|
|
| Wednesday, 15-Apr-2009 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Genggam Bara 09
|
|
5 Mac - Program "Genggam Bara" yang menghimpunkan kesemua Exco di peringkat BKAN dan DPM telah berlangsung sehari pada hari ini di dua lokasi yang berbeza. Rumah Johor Hayyu Thamin menjadi lokasi bagi peserta ikhwah manakala akhawat di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabie. Program di bawah kendalian Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM itu telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Antara pengisian program ialah pembentangan kertas kerja bertajuk "Kita PMRAM" oleh Ketua Lembaga Penasihat PMRAM, Ustaz Fakeri Mahyudin, slot talkshow bersama Presiden PMRAM dan Timbalannya, Ustaz Abdul Muizz Muhammad yang bertajuk "Kebersamaan PMRAM, BKAN dan DPM", slot sejarah "Tentang Kita" yang dikendalikan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Syafiq Zulakifli dan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim selain dua Gerak Kerja Berkumpulan (GKB). Di akhir program, diadakan muhasabah bersama kepimpinan Badan Pengurus PMRAM.
sumber :http://pmram.org/
1.DPM Dumyat
2.DPM Damanhur
3.DPM Mansurah
4.DPM Tanta
5.DPM Zaqaziq
6.DPM Shibin el-Kom
7.MAQAZ
8.Kelantan
9.Perak
10.Pulau Pinang
11.Selangor
12.Melaka
13.Johor
14.Wilayah
15.BP PMRAM
Tambahan....gambar2 mase program berlangsung...
Kaunter pendaftaran.."Sinar PMRAM"
Slot "Kita PMRAM" l Ust Fakeri Mahyudin
Slot talkshow "Kebersamaan PMRAM, BKAN dan DPM"
1
2
3
4
candid sana-sini..hehehehe..
PMC l cameraman...
1Kosey
2
Azfar
BP
Ust Hanafi
1
2
3
Ust Nik Rosdi
Ust Muiz
Ust Khairul @ yoi
AJk yg bertugas
Ust Abd Rahman
Ust Farkhan
makan...
1
2
3
4 & 5 Acik
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Apr-2009 00:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ijtima' Umumi
|
|
26 Mac - Mengadakan mesyuarat atau berbincang merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh Baginda s.a.w. pada hayatnya. Walaupun Baginda s.a.w merupakan Nabi dan Rasul, Baginda s.a.w tetap berbincang dengan para sahabat Baginda s.a.w selagi mana tiada wahyu atau perintah dari Allah.
Demikian ditegaskan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 atau Ijtimak Umumi kali ini. Majlis yang berlangsung di Nadi Riyadhi, Madinah Nasr itu dihadiri lebih 600 orang perwakilan dan pemerhati. Majlis perasmian bermula sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja para perwakilan mengambil tempat.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustaz Husni Ali Hasan yang juga Yang Dipertua BKAN Melaka. Sebelum ucapan perasmian, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) dan Muktamar HEWI PMRAM (MHP), Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta pihak yang menjayakan MSP dan MHP kali ini. Selepas ucapan perasmian, Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar telah melancarkan gimik parsmian dengan menarik tali kain rentang yang tertera "Kita PMRAM" serta melancarkan buku tulisan Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad bertajuk "Khilaf Adab dan Disiplin" serta terjemahan Nihayatul Sul oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang disumbangkan untuk Tabung Dana Apartmen (Syaqah) PMRAM.
jtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut.
Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.
Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).
Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."
Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.
Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.
Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.
http://pmram.org
Banner muktamar
Penasihat PMRAM | Ust Hairul Nizam
Penasihat PMRAM
Presiden PMRAM 08
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Apr-2009 00:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
maulidurrasul
|
|
3 Mac - Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat PMRAM disambut dengan suasana penuh meriah pada 3 Mac lalu. Program anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM itu turut mengundang ulamak Mesir menyampaikan amanat. Mereka ialah Syeikh Dr.Yusri Rusydi Sayyid Jabar Al-Hasani, ulamak Hadith terkenal di Mesir, Dr.Atiyah Mustafa Husain, pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah, Universiti Al-Azhar cawangan Shibin El-Kom serta Syeikh Ashraf Hamid Hasanain, imam dua Masjid Al-Azhar. Majlis yang berlangsung di Dataran Hayyul 'Asyir itu dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diisi dengan bacaan burdah hingga masuk waktu Isyak. Selesai solat Isyak, majlis diteruskan dengan bacaan madaih (puji-pujian) kepada Nabi Muhammad s.a.w yang dialunkan oleh pembaca madaih dari Masjid Syeikh Soleh Jaafari r.anhu di Darrasah seramai lima orang yang diketuai oleh Syeikh 'Imadudin Jumaah Ali.
Majlis bermula apabila rombongan ketiga-tiga syeikh tadi diarak masuk ke dalam majlis dengan diiringi oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail dan pengarah program, Ustaz Mohd Azrul Ismail. Bagi menghormati para tetamu, para hadirin berdiri sambil mengalunkan madaih "Marhaban".
