Want your
own Fotopage?













 
acik's FotoPage kembara sufi

By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 16-May-2009 21:04 Email | Share | | Bookmark
Berita dari Malaysia..Perginya Seorang Guru

Assalamualaikum....Mesej yang acik terima ptg td dr ayahanda,sekitar jam 6ptg wkt mesir memaklumkan "Ayah da selamat kembali ke rahmatullah jam 8.40mlm td" Iaitu pada 16 Mei 2009,jam 8.40 mlm waktu Malaysia..Beberapa minit kemudian mesej yg sama Acik terima dr Kak Key..Suasana sedih mula menyelubungi ketika Acik membuat panggilan ke Kelantan..Che Su yg menjawab panggilan Acik..Ketika semua guru menyambut Hari Guru pada hari ini,seorang guru yang saya cukup sayangi pergi menghadap Ilahi..Beliau lebih dikenali dengan Pok Su Wei oleh anak-anak murid yg pernah menuntut ilmu Al-Quran dengan beliau.

Masih teringat lagi pada ucapan akhir Tok Ayoh ketikamana Acik ingin ke mesir, "kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi didunia,jika ajal menjemput,tak tahu siapa yang pergi dulu...,kita akan bertemu di syurga.mudah-mudahan..."

Hampir 30 tahun Tok Ayoh mengidap stroke..lumpuh sebahagian tubuhnya.Namun solatnya tidak pernah ditinggalkannya..Moga Allah berikan ganjaran pahala buar Allahyarham.Al-Fatihah buat Tok Ayoh..Moga Allah tempatkan beliau dikalangan tempat orang-orang yang beriman..



Sejak seminggu selera Tok Ayoh mula berkurangan..Bagaikan hempedu setiap apa yang ditelannya..Semuanya terasa pahit..Hanya kalimah "Ayoh dah tak lama dh ni..."
Menjelang maghrib tadi,Tok Ayoh mula bertanyakan sesuatu kepada anak-anaknya..Namun percakapannya kurang difahami butirannya..Tok Ayoh meminta Pak Do Pa,Imam Masjid kampungnya untuk datang ke rumah untuk bertanyakan sesuatu..

Persoalan yang kurang difahami butirannya itu tadi adalah suatu soalan Fiqh. "BOLEHKAH KAIN IHRAM DIJADIKAN KAIN KAFAN?" Kemudian Tok ayah melanjutkan perbualannya bersama Pak Do Pa..Namun Pak Do Pa minta untuk solat maghrib dahulu.Jawab Tok Ayoh..."Ayoh nak pergi.isyak ni.



Acik :

Sedih sgt sebab xdapat tgk Tok Ayoh buat kali yang terakhir..masakan nk ambk gambar bersama..xdapat nk urut tok ayoh lg..Makluman yg diterima,majlis pengebumian akan dijalankan esok..sekitar jam 10 pg waktu malaysia..& jam 1.30 ptg wktu mesir,acik sedang menduduki peperiksaan Tahriri Al-Quran..doakan acik tabah di sini...[i]

owh..ingtkan dia yg xde.. Tue 19-May-2009 14:52
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
30 tahun sabar ngan stroke, mmg tabah orgnya...

moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman....

Entryku kali ini

Benih satu biji
Bawa pergi semai
Bola satu biji
Kejar ramai-ramai
Fri 22-May-2009 02:09
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Entryku kali ini

Habis dikapak si batang sagu
Rosak dihujung dikekah kera
Nikmat rehat dihujung minggu
Bersama keluarga memupuk mesra
Mon 25-May-2009 02:28
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 13-May-2009 14:02 Email | Share | | Bookmark
acik..oh acik..

 
wif muiz
makan time..
View all 6 photos...


irfan dh besor..



jom join acik!!



wif muiz



time makan malam..bersama Kosey n Mail..ni je la juadah kami..mee goreng serunding ngn cencaluk..(ktorg punya resepi)huhuhu..



buku baru..karangan otai pmc Ustaz Mujahid (Cebisan Hati Manusia)
n "Aku Pun Tahu" karangan Ustaz Mohd Zahid n Ustaz Najid Abdullah ..

