Want your
own Fotopage?













 
acik's FotoPage kembara sufi

By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Jun-2009 11:43 Email | Share | | Bookmark
Study @ Jame' Azhar

 
 
 
View all 19 photos...
Assalamualikum..

Seperti yang dijanjikan pd entry yg lepas..acik nk tunjukkan gambar2 ketika musim peperiksaan pelajar-pelajar al-Azhar di Kaherah...memandangkan acik xboleh ambil gambar ketika peperiksaan sedang berjalan,jadi acik tampilkan suasana ketika ulangkaji terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan pada jam 1.30 ptg,gambar-gambar ni acik ambil ketika kesemua 'mangsa' sedang khusyuk menelaah pelajaran..paling takut waktu nak candid pic arab..kalau kantoi tak pasal-pasal dapat penumbuk..huhuhu..apa-apa pun,jom kita saksikan..

Ya Allah, sejukkan gelora hati ini dengan salji keyakinan dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan..

*acik bermasalah setiap kali nk upload gambar2 kt internet..terpaksa mengadap pc berjam2 lamanya..boleh sesiapa tlg..mcmne nk bg line internet kt cc ni laju..huhuhu..nk hack je pc ni rasanya..

1 buku tauhid..3jilid..


2paper usul fiqh


3 inilah arab yang berjaya di 'candid' oleh acik(takut jgak time ni)


4 kata orang kalau nk cepat 'masuk' ilmu tu,letak je buku kt kepala..senang skit 'masuk'
hehehehe..ini antara contohnya..ni mst kes tak tidur malam..


5 ini plak dewan peperiksaan acik..dewan terbuka..sesuai la untuk musim panas..kalau xde kipas,dpt 'aircond' semulajadi...
tp kna tahan panas la jawabnya..lg pulak peperiksaan acik berjalan di sebelah petang..suhu sekitar 40'c....bayangkanlah....


6 apa lah yg seronok sgt tu ye?


7 acik lebih suka baca nota...kalau time ni xsempat dh nk tgk kitab..rasa mcm byk je x bc lg nti..
so nota2 kecil ni lah yg akan acik baca sebelum memasuki peperiksaan..


8


9 khusyuk btol....


10 ini plak bleh tertidur waktu membaca..(sorry wak..aku candid pic ko)


11


12 style study sambil senyum..(xfaham pun senyum je..ni pun 1 tips jgak dr abg pacak)


13 giliran acik di candid plak..


14


15 penerimaan atau penafian waris dengan menggunakan DNA

letih je tgk sumenye..
xpe,tiap p'orbann 2 pasti ade ganjarnnye
moge dpt yg cemrlg..amin
Wed 24-Jun-2009 00:42
Posted by:atie@ieqa
study dlm musim panas mmg ckup meletihkan.. Wed 24-Jun-2009 17:14
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 14-Jun-2009 14:49 Email | Share | | Bookmark
Islamic Circle @ Nil Restaurant

 
 
 
View all 34 photos...
Assalamualaikum..

Ahad lepas,iaitu 7Jun 2009 acik sudahpun menyelesaikan perjuangan di dewan peperiksaan.moga-moga apa yang dijawab bertepatan dengan apa yang pensyarah kehendaki..sedang asik membelek folder gaambar-gambar program,rupanya masih banyak lagi yang acik tak sempat nk upload.Jadi untuk kali ni,acik paparkan Program Islamic Circle di Restoran Nil,Hayyu Sabie',Kaherah..Program yang akan dijalankan sekali seminggu cuma berbeza tempat sahaja..Untuk kali ini restoran ini menjadi pilihan untuk kami 'sekeluarga' berkumpul dan berukhuwah..

Kebetulan Ustaz Firdaus Misnan menawarkan diri untuk 'sua kepala' untuk disembelih..hehehe..tak la..Segala makanan yang kami makan ditaja sepenuhnya oleh beliau..menu untuk hari tersebut adalah nasi goreng Pattaya,Ikan 3 rasa,dan air sirap limau.Menu simple tp susah nak dapatkan di mesir ni.Sebab kalau tak makan dikedai,tak merasalah makanan ni.

Pelbagai kerenah yang boleh kita lihat sewaktu menunggu makanan ni sampai.masing-masing memang sengaja mengosongkan perut sebelum datang ke restoran ni.bukan apa takut,makanan yang ustaz firdaus pesan tak habis.dek kerana ada yang xmakan dari petangnya,ada yang tertidur kerana terlalu letih..ada juga yang berbincang tentang kisah sekolah lama dahulu.Acik seperti biasa merakamkan detik-detik berharga ini.

