman terhadap jihad telah dikelirukan dengan penafsiran palsu oleh musuh-musuh Islam. Label teroris terhadap para da’ie telah berjaya menjauhkan al-syabab dari berintima’ dengan gerakan dakwah yang merupakan perjuangan suci di dalam Islam.

Tempias dari penafsiran kotor dan keji ini telah membasahi pemikiran kebanyakan mahasiswa Islam seluruh dunia. Kehadiran mereka ke institusi pengajian tinggi adalah semata-mata untuk memberikan penumpuan seratus peratus dalam pembelajaran, tanpa sekelip pun memandang ke arah masalah global. Kebersamaan dalam aktiviti persatuan lebih-lebih lagi yang berorientasikan tarbiah dan dakwah bukan lagi satu signifikan keberadaan mereka di kampus pengajian. Malah, ada yang beranggapan, aktiviti ini merencatkan proses kematangan ilmu yang sedang digali di sini.

Senario ini merupakan ghazwah al-fikr (serangan pemikiran) yang direncanakan oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan kekangan terhadap gerakan dakwah dapat direalisasikan. Di sinilah peranan kita sebagai mahasiswa Islam yang telah ditarbiah dalam suasana biah solehah untuk memastikan masyarakat sekitar kita nanti tidak terkena tempias pemalsuan ini.

Sedarlah, mahasiswa Islam adalah dai’e yang menjunjung amanah Allah bagi menjana ummah gemilang dengan memikul peranan besar sebagai penggerak dan pembangun masyarakat untuk mengembalikan semula kecemerlangan Islam. Yakin serta percayalah, masyarakat sedang menanti penangan kita selaku tholib al-ilmi yang diharap mampu memimpin umat ke arah syurga Allah SWT dengan ilmu pengetahuan yang telah kita pelajari.

Tanamkanlah dalam diri kita bahawa syurga Allah bukan untuk kita seorang. Berusahalah dengan sekerasnya-kerasnya dalam lapangan dakwah agar setiap hamba Allah yang mengucap dua kalimah syahadah dapat bersama-sama kita di dalam syurga Allah kelak.

Di sini, saya ingin menegaskan bahawa da’ie bukanlah teroris. Gerakkan dakwah bukannya ekstremis. Dakwah yang kita dokongi ini, digerakkan melalui muzakarah berkelompok yang dipimpin oleh fasilitator dengan berkonsepkan nasihat dan teguran bagi mencapai hadaf dan tujuan. Menyentuh perspektif humanistik dari segi akhlak agar mampu memanifestasikan tugas dan kewajipan kita dalam usaha mengubah situasi kehidupan masyarakat.

Qudwah yang ditonjolkan oleh para fasilitator merupakan aset penting untuk kejayaan muzakarah berkelompok yang kita gerakkan. Menyatukan jiwa-jiwa kita dengan ikatan ukhuwwah Islamiyyah dan dikemaskan lagi dengan ribath al-Aqidah yang senantiasa harum subur di hati. Dimanakah yang dikatakan ekstrimis dan teroris pada dakwah kita? Inilah antara konspirasi barat dalam menjerat aktivis Islam.

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan : “Keganasan harus diperangi dengan perdebatan yang merupakan aktiviti pemikiran. Jika kita memerangi keganasan dengan melakukan keganasan yang serupa, kita memerangi pengganas dengan senjata dan cara yang sama, maka bererti kita juga adalah pengganas” (Antara Pengganas Dan Mujahidin Tulen).

Nabi s.a.w berjihad untuk menegakkan syiar Islam selama dua puluh tiga tahun dengan ketajaman semangat yang tidak pernah tumpul. Jihad yang sedikit pun tidak dinodai dengan perasaan malas walaupun baginda jarang benar berehat demi untuk memastikan umatnya yang dicintai, terlepas dari ancaman neraka. Kesungguhan dan keutuhan jihad baginda ini adalah bertunjangkan keyakinan baginda bahawa untung nasib umatnya di akhirat terletak atas kepatuhan mereka kepada Allah atau sebaliknya.

Justeru, saya mengharapkan agar sahabat-sahabat ahli PMRAM, setia memberikan khidmat seadanya terhadap organisasi yang kita dukungi ini. Mudah-mudahan, komitmen yang kita berikan dapat menyerlahkan PMRAM sejajar dengan matlamat dan dasar penubuhannya.

Saya memohon kepada Tuhan yang membolak-balikkan hati agar menetapkan hati-hati kita thabat dalam agama ini serta mejadikan kita penyambung gerakkan dakwah Rasulullah agar penghayatan cara hidup Islam kembali menjadi kelaziman bagi umat Islam seluruhnya.

“Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”

Mohd Zahid Bin Abu Bakar
Timbalan Setiausaha Agung 2010
Persektuan Melayu Republik Arab Mesir


Saturday, 22-May-2010 22:35 Email | Share | | Bookmark
PRISMA bil 1

Salam..

PRISMA bil 1
Antara gambar-gambar yg pernah menghiasi fp acik sebelum ini..kini dimuatkan didalam PRISMA..terima kasih buat Crew WARTA sbb memilih foto-foto acik untuk dimuatkan didalam prisma kali ini..

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Untuk mendapatkan Prisma Bil 1 & 2 boleh ke link di bawah..Muat turun dalam bentuk pdf...

PRISMA Bil 1-April 2010 klik disini

PRISMA Bil 2-Mei 2010 klik disini

Untuk memuat turun kitab,majalah.iklan,pekeliling,risalah,video & audio berkaitan PMRAM & pengajian boleh ke semua ada disini

Kita PMRAM!!!!








Sunday, 16-May-2010 22:08 Email | Share | | Bookmark
Canon A-1

 
 
 
View all 6 photos...
salam..
** yang ni plak Canon A-1 kepunyaan kawan acik..saje nk promote kamera lama yg masih menggunakan filem ini..Sekarang ni pun ramai students Mesir mula berjinak-jinak dengan kamera lama ni..jika dulu sukar acik nk jmp mereka yg berminat dengan slr ini..nk juga berkongsi pengalaman dan belajar pelbagai teknik fotografi..namun selepas usaha-usaha menjejak barangan lama ini acik bertemu dengan peminat kamera lama ini..selepas ini boleh la acik hunting bersama otai-otai ini..so jom layan..NOS edition..

1

2

3

4

5

6


Tambahan:16 Mei-Hari Guru..Selamat Hari Guru buat semua guruku semenjak dr Tadika KEMAS Sg Choh,SK Sg Choh,SEMESCHO,SAMT Kuala Kubu Bharu,SAM Bestari Subang Jaya,SAM Rawang..Tidak lupa buat Abah Acik yg juga bergelar guru.
Buat rakan2 fp yg sering memberi komen,cadangan,dan juga teguran selama mana acik ber-fp ini.. terima kasih atas sokongan kalian..kalian adalah guruku jua.."Guru yang paling baik adalah mereka yg percaya pada diri,berkeyakinan diri,serta belajar dari kesilapan yg pernah dibuat.jadi anda semua adalah guru.."


Sunday, 16-May-2010 21:02 Email | Share | | Bookmark
Ray Ban Large Metal II Leathers B&L

 
 
 
View all 8 photos...
Salam..
kali ni nk tunjuk Ray Ban kulit acik je.Frame Large Metal II arista Leathers series jenis English Birdle Leather.sekadar koleksi..da dkt 3 bulan acik pkai..kira rare la jgak..kesemuanya dijamin original..terbaik dari ladang..hehehe









[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net