waa...smart la acik silat...huhu.. Fri 12-Jun-2009 07:17
Posted by:ungu karmila atikahamalina.90@gmail.com
cube acik cter sket pasal buku CEBISAN HATI MANUSIA dan AKU PUN TAHU??? Fri 12-Jun-2009 07:20
Posted by:ungu karmila atikahamalina.90@gmail.com
utk kedua-dua buku ni acik akn ceritakn nti.scra umumnya,antologi Aku Pun Tahu adalah himpunan karya moden.bhsanya agak mudah,penerapan tntg nilai2 agama dlm cerita2 yg ditampilkan..n cebisan hati manusia adalah b'kaitan ahwal hati manusia melalui p'ceritaan quran & hadis.. Fri 12-Jun-2009 22:18
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 9-May-2009 22:53 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menghadapi Imtihan

imtihan
 

bksam.org

Adakah anda tahu?

Prinsip memori

“MINAT”
Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya.Anda mesti mempunyai sebab mengapa anda mahu mengingatinya.Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada di dalam kelas.Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada sesuatu matapelajaran atau pada seorang guru,lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda.Langkah-langkah seperti berikut mungkin boleh membantu anda:
-Dapatkan rakan yang hebat dalam matapelajaran tersebut
-Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya.
-Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai matapelajaran tersebut.Mulakan sedikit dahulu,apabila anda menguasai,walaupun sedikit,anda akan mula lihat bahawa anda mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.Minat mula berputik.
-Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari.Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut.

Kaedah Hafazan al-Quran

-Pastikan berwudhu’ sebelum menghafaz Al-Quran
-Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz.Disarankan pada waktu pagi dan setiap kali selepas solat dan elakkan pada waktu tengahari dan petang.
-Kenal pasti kekuatan ingatan sebelum mulakan menghafaz.
-Mulakan hafazan dengan amalan doa dan sebagainya.
-Baca dengan bertajwid serta kelancaran yang fasih.
-Ulang ayat yang telah dihafaz dengan kadar dapat mengingati semula ayat tersebut dengan baik dan lancar sebelum membuat hafazan yang baru.
-Tidak perlu berpindah kepada ayat yang seterusnya selagimana masih kurang lancar.
-Gunakan kaedah BACA-HAFAZ-INGAT-ULANG
-Hafaz dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak pula terlalu lapar atau letih.
-Berhenti seketika dalam 10 minit jika peruntukan masa hafazan adalah 1jam begitu juga untuk seterusnya.
-Apabila diyakini sudah lancar boleh buat semakan(tasme’) bersama rakan.
-Sebelum meniggalkan hafazan ulang semula dari ayat permulaan hafazan kita hingga ayat terakhir kita berhenti sebanyak 5 atau 7 kali.
-Sekiranya sudah selesai lakukan ulangan hafazan di dalam solat fardhu ataupun sunat..

7 perkara yang menghairankan
1- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati ,tetapi masih ketawa.
2-Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,tetapi masih mencintainya.
3-Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir ,tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,tetapi masih melakukan dosa.
6- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal Allah dengan yakin,tetapi masih mengingati selainNya.
7- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya.tetapi masih mahu mematuhinya.

Saidina Uthman Bin Affan


thnkz tip hafz quran 2.kdg2 sush jgk nk ingt Tue 19-May-2009 10:06
Posted by:atie@ieqa
same2 blaja..hehehe..kadang2 susah jgak nk hafal..ni pun berdasarkan pengalaman..xtau la atie leh ikut ke x.. Tue 19-May-2009 13:20
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my
blum try blum tau kn..
netau atie leh ikut
Tue 19-May-2009 14:35
Posted by:atie@ieqa
View all 5 comments Add comment


Saturday, 9-May-2009 19:36 Email | Share | | Bookmark
Misi Dana Syaqah

 
 
 
View all 6 photos...
Misi Dana Syaqah PMRAM

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah yang telah mempertemukan kita dengan nikmat Islam dan kesatuan.