*acik pun xlarat nk bercerita lg krn badan ni pun xberapa nk sihat sejak 2-3 hari ni..so acik akan ceritakan kemudian.sebab waktu ni hanya nampak bantal dan tilam sahaja....kepala dh mula pening menghadap komputer ni..dengan line internet yg xmenentu menyebabka acik bertambah tertekan..nk update pun xboleh...to be continue.....salam ukhuwah..

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10 ikan 3 rasa


11 "macmna ikan ni boleh sdap camni ek?"


12


13 & 14 Acik




p/s:untuk akan datang acik akn tunjukkan gelagat pelajar2 di Masjid Azhar ketika musim peperiksaan yang lepas...tunggu yer..

salam acik........
Alhamdulillah, dh selesai peperiksaan ye.......
lps ni blh la relax.......
menu2 tu semua mmg mengancam selera....
Tue 16-Jun-2009 13:09
Posted by:baayah  - [Link]
sorry la atie..xsempat nk update lg..ni pn wat time acik free..t acik smbg cter lg.. Tue 16-Jun-2009 23:28
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
menu mmg mengancam kak..tp dlm kpala ni dh tbyang msakan mak je skang ni.da dkt 2thn xmkn mskn mak..hehehe.. Tue 16-Jun-2009 23:36
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 8-Jun-2009 23:18 Email | Share | | Bookmark
Dunia yang 'satu' lagi

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum..Salam kembara..

Khamis lalu,Universiti Al-Azhar dan kebanyakan universiti di Mesir bercuti dek kerana kehadiran Presiden Amerika,Barrack Obama ke Mesir.Bagi Acik kehadirannya hanya membuang masa.Sekadar politik murahan tajaan Amerika dan sekutunya..Tiada apa yang ingin dikatakan selain mengulangi tape rakaman lama beberapa presiden sebelumnya..Banyak jalan yang ditutup sempena lawatan beliau.Barua-barua FBI & CIA memenuhi kota Kaherah.Takut-takut peristiwa pembunuhan pemimpin negara seperti Anwar Sadat berulang kembali di Mesir.Kalau dulu pimpinan Mesir,tapi sekarang mungkin Obama.Maka bersiap sedialah segala bala tentera di bumi anbiya' ini.Jadi segala apa yang dirasakan mencurigakan akan terus ditangkap dan mungkin juga ada yang akan kehilangan nyawa.Pesanan 'Abg Long' untuk tidak keluar ke mana-mana kawasan yang menjadi lawatan BO,terus acik pegang.

Selepas waktu zohor,acik diberitakan tentang kematian salah seorang tetamu dari Malaysia yang akan mengerjakan umrah dan berkunjung ke Mesir sebelum ke Mekah.Niat untuk ke Bank CIB acik batalkan bagi menziarahi jenazah Allahyarhamah yang akan dikebumikan di Kaherah.Allahyarhamah meninggal di Hospital Rab'ah pada pagi hari tersebut.Acik sememangnya tidak mengenali Allahyarhamah tetapi dek kerana tuntutan fardhu kifayah ini acik tetap juga menziarahi si mati.Apa yang acik tahu mak cik ni berasal dari Kedah.Bersama-sama dengan pimpinan PMRAM yang hadir jenazah disembahyangkan di perkarangan Rumah Kedah Hayyu Asyir pada jam 2.30 ptg yang diimami oleh Ustaz Jais B Kamus.

Jika berlaku kematian sudah pastinya orang yang paling sibuk menguruskan urusan pemakaman jenazah adalah Ust Syed Aisam( otai PMC)..Acik sempat ke tanah perkuburan bersama-sama sahabat dan pegawai dari Kedutaan Malaysia ke Mesir.Bukan apa,kebetulan ada kereta yang kosong,jadi acik pun ikut sama ke kuburan.Pengalaman pertama semenjak berada di Mesir,inilah kali pertama acik masuk ke kawasan perkuburan Melayu Malaysia di sini.Tergambar bagaimana alam yang 'satu' lagi ini.Sudah cukupkah amalku di dunia ini?Sudah adakah bekalan untuk menerangi alam barzakh ini?Itulah antara persoalan-persoalan yang timbul ketikamana kaki ini menjejakkan kaki ke liang lahad di kuburan tersebut.(jangan anda bayangkan seperti perkuburan di Malaysia kerana kubur disini berbeza).Anda akan dapat melihat jenazah yang dikuburkan sebelum ini.Kerana apa? kubur disini hanya meletakkan jenazah disisi jenazah yang lain.Namun acik tidak dibenarkan mengambil gambar ketika didalam lahad.(gambar2 ni pun curi2 ambik guna hp acik..hehehe.itupun kt luar je..)