Islam mengajar umatnya akan semangat bantu- membantu pada perkara kebajikan dan taqwa.Signifikan dari semangat kerjasama tersebut,PMRAM berhasrat tinggi menjayakan projek Dana Syaqah seterusnya melaksanakan usul Muktamar PMRAM ke-76 baru-baru ini yang berbunyi;

“menjayakan pembelian Syaqah PMRAM akhir 2009”

Usul daripada persepakatan ahli PMRAM akan dibawa dalam mekanisma yang terancang.Kempen ini mengingatkan kita nostalgia kehilangan pemilikan Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA) sejak sekian lama.Bertitik tolak dari itu,PMRAM memilih jalan penyelesaian dengan melancarkan Misi Dana Syaqah PMRAM 2009 demi kepentingan bersama.

Nostalgia Silam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir bagi menaungi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Republik Arab Mesir.Persekutuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1930 dan didaftarkan di bawah pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir pada tahun 1956 sehingga sekarang.

Sebelum ini segala gerak kerja kepejabatan dan aktiviti PMRAM beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA) dan menjalankan aktiviti di rumah-rumah negeri.Namun setelah itu PMRAM tidak lagi dibenarkan menjalankan operasi dan aktivitinya di tempat-tempat tersebut oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Ketika mana pejabat PMRAM di ARMA dipalang pada tahun 1994 dan tidak dibenarkan beroperasi sehinggalah sekarang dan dalam waktu yang sama penghantaran warden di rumah-rumah negeri menyukarkan PMRAM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada ahli malah Persekutuan langsung tidak diberi ruang untuk masuk ke rumah negeri bahkan iklan-iklan juga tidak dibenarkan.

Rentetan dari peristiwa ini,kini PMRAm telah menjalankan operasinya dengan menyewa sebuah apartmenmilik rakyat tempatan dengan kadar sewa bulanan sebanyak LE1300.Sewaan di lokasi ini telah memakan masa selama hamper 12 tahun dan kadar sewaan tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan bermula November 2008 sewa pejabat PMRAM mencecah LE1800 sebulan .

Oleh yang demikian,atas kesedaran ahli PMRAM sendiri telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat memiliki sebuah apartmen sendiri sekaligus menjadi pejabat rasmi PMRAM.Ini adalah satu usaha yang baik sekaligus dapat menjimatkan kos pembayaran sewa pejabat yang kini mencecah ribuan ringgit.

Pada tahun 2006,PMRAM telah meletakkan anggaran nilai LE 1.5juta dapat dikutip daripada sumbangan semua ahli PMRAM maka PMRAM telah melancarkan Tabung Dana Syaqah PMRAM.Pelbagai usaha dan cara telah diberikan oleh ahli PMRAM agar dapat mencapai misi ini.Bertitik tolak dari sini Tabung Dana Syaqah PMRAM terus diperkasa saban tahun dengan kesinambungan misi PMRAM yang lepas.

Pada tahun ini dibawah Naib Presiden III ,Badan Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM terus memperkasakan perancangan yang telah diaturkan untuk memiliki pejabat rasmi PMRAM.Sasaran PMRAM untuk mencapai hasrat ini sehingga akhir tahun 2009 ini.Marilah sama-sama kita memperkasakan Tabung Dana Syaqah PMRAM pada tahun ini.

Tujuan Pelancaran Dana Syaqah PMRAM
-Melicinkan perjalanan pentadbiran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
-Mengurangkan perbelanjaan bagi kos sewaan pejabat dan urusan kepejabatan yang semakin bertambah
-Mempunyai hak mutlak di atas pengurusan pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.


Pelancaran 2 kitab semasa Muktamar Sanawi







"Kita PMRAM"


p/s: penat acik panjat kt atas tu..nk pasang banner ni punya pasal..semangat "kita PMRAM"..hehehehe.

.

p/s:2 buku ini adalah bagi menjayakan misi dana syaqah PMRAM.Buku yg pertama adalah "Terjemahan Nihayah Al-Sul-Huraian Kepada Minhaj Al-Wusul" (Usul Fiqh). Terjemahan oleh mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 07 Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.Buku kedua pula adalah "KHILAF - Prinsip & Disiplin karangan Ustaz Abdul Muizz Muhammad,Presiden PMRAM sesi 09..Buku ini telah dirasmikan pada 26 Mac 2009 ketika Muktamar Sanawi PMRAM yg lalu dan kini telah mula dijual.Bagi sesiapa yg berminat boleh membuat tempahan di talian +20109183779. (Saudara Azlan Alias,BP Ekonomi PMRAM)


blog Dana Syaqah PMRAM http://danasyaqah.blogspot.com/

Bagi mahasiswa-mahasiswi Mesir yang sudah pulang ke Malaysia mahupun masyarakat luar yang ingin menghulurkan sumbangan dalam menjayakan "MISI SYAQAH PMRAM 2009". Anda boleh menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun HSBC.

No Akaun : 001-017193-011
Atas Nama : Hairul Nizam bin Mat Husin


Care to comment?


Wednesday, 15-Apr-2009 01:36 Email | Share | | Bookmark
Islamic Circle Terakhir

 
 
 
View all 7 photos...
Dataran Hayyu Asyir 10 April 2009 - Islamic Circle Gabungan (IC) Ikhwah bermula jam 7.15 pagi. Aktiviti bermula dengan perlawanan bola tampar bersama rakan taakhi. Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan bagi memantapkan lagi silaturrahim antara rakan taakhi yang telah dipasangkan. Aktiviti permainan bola tampar berlangsung sehingga jam 9.30 pagi, kemudian diteruskan dengan aktiviti bersama rakan taakhi yang dikelolakan oleh ustaz Norhan Hamsi selaku Ketua Jabatan Nuqaba' Selangor dan Penyelarasan Usrah. Beberapa rakan taakhi telah memperlihatkan keakraban dan kefahaman mengenai identiti rakan taakhi masing-masing . Aktiviti ini diserikan dengan aktiviti pertukaran hadiah antara rakan taakhi, kemudian diselangi tazkirah ringkas oleh ustaz Hakimi Hussein mengenai kepentingan remaja masa kini dalam memartabatkan Islam di persada dunia. Kemudian diserikan dengan ucapan YDP BKASM, Ustaz Aziz Akhimullah Roslan dan diakhiri ucapan penutup oleh wakil daripada Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Ahmad Taufik Mohd Dahlan. Aktiviti berakhir pada jam 10.45 pagi. bkasm.org~








yg duk sblh org minum air 2..pkai kopiah putih cm kenal je..jmpe dlm mimpi rsenye... Tue 28-Apr-2009 03:42
Posted by:abu khir tk_lina@yahoo.com
knl sgt la tu..org kuat tu.. Tue 28-Apr-2009 04:16
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
kami satu negeri...orang Selangor kan.. Tue 28-Apr-2009 04:26
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 15-Apr-2009 00:50 Email | Share | | Bookmark
Munajat Perdana PMRAM

 
 
 
View all 14 photos...
12 April- PMRAM telah menganjurkan Majlis Munajat Perdana dan Motivasi Kecemerlangan melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa bertempat di Rumah Johor Baru, Raba'ah. Program tersebut menjadi program yang lazim bagi PMRAM tatkala hampir menjelang musim peperiksaan. Majlis yang bermula dengan bacaan Yaasin kemudian diikuti dengan solat sunat hajat itu, telah dihadiri kira-kira 350 orang ahli PMRAM tidak kira dari jurusan Pengajian Islam mahupun penuntut di fakulti Perubatan. Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat itu diketuai oleh Naib Presiden I PMRAM; Saudara Mohd Azrul bin Ismail kemudian disusuli oleh slot motivasi yang telah diisi oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Haji Naim. Pengisi merupakan seorang yang amat berpengalaman dalam bidang kaunseling dan pentadbiran yang telah mengenengahkan tentang strategi pembelajaran serta bagaimana mahu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang melalui cara-cara yang sesuai untuk digunakan.