1apa yang ditulis dipintu..baca sendiri


2saat jenazah diturunkan ke lahad


3 hadirin yang menziarahi kuburan


4


5


6


7&8


Tambahan dari Acik


gambar ini acik grab dr Friendster Ust Khairul

Alfun Mabruk lil Ustaz Khairul Arifin atas kurniaan yang maha Esa anak yang cukup comel,penyambung generasi ulama keluarga Ustaz Jais Kamus.acik diberitakan kelahiran Al-Fateh ni dr Kak Umi,teman yang sama-sama menjadi fasilitator suatu ketika dahulu.Ust Khairul adalah org yang berperanan sebagai 'boss' kami bagi program-program motivasi dulu..Ketika Kak Umi ceritakan tentang Ustazah Hamizah(isteri Ust Khairul) yang ditinggalkan di Malaysia sementara Ust Khairul berada di Mekah bagi menjalani proses pembelajaran di Jameah Ummul Qura,teringat acik pada kisah Nabi Allah Ismail yang ditinggalkan bersama ibunya oleh Nabi Ibrahim..Sungguh kuat semangat mereka..menitis airmata ini menggambarkan betapa peritnya Ustazah Hamizah sendirian melahirkan anak tanpa suami di sisi..Moga anak yang lahir ini juga akan mengikuti jejak langkah ibu & ayahnya..

entry akan dtg..Islamic circle @ Nil restaurant...

"you'll be happier if you'll give people a bit of your heart rather than a piece of your mind...."

gembira dpt tlg ahli keluarga allahyarhamah..yg b'bju batik dtgh2 tu la ank lelaki allahyarhamah.. Wed 10-Jun-2009 01:28
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
kubur 2 msuk ke dlm lg ke??cm ade tangga je... Wed 10-Jun-2009 02:33
Posted by:ungu karmila atikahamalina.90@gmail.com
lbh krg mcm 2 la tkah..lpas trun tangga 2,kta akn dpt lihat 2bilik disblh kanan,yg mana pintunya kecil shj.jd kta perlu tunduk utk mletakkn jnzh tsbt..p'alaman yg ckup bhrga.. Wed 10-Jun-2009 22:23
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Thursday, 4-Jun-2009 17:22 Email | Share | | Bookmark
Nostalgia PMHK 08

 
 
 
View all 23 photos...
Assalamualaikum..

Tanggal 16 Ogos 2008 maka bermulalah tugas acik sebagai ahli PMRAM Multimedia Centre(PMC). Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) atau Ekspo Gempak PMRAM (EGP 08) adalah titik permulaan tugas acik sebagai 'anak angkat' PMC..
Di sinilah segalanya bermula.. acik mengenali PMRAM secara lebih mendalam..& PMC secara lebih dekat..pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi untuk meneruskan survival dalam PMRAM..bagi menyambung tali dan rantai perjuangan pejuang-pejuang Islam..Begitulah resam dalam PMRAM..yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti.Generasi pelapis sangat-sangat diperlukan bagi penyambung tugas dakwah ini.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan..tugas acik semakin hari semakin mencabar..bermula dari tidak mengenal sesuatu kerja pun dlm PMC.Langsung diberikan tugas sebagai adhoc KEJORA 08.Segalanya menjadi mudah dengan bantuan dr 'otai2 PMC' acik mengenali dunia multimedia..Jutaan terima kasih buat semua yang memimpin acik.. Lagi banyak yang acik blaja,byk jgak yang acik tak tahu..

Acik cuba untuk merakam setiap pengalaman yang cukup berharga ini.. Jika acik boleh kembali ke zaman lampau,sudah pasti EGP yang akan acik pergi..banyak pengalaman suka duka didalam program tahunan ini..Harapan acik moga pimpinan akan mengulangi PMHK utk tahun 2009 ini kembali..

Selingan
Kawan-kawan acik ramai yang bertanya.."ko kerja dgn PMC ni dapat gaji berapa sebulan?","apa best nya ko kerja dgn PMRAM?", "ko xdapat zakat pun xpe,sebab ko PMC,ada la jgak income..."
acik cuba jawab jgak dengan senyuman,walaupun soalan-soalan ni boleh dikategorikan sebagai soalan2 'bangsat'..
acik jawab: tiada sesen pun yang PMRAM bg,cuma ihsan dr pimpinan & sahabat2 yang sama2 bekerja dlm PMRAM yang kadang2 belanja makan..selebihnya acik dpt Allah & rasul-Nya..yang layak membalas kerja2 yang dibuat selama ini..itulah Ukhuwah yang terjalin antara kami didalam PMRAM..moga ikatan ini kekal buat selama-lamanya..

itulah antara mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditempuhi...
Teringat acik pada sabda NABI SAW:Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemah.barangsiapa yang pada masa lemahnya dia tetap dalam sunnahku,maka dia telah beruntung.namun barangsiapayang beralih kepada selain itu beerti dia telah celaka (HR Ahmad)'..au kama qol..

Nostalgia...16-19 Ogos 2008

1 Pa & Ust Hafiz


Otai PMC

2 Setting bwh pokok lagi..huhuhu


3


4


5& 6 Abe


7 PMC yang serba boleh...Meniaga


persiapan sebelum program
8


9


10


11


12


13


14 & 15 l mata yang tak larat nk buka dh..


16 acik


17 & 18 l PMHK melabuhkan tirai



Tambahan l Old timer (OTAI)

Ust Azlan Alias

Rasanya belum terlewat utk acik ucapkan sekalung tahniah buat Ust Muhd Azlan Hj Alias yang kini telah mamikul amanah berat sebagai Badan Pengurus PMRAM bg Badan Ekonomi..Beliau juga merupakan ahli PMC..persoalannya,adakah beliau masih bersama PMC?hehehehe..

1@ PMHK l Pengerusi Majlis


2 @ FKAMC ke-16


Ustaz Abd Latib Ahmad

Dahulu seorang,Kini sudah "berdua"



Ustaz Syed Aisam

Care to comment?


Wednesday, 3-Jun-2009 21:10 Email | Share | | Bookmark
duit oh duit...

 
 
 
View all 18 photos...
Assalamualaikum..

Utk entry kali ni,acik hanya guna kamera benq E1050..saje nk uji mode 'Text' yg ade pd camera ni..biasanya mode ni digunakan tuk merakam teks..dlm jarak objek yg dekat..
so acik guna la mode ni tuk hasilkan pic duit yg acik kumpul ni..hehehe..mmg minat kumpul duit dr kecik..sebabnya,kalau dh xde duit sgt,duit ni la yg akan acik guna..huhuhu...last choice yg ade..nk hidup mst bijak..hehehe..tu kata org2 tua kt surau Muhajirin kt KIP Sg Choh..hehehehe..

Kadang2 duit syiling ni mmg xberguna bg sesetengah org,sbb nilainya kecil..tp bla dh byk,besar jgak nilainya..kata org,sikit2 lama2 jd bukit...mcm menara yg xberapa nk siap yg acik wat ni la..huhu..pada asalnya acik ada lebih kurang 200 keping duit syiling LE 1 ni..tp bla dh sengkek,duit ni la yg akan acik gunakan..so sekarang ada dlm 160 keping je..lg satu duit rubu' ataupun 25 piasters..klu org kedah kata 25kupang la..sebab utamanya,duit ni berlubang kt tgh2 nya..
bleh la nk sangkut kt mana2..n duit ni la jgak yg jd zip kt sweater acik..bla org arab tgk mst dorg akan tegur..sbbnya duit ni mcm xde nilai je bg dorg..tp pd acik,duit ni pnuh dgn nilai seni..hehehe..biar pun duit ni skit nilainya tp ia tetap duit..terpulang la pd kita utk menghargai duit..jgn terlalu boros dlm berbelanja..itu pesan umi n abah acik..sbb acik tau dorg susah nk cri duit ni..dgn duit mereka jgak la acik boleh ke mesir..

Dalam kegawatan ekonomi ni,nk cri duit cukup susah..ramai yg terpaksa menganggur..
yg kna buang kerja pun ramai..tp kita kna percaya bahawa rezeki itu dtgnya dr Allah.jgn risau tentang duit..yg penting usaha..tepuk dada tanya iman..jgn tanya Aiman,nti dia jawab..."Aiman xkesah...."

Agak-agak cukup x nk buat bli camera baru,laptop sebiji,bli tiket blk msia..buat hantaran meminang anak dara pak mad?ermm..mungkin inilah sbb org xmo duit syiling ni... hehehe..apa yg acik boleh kongsikan,menabung menjamin masa depan..



Quote:
WASHINGTON - Simbol permotoran Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) mengisytihar muflis semalam dalam perkembangan yang disifatkan sebagai tamparan hebat ke atas industri automotif negara berkenaan.