Bersesuaian dengan konsep motivasi, para hadirin amat berpuas hati dengan cara dan kupasan idea yang telah diberikan melalui slide yang dipaparkan oleh pihak pengisi. Dewan yang pada mulanya dilihat agak luas, menjadi agak sempit apabila para hadirin mula memenuhinya ketika slot motivasi dijalankan. Pihak pengurusan program terpaksa beberapa kali melakukan anjakan kepada hadirin yang hadir supaya tetamu yang hadir agak lewat dapat memenuhi ruang dalam dewan Rumah Johor.

Para hadirin juga berpeluang mengajukan persoalan bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui ilmu yang telah dipelajari. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada pengisi slot motivasi sebelum majlis berakhir. Program berakhir kira-kira jam 11 malam.

http://pmram.org
























gambar time mlm pkai high iso ke?klo bole try trunkan cket..so gmbo x bntik..heheh
semoga tetap di jalan allah..
Tue 28-Apr-2009 09:08
Posted by:nasir
emm..cahaya lbh..guna mode auto je..tok dwan yg lampu flurousent,xtau nk sukat cahaya..so guna mode auto je..lgpn mlm 2 ana kna rakam video..shoot guna handy cam..so xsetting sgt cmera..2 yg wat auto je..neway thanx..bleh tau ni sape?bleh kta sembang2 photo..hehehe Tue 28-Apr-2009 22:58
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 15-Apr-2009 00:47 Email | Share | | Bookmark
Dialog Perdana PMRAM

 
 
 
View all 30 photos...
7 April-PMRAM telah menganjurkan Dialog Perdana bersama Kepimpinan PMRAM 2009 bertempat di Dataran Hayyul 'Asyir.Majlis anjuran Badan Penerangan dan Penerbitan itu merupakan program tahunan yang dijadikan programpembuka tirai bagi setiap sesi. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin serta burdah yang dikendalikan oleh Naib Presiden I, Ustaz Mohd Azrul Ismail merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad mengimami solat Isyak dan hajat. Para hadirin kemudian mengaminkan doa munajat yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.

Solat hajat serta munajat itu diadakan bagi keselamatan PMRAM serta peperiksaan yang bakal menjelang.Sebelum memulakan majlis dialog, pengerusi umum, Ustaz Hanafi Zulkapli, mantan Badan Pengurus PMRAM mengendalikan majlis dengan menjemput pimpinan PMRAM mengambil tempat di atas pentas.

Dialog perdana kemudian dikendalikan oleh Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad. Dialog tersebut dibahagikan kepada tiga pusingan, pertama taaruf dari Badan Pengurus serta AJKT HEWI PMRAM yang turut dibantu dengan slide yang memaparkan gambar serta biodata Badan Pengurus berkaitan. Pusingan kedua, para hadirin bertanyakan soalan serta memberikan pandangan dan ketiga ucapan penggulungan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad.

Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam. Para hadirin mengambil peluang kepada pimpinan PMRAM dnegan mengajukan pelbagai persoalan serta cadangan dan idea masing-masing. Mereka yang hadir turut menyentuh berkaitan tuduhan kepada PMRAM sebagai pembangkang yang menjadikan majlis 'panas' seketika.

http://pmram.org/

pengerusi majlis l Ust Hanafi



Penasihat PMRAM


gerai jualan PMRAM...barangan Badan Ekonomi PMRAM..










ta'aruf l Presiden


ta'aruf l Timbalan Presiden


ta'aruf lNaib Presiden I


ta'aruf lNaib Presiden II


ta'aruf lNaib Presiden III


hadirin yg hadir






















BP PMRAM



HEWI PMRAM








Disebalik tabir

















pelapis pejuang islam



sesi soal jawab l Ramah mesra bersama pimpinan







pejuang kecil












jawapan balas




Penutup l Bersurai l kemas





Tulang belakang PMRAM





Care to comment?


Wednesday, 15-Apr-2009 00:41 Email | Share | | Bookmark
Yang Patah Kan Tumbuh,Yang Hilang Kan Berganti

 
 
 
View all 13 photos...