Berikutan pengumuman tersebut, kerajaan AS akan mengambil alih pengurusan GM yang sejak bertahun-tahun lalu merupakan syarikat terbesar di dunia dan merupakan mercu tanda kemakmuran ekonomi AS.

"Perisytiharan itu membawa impak besar ke atas AS kerana GM lebih daripada

sekadar sebuah syarikat, ia dianggap ikon negara," kata seorang profesor Universiti Clark, Gary Chaison.

Semalam, beberapa pegawai kanan AS berkata, mereka berharap proses pertukaran pengurusan itu akan berjalan lancar dan memakan masa di antara 60 hingga 90 hari.

Selepas tempoh tersebut, GM akan bebas daripada perlindungan muflis dan muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih tersusun.

Kerajaan AS akan menyuntik dana tambahan AS$30.1 bilion (RM104.4 bilion) bagi membantu penstrukturan semula GM di bawah perlindungan mahkamah dan akan mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebelum ini kerajaan AS sudah memberikan pinjaman mencecah AS$19.4 bilion (RM67.2 bilion) kepada GM.

Turut menyumbang bantuan kewangan termasuk kerajaan Kanada dan kerajaan wilayah Ontario yang memiliki beberapa kilang syarikat berkenaan. - AFP


1


2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

waktu ni ngah boring xtau nk watpe..tension time exam..jd acik cuba buat sesuatu yg dirasakn bmanfaat..tq tkah!lau bosan,buat la krj mcm acik ni..hehehe.. Wed 10-Jun-2009 22:33
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
kt umh tkah pown bnyk gk duit syiling...
tp cantik cam duit acik ni...huhu...
asal duit kt syiling kt mesir ni diorg xgne erk...
buat duit syiling tp xgne...xpham btol...
Fri 12-Jun-2009 07:10
Posted by:ungu karmila atikahamalina.90@gmail.com
bkn la xguna.tp dorg xbpe suka..sbb berat..snanya idea tuk mesir m'gunakn duit syiling ni,adalah idea Tun Mahathir.sbb nilai duit syiling ni lmbt jatuh nilai timah..tahan lama..kalau duit krts cpt rosak.2-2 ad pro n kontra.tp arab lbh ske memilih duit krts dlm muamalat sehari2..kalau kita bg duit syiling sume dia xnk..kalau skit xpe,tp kalau lbh dr 5 dia xnk biasanya.. Fri 12-Jun-2009 21:52
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 3-Jun-2009 21:00 Email | Share | | Bookmark
Pertingkatkan Keselamatan - Presiden PMRAM

KAHERAH, 3 JUN - Presiden PMRAM Saudara Abdul Mu`izz bin Muhammad menasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir agar menjaga keselamatan bersempena kehadiran Presiden Amerika Syarikar, Barrack Obama ke bumi Mesir pada esok hari.

Beliau ketika dihubungi berkata, mahasiswa dan mahasiswi dilarang sama sekali menghadiri program berkenaan yang dijangka akan diadakan di Universiti Kaherah, Mesir. Sehubungan dengan itu, mana-mana mahasiswa yang ingin keluar daripada rumah pada hari berkenaan digalakkan agar membawa segala dokumen termasuk pasport dan kad PMRAM sebagai langkah awal keselamatan.
"Kita percaya bahawa pihak keselamatan Mesir akan berada di pelbagai tempat pada hari tersebut terutama jalan-jalan yang bakal dilalui oleh Obama. Kita tidak mahu ada mahasiswa yang tidak mengambil berat soal keselamatan ini walaupun program tersebut dijadual selama sehari."

"Pihak keselamatan juga meminta mahasiswa agar tidak membuat sebarang perkara yang boleh mencurigakan sehingga mengundang kepada penangkapan pihak berkuasa," ujarnya lagi.

Berikutan dengan program tersebut, seluruh mahasiswa yang sedang menghadapi peperiksaan di seluruh Universiti Al-Azhar pada hari tersebut (4 Jun) di jadual akan ditangguhkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti.

Presiden PMRAM menegaskan agar mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan peperiksaan pada hari tersebut agar meneliti dengan tepat tarikh baharu yang dikeluarkan oleh pihak universiti agar tidak terlepas mendudukinya.

Sumber : pmram.org

Care to comment?


Monday, 1-Jun-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Ijtima' Umumi Siri II

 
 
 
View all 38 photos...
Assalamualaikum...

Ini adalah antara gambar2 MS PMRAM yg acik x sempat nk upload sebelum ni..sorry pd yg menanti..Actually pic2 ni semua bukanlah semuanya acik yg captured..tp crew fotografi PMC.
atas permintaan ramai,so acik post la jgak..itupun atas kebenaran utk guna tag kembarasufi...

Perwakilan yang hadir

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18.

19

20 SU Sidang

21

22

23

24

25 l Pemerhati

26 l sapa tu??

27 l ni la krew fotografi

28 l Pemerhati di sebelah Akhawat


29 l Perwakilan

30 l PMC akhawat

31 l HEWI

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47


disebalik tabir l ajk yang bertugas

Persiapan terakhir menjelang MS
1

2

3

4

5

6 ateh 'standby' tuk gantung banner..

7

8

9

10 wajah2 ceria pmc's crew


sila2..buat la mcm rumah sendiri..acik xkesah pun..klo ada untung skit2 tu salurkanlah kt tabung dana Apartmen PMRAM..saham akhirat sheikh.. Thu 4-Jun-2009 23:46
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
tumpang lalu... Fri 12-Jun-2009 09:17
Posted by:ana.. epy_star@yahoo.com
sila2..terima kasih buat Dr Farhana Adnan krn sudi singgah teratak berdebu kembarasufi ni.acik cukup b'besar hati..jmput dtg lg dilain masa..buat sahabat2 yg lain jga.. Fri 12-Jun-2009 22:03
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 08:24 Email | Share | | Bookmark
Khazanah Peninggalan Firaun l.a

 
 
 
View all 26 photos...
Salam kembara..

KHAZANAH PENINGGALAN FIRAUN



Piramid atau Ahram didalam bahasa Arab, adalah merupakan lambang kemegahan dan kejayaan kerajaan Mesir Kuno lampau yang sudah cukup sinonim dengan bumi Mesir ini.Bila sebut sahaja pasal Negara Mesir,terlintas di benak kita bayangan bentuk segitiga empat muka yang bebucu empat,serta segiempat di bahagian bawahnya sebagai tapak binaan ini.Gambaran yang cukup jelas untuk menerangkan tentang kemegahan tamadun Mesir kuno ini suatu ketika dahulu. Tamadun yang dibina atas dasar kemegahan,pembangunan lahiriah tanpa menitikberatkan nilai-nilai batiniah yang merupakan teras dalam pembangunan modal insan dalam sosiobudaya sesuatu masyarakat.

Tidak melampau jika saya katakan bahawa anda belum lagi dikira sampai ke Mesir tanpa melihat piramid dari dekat.Sepertimana juga penulis,pada mula menjejakkan kaki ke Ardhil kinanah ini dahulu,sememangnya tidak berminat untuk melihat piramid,apatah lagi mengetahui sejarah piramid itu sendiri.Penulis merencanakan untuk melawat tempat-tempat lain di sekitar Mesir dahulu seperti semenanjung Sinai,tempat penuh bersejarah bagi musuh firaun ini,iaitu Nabi Allah Musa a.s.

Namun begitu,atas sebab menjadi musyrif bagi mahasiswi perubatan Mansurah,penulis bersama seorang sahabat,Ustaz Khairullah Hasim serta 13 mahasiswi yang lain menjejaki sejarah makhluk yang dikutuk oleh Allah s.w.t ini.

Kembara kami bermula dengan menjejaki makam auliya’ dan ulama’ di sekitar kota Kaherah.(Kembarasufi la gamaknya..)Namun apa yang ingin penulis nukilkan adalah berkaitan piramid.Untuk mengetahui berkaitan masjid-masjid serta makam-makam auliya’ dan ulama’ rahimahumullahu anhum,Insya Allah penulis akan ceritakan pada masa akan datang.

Ramai yang menyangka bahawa piramid di Mesir hanya terdapat tiga sahaja seperti yang ada di Giza.Namun begitu,hakikatnya terdapat tidak kurang dari 97 buah piramid terdapat di seluruh Mesir.Hanya saiznya sahaja lebih kecil berbanding piramid di Giza.Sebahagian piramid tersebut terdapat di Sakkara (25km dari Kaherah) yang merupakan piramid tertua di Mesir seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Khairullah.Mungkin kerana telah lapuk dek hujan,lekang dek panas,menjadikan bentuk piramid yang dibina oleh Raja Zoser ini terhakis binaannya.Sebahagian piramid yang lain terdapat di kawasan Wastha (90 km selatan Kaherah).