Nama Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad bukanlah nama baru dalam PMRAM. Sejak tahun pertama di Mesir, beliau telah terlibat sebagai tenaga penggerak kepada beberapa program PMRAM. Sekitar tahun 2005 iaitu sewaktu isu penindasan kepada anak-anak Selangor berada di kemuncak yang membawa kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dibekukan oleh pegawai ketika itu, Ustaz Abdul Mu'izz sempat bersama dengan gelombang kebangkitan mahasiswa ketika itu.

Berikut disiarkan serba sedikit biodata Ustaz Abdul Mu'izz yang diberikan amanah untuk memimpin PMRAM pada sesi ini.

Nama penuh beliau Abdul Mu'izz Muhammad, berasal dari Kajang, Selangor. Dilahirkan pada 29 Jun 1985 merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Sekarang menuntut di Kuliah Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar Kaherah. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Islam Puchong dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Agama Tinggi Hishamudin, Kampung Jawa, Selangor dan pernah dipilih sebagai Prengerusi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) di sekolah tersebut sebelum melanjutkan pengajian di bumi Mesir pada tahun 2004.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam PMRAM sebagai AJK kepada beberapa program PMRAM hingga dilantik buat kali pertama sebagai anggota Badan Pengurus PMRAM pada tahun 2007 dan menjawat jawatan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM. Pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PMRAM merangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM.

Berpegang kepada falsafah hidup "Jiwa Besar, Terasi Dasar" beliau dilantik sebagai Presiden PMRAM yang ke-50 menggantikan Ustaz Khairul Anuar Ismail. Karya tulisan terbaru beliau bertajuk "Khilaf, Adab dan Disiplin" yang dilancarkan pada Muktamar Sanawi PMRAM baru-baru ini. Selamat bertugas diucapkan kepada beliau. Semoga Allah sentiasa membimbing dan membantu beliau serta memelihara PMRAM dari sebarang kejahatan.

http://pmram.org/















Care to comment?


Wednesday, 15-Apr-2009 00:38 Email | Share | | Bookmark
Zaqaziq DPM Terbaik

 
 
27 Mac - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) telah diisytiharkan sebagai Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Terbaik serta BKAN Perak sebagai Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Terbaik bagi sesi 2008. Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli di akhir Ijtimak Umumi atau Muktamar Sanawi kali ke-76 di Nadi Riyadhi sekitar jam 7 malam. Menurut beliau, pada tahun ini, dua anugerah telah diwujudkan iaitu Anugerah DPM Terbaik dan Anugerah BKAN Terbaik. Justeru, panel penilai yang terdiri dari Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM teah memiilih Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq sebagai penerima Anugerah DPM Terbaik manakala Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sebagai BKAN Terbaik. Anugerah DPM serta BKAN Terbaik dinilai dari segenap aspek serta diwujudkan kriteria-kriteria tertentu antaranya dari segi pengurusan, komitmen ahli dengan PMRAM dan lain-lain.

Sementara itu, DPM Zaqaziq juga dipilih sebagai Perwakilan (Ikhwah) terbaik manakala bagi perwakilan terbaik akhawat disandang oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI). Di akhir majlis juga diadakan tayangan slide berkisar program dan peristiwa PMRAM sepanjang setahun.

http://pmram.org/




Care to comment?


Wednesday, 15-Apr-2009 00:34 Email | Share | | Bookmark
Badan Pengurus PMRAM Sesi 09

 
 
 
View all 9 photos...
26 Mac - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM telah mengumumkan keputusan pemilihan bagi Badan Pengurus PMRAM serta AJKT HEWI PMRAM untuk sesi 2009. Pengarah SPR Ustaz Najhi Hayazi mengumumkannya di akhir Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 malam ini di Nadi Riyadhi. Beliau turut mengumumkan lima anggota Badan Pengurus kekal serta lima AJKT HEWI yang kekal.