Namun begitu,Piramid Giza adalah yang tersohor berbanding piramid yang lain serta sering dilawati oleh para pelancong dari dalam mahupun luar Negara.Oleh kerana itu ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan piramid Sakkara sirna dek kemasyhuran piramid Giza.

Meskipun cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan kami untuk menjejaki sejarah Firaun ini,dalam keadaan ribut pasir,debu bertaburan,angin yang kuat namun berbekalkan semangat mahasiswi Mansurah,mereka sanggup untuk meredah rebut pasir ini,kami selaku musyrif terpaksa juga menggagahkan diri untuk melawati antara 7 perkara ajaib di dunia ini dengan bayaran LE 30 seorang.

Setelah meredah ribut pasir lebih kurang 10minit untuk sampai ke kaki piramid Khufu,Ustaz Khairullah menerangkan kepada ahli rombongan tentang ahwal dan sejarah piramid ini.Tiga piramid utama di Giza adalah
1)Khufu (Cheops)
2)Khufra’ (Chepren)
3)Munqara’ (Mycerinos)
Piramid terbesar (Khufu) didirikan oleh Raja Cheops pada tahun 2690 sm yang memakan masa selama 20 tahun untuk didirikan sekaligus diabadikan nama beliau kepada piramid ini.Mempunyai keluasan 52936 m2 dengan 2.5juta ketul batu besar dengan berat setiap satu sekitar 1.5-2 tan.Tinggi piramid ini pada asalnya adalah 146m.Namun pengaruh alam sekitar dan peredaran zaman telah mengakibatkan terhakisnya bahagian puncak dan luar piramid ini secara keseluruhannya menjadikan ketinggiannya hanya 136m.

Menurut cerita Ustaz Khairullah,bahagian dalam piramid Khufu terdapat lorong yang panjangnya 105m menuju tiga ruang bilik.Bilik pertama berada di bahagian bawah ,namun belum sempurna dipahat.Dua bilik lagi terdapat di bahagian atas, salah satunya merupakan tempat penyimpanan mumia Raja Khufu.

Menurut sejarawan Mesir,Zahi Hawas,menafsirkan bahawa diantara sebab pembuatan bilik raja Khufu di bahagian atas adalah kerana Khufu menganggap dirinya adalah dewa Ra (Dewa Matahari) yang berhak disembah.Pelbagai persoalan timbul tentang teka-teki ruang kecil dan lubang-lubang sempit yang banyak terdapat di dalam pyramid.Mungkin ada yang tahu mengapa?boleh perjelaskan kepada saya.

Menurut sejarawan itu lagi,piramid Khufu adalah yang termegah peniggalan Mesir kuno kerana tidak ada bangunan terhebat yang dibangunkan sebelum dan sesudah piramid ini hatta piramid Khufra sendiri yang dibangunkan selepasnya lebih kecil berbanding piramid Khufu.Namun kedudukannya yang lebih tinggi Nampak seakan-akan sama ketinggiannya.

Di sebelah Piramid ini dibangunkan Muzium Solar Boat di mana didalamnya terdapat perahu kesan peninggalan Mesir kuno.Mungkin inilah perahu yang digunakan oleh Firaun untuk belayar di sungai Nil.Perahu ini ditemui di sebelah piramid Khufu,dimana kesan galiannya boleh dilihat sehingga hari ini.

Kembara kami diteruskan lagi ke piramid yang kedua,iaitu piramid Khufra’ (Chepren) yang diapit dua oleh piramid lain.Dibangunkan oleh Raja Chepren,putra kepada Raja Cheops pada tahun 2650sm dengan panjang setiap sisinya 214m dan ketinggian 136m.Di bahagian puncaknya masih tersisa batu kapur asli yang melapisi sisi piramid yang belum terhakis usia.

Piramid seterusnya adalah Piramid Munqara’(Mycerinos) yang didirikan pada tahun 2600sm dengan ukuran lebih kecil dari dua piramid yang lain.Tingginya 62m dan panjang setiap sisinya 104m.

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11


12


13


14


15


16


17


18& 19 l Ust Khairullah


20


21&22 angin kuat..bagai nk terbang rasanya...


23


24


25


26


27


28 kalau nk bli souvenir jgn la bli kt area ni..maha po beday..

spe org yg marah?? Tue 30-Jun-2009 03:36
Posted by:tkah atikahamalina.90@gmail.com
abg sobri la kot.. Mon 6-Jul-2009 18:37
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
????????????????????????????????? Thu 9-Jul-2009 04:01
Posted by:tkah atikahamalina.90@gmail.com
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 26-May-2009 21:41 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga Wilayah

setting handycam
 
 
View all 22 photos...
Assalamualaikum..

Selepas acik buat fotopages ni ramai yg tanya, "mana gambar kau?"...tu la yang jadi masalah cameraman ni..bila dh duk di belakang lens camera,mcm mane la imej nk terhasil..dh tentu la aku kna duk dpn lens camera..bru la imej boleh terhasil..walau pun aku xla pandai sgt sains ni..huhu.. so dgn adanya group fotografi di bawah PMRAM Multimedia Centre (PMC) ni masalah ni boleh diselesaikan la gamaknya..ko ambk gmbr aku-aku ambk gambr ko..huhuhu.. Tambah2 lagi Crew PMC ni mmg kurang tenaga kerjanya..Yang ada kemahiran xnk tonjolkan diri plak..last2 tgl la org mcm aku ni..nk buat kerja,tp xde kemahiran..At least aku cuba..even ni bkn la bidang aku pun..tp bila dh lama2 masuk bidang ni,aku rasa best plak..tp 1 je,tiap kali ade event,gambar aku mesti xde..wawawawa...

Pada mulanya mmg aku ditaklifkan sbg crew tuk siaraya..setting sound system tuk mcm2 program..
Dr konsert nasyid,pertandingan amal islami sempena PMHK,konvokesyen,ceramah perdana,program motivasi,kelas pengajian,n mcm2 lagi..klau nk citer mmg xhabis..tp aku ckup seronok kerja dgn crew PMC ni..disebabkan kemahiran aku xla setanding otai2 lama PMC tuk siaraya ni,so aku cuba cr kerja yg jarang dorg buat..tp ckup penting dlm Badan Penerangan & Penerbitan ni..x lain xbkn,FOTOGRAFI...So ni la dunia aku skang..melakar n melukis dgn cahaya..tp kerja2 siaraya tak bermakna aku tinggalkan terus..aku still dgn kerja2 ni..cuma dalam fatrah imtihan ni aku tawaquf jap.. 'Abg Long' PMRAM suh tumpu pd study..sbb tu da mmg menjadi hadaf pertama aku kt cni..

Untuk program Hari Keluarga Wilayah ni Acik bertindak sbg ajk teknikal,rakaman n fotografi..Di bawah kelolaan Ustaz Ismail Nasri selaku 'boss' tuk unit ni..antara kerja2 unit ni rasa2nya aku xperlu citer kot..bleh tgk je kt bwh ni...
berikut adalah.....Photo by IMRAN...n Unit Fotografi...


Persediaan awal...l setting handycam tuk rakaman
1.


n then..setting Mixer...klu x,mic xleh bunyi..maklumt pun xblh smpai...

2.


3.


4.


Bersama Ust Din Penang
5.


6.


7.


8.


Ini la mixer yg dimaksudkan...
9.


ni plak tarik-tarik wayar..kalau x,da plk yg tersdung wayar nti..

10.


11.


12.


13.


14.


15.


16.


17.


18.


19.


20.


Handycam pun kna shoot jgk..segala rakaman sepanjang program perlu di edit n paparkan mase majlis penutup nti..slide show la jawabnya..
21& 22


tambahan l ko ambk gambar aku-aku ambk gmbr ko...hehehehe




Care to comment?


Tuesday, 26-May-2009 17:06 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Ulangtahun

 
 
salam...

Happy Birthday wat Zahidah...yg menyambut ulangtahun yg ke-20 hari ini..Wat Saiful Azami jgak yg menyambut ulangtahun ke-17 pada 4 Mei yg lepas..SPM thn ni..wat btol2..n xlupa buat Azham yg akan ckup 24 thn pd 31 mei ni.. moga dimurahkan rezeki... Moga diberi kemudahan dlm segala urusan n segala apa yang diceburi..

Di jalan ALLAH persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu. Persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA lah juga telah menetapkan kita mengukir kenangan. persahabatan ini pasti terukir kasih sayang,moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya..Ukhuwah fillah abadan abada..

waa..segan giler ada entry bzday aku..
neway thankz alot...;p
Wed 27-May-2009 05:01
Posted by:zeida
huhuhu..actually,ak nk wat posting pasal pgrm kt umah kL ari2..kbtulan smlm bfday ko..so ak wat la skali.smgt ak nk call ko,tp time 2 ko da lena..so ak ambk dlu la pic ko kt fs..ni br je nk ckp kt ko..tp ko da tgk..xpe la.ko pn xmrh kan?kra blh la mksdnya 2..hehehe Wed 27-May-2009 05:37
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.