Berikut keputusan yang disahkan oleh SPR:

Presiden: Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

Lima anggota Badan Pengurus kekal:

1) Ustaz Muhamad Zuhaili Saiman
2) Ustaz Mohd Adlan Mokhtarudin
3) Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim
4) Ustaz Shahrizan Mohd Hazimie
5) Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh

Manakala AJKT HEWI yang kekal ialah:

1) Ustazah Siti Anisah Ahmad
2) Ustazah Raudhah Hanum Salim
3) Ustazah Hidayah Che Yusof
4) Ustazah Nor Saniyah Sapiin
5) Ustazah Izzatil Farhana Mahadzir


Berikut ialah senarai kepimpinan PMRAM bagi sesi 2009:

KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM SESI 2009

PRESIDEN
ABDUL MU`IZZ BIN MUHAMMAD

TIMBALAN PRESIDEN ( LAJNAH PERANCANG DAN PANITIA )
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

NAIB PRESIDEN I ( LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN )
MOHD AZRUL BIN ISMAIL

NAIB PRESIDEN II ( LAJNAH MUHAFAZAH )
NIK ROSDI BIN NIK JUSOH

NAIB PRESIDEN III ( LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN )
MUHAMAD ZUHAILI BIN SAIMAN

SETIAUSAHA AGUNG
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

NAIB SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH PENDAFTARAN )
AMALUDDIN ARSHAD

BENDAHARI KEHORMAT
MEOR MOHAMMAD HAIRUL ANUAR BIN HAIRUDIN

BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
MOHD YAZID BIN PARDI

BADAN PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN
MOHD FARKHAN BIN MD ZAIN

BADAN PENERANGAN DAN PENERBITAN
AHMAD TAUFIQ BIN MOHD DAHLAN

BADAN EKONOMI
MOHAMAD AZLAN BIN ALIAS

BADAN SAMBUTAN DAN REHLAH
MUHAMMAD LABIB BIN ABD JALIL

BADAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN SUKAN
JAMAL NAJMUDDIN BIN SULAIMAN


KEPIMPINAN BADAN PENGURUS DAN HEWI PMRAM SESI 2009

TIMBALAN PENGERUSI HEWI
SITI ANISAH BINTI AHMAD

NAIB PENGERUSI HEWI I ( UNIT PERANCANG DAN PANITIA )
NUR MAZNI BINTI AHMAD PAUZI

NAIB PENGERUSI HEWI II ( UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN )
NOR HIDAYAH BINTI CHE YUSOF

NAIB PENGERUSI HEWI III ( UNIT MUHAFAZAH )
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA`ARY

SETIAUSAHA HEWI
NOR HAFIZA BINTI ABDUL WAHAB

TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI
NOR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN

NAIB SETIAUSAHA HEWI
SAMIHAH BINTI ABDULLAH

BENDAHARI HEWI
`IZZATI FARHANA BINTI MAHADZIR

UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN
NORRAUDAH HANUM BINTI HJ SALIM

UNIT PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
SITI NORSANIYAH BINTI SHAPIIN

UNIT PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN
HURRIYYAH BINTI ABDUL MOKTI

UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN
IBTISAM BINTI MOHAMAD

UNIT EKONOMI
SITI FATHIYAH BINTI MOHD RAZI

UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH
FAUZIAH BINTI ABDUL RAHMAN

UNIT KEBUDAYAAN KESENIAN DAN KEMASYARAKATAN
SITI UMAIRAH BINTI SAMSUDIN

http://pmram.org

tq2..ni la muka2 baru pimpinan PMRAM.. Tue 21-Apr-2009 21:44
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
giler siot..bekas senior aku 2 taufiq dahlan..bangga tol gua..ha3
mana gmbr lu lan..xkan nk jadi wartawan je kot..hu3
Wed 22-Apr-2009 07:33
Posted by:hensem pirates_4teen@yahoo.com
ak mcm ni je la..lau sume nk jd Badan Pengurus(BP),sape plak nk jd wartawan mie..stiap krj ad maqosidnya..ni je yg ak mampu buat..doakn aku..tuk hasilkn shoot2 menarik susah jgak..dlm proses pmblajaran lg ni..hehehe..taufiq kra jd boss ak la skang ni..Badan Penerangan n Penerbitan PMRAM..Nk tau pe 2 PMRAM,Klik je kt www.pmram.org/ Fri 24-Apr-2009 01:30
Posted by:acik muaz1124@yahoo.com.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.