Majlis kendalian Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim itu dimulakan dengan para hadirin membacakan Al-Fatihah yang dihadiahkan kepada tuan maulid iaitu Baginda s.a.w sebelum bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairul Naim Hashim dari Selangor. Majlis
diselang seli dengan bacaan madaih serta ucapan dari ketiga-tiga tetamu tersebut. Sebaik sahaja selesai Dr. Yusri Rusydi Sayyid Jabar menyampaikan ucapan, Dr.Atiyah Mustafa Husain mengetuai bacaan maulid Rasulullah s.a.w yang mengisahkan detik-detik kelahiran Baginda s.a.w hingga kesemua hadirin berdiri dan mengalunkan selawat dan salam kepada Baginda s.a.w. Sebelum bersurai, atas permintaan Dr.Atiyah dari Syeikh Dr.Yusri, beliau sudi mengijazahkan ijazah 'am dengan bersyarat kepada mereka yang hadir yang diriwayatkan dari syeikh beliau. Majlis berakhir sekitar jam 11 malam.
Sumber: http://pmram.org
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Apr-2009 23:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
makanan arab mesir
|
|
1..
2.
3.
4.
5.
Delima Merah Mesir
acik masak pe la tu...
merasa jgak minum guna gelas raja..hehehe
pelbagai aneka puding
Sobya(kelapa),Qosob@asob(Tebu),Tamar hindi (Asam jawa)
Photo by Ady l limau
Canaria pizza @ Tanta
kuftah bil fino
makarona bleh jd mee goreng l Ust Muiz Jambang (Abg Macho)
cheff @ My Queen, Cairo
limau besor!!
Farawalah@ Strawbery
Elyas ngn pizza kesukaannya...
Acik n Awey
sedap ni..sampai muncung2 mulut acik..
qohwah@kopi tradisi Arab mesir
Strawbery
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Apr-2009 01:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Road tour PMC in DPM n BKAN
|
|
Assalamualaikum...
Untuk posting kali ni lebih santai...saksikan gelagat PMC Crew...Road Tour PMC selama lbh 2 mgu di 2 Dewan Perwakilan Mahasiswa(Damanhur & Tanta) serta 2 Badan Kebajikan Anak Negeri (Wilayah & Perlis)...
acik x dapat upload pic ni b4 dis sbb bln lps xsempat nk on fp pun..kerana terdapat beberapa kerja yg perlu diselesaikan.. program pun tersangatlah byk..hehehehe..
Di kesempatan ni acik nk ucapkan jutaan terima kasih pd sahabat2 yg bersama2 menjayakan MINDA 09 (Damanhur),EMINENT 09 (Tanta),Walimatul urus Ust Latib-merangkap Pengarah PMC (Perlis) & Hari Keluarga Wilayah 09 (KL) samaada secara langsung atau tak ..Terima kasih juga pada sdr Firdaus Ahmad serta ahli bait yg lain kerana telah menyediakan penginapan & makanan yg ckup sdap selama acik berada di Damanhur..Tidak lupa juga kepada Bro Hakim @ Awey kerana menaja makanan n penginapan acik di Tanta..
Dedikasi khas buat Pengarah PMC,Ustaz Latib Ahmad kerana telah selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangan Ustazah Hakimah Zakuan yang merupakan Timbalan Pengarah PMC sekembalinya acik dr Tanta..
Ucapan tahniah juga buat adhoc Hari Keluarga Wilayah 09 kerana telah menjayakan majlis tersebut... hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..
Road Tour PMC kali ini bertujuan merapatkan ukhuwah antara ahli PMRAM,memperkenalkan PMC di Dewan Perwakilan Mahasiswa n BKAN,menubuhkan cawangan PMC di DPM Damanhur,membantu melancarkan kerja-kerja teknikal,fotografi n rakaman sepanjang program berlangsung..
selama lebih 2 minggu acik berjalan,byk pengalaman menarik yg acik perolehi..bertambah kenalan dr Damanhur n Tanta..bak kata pepatah 'jauh berjalan luas pandangan'..
sekian dulu dari acik..
salam ukhuwah..
1
2
3 & 4
5 & 6
7 & 8
9
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Mar-2009 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu Interaksi Damanhur (MINDA 09)
|
|
Tarikh :8-12 Mac 2009
Anjuran :Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur
14 Mac - Program Minggu Interaksi Damanhur atau MINDA'09 telah melabuhkan tirainya pada Khamis, 12 Mac lalu dengan perasmian penutupnya disempurnakan oleh Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim selaku anggota Badan Pengurus angkat bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD).Program yang berlangsung selama lima hari itu diadakan di empat lokasi di sekitar Damanhur iaitu Dewan Utama Darul Huda (markaz DPMD), dewan auditorium, imarah pelajar (yang lebih dikenali dengan Imarah Amerika) serta stadium Damanhur.
Pelbagai acara diatur di lokasi berkenaan antaranya pertandingan tilawah Al-Quran, khat, teka kacang,pertandingan teh tarik, nasyid, "Amazing Race" dan menebar roti canai. Bagi acara padang pula diadakan pertandingan bola sepak, sepak takraw serta acara sukaneka.
Menurut Pengarah Eksekutif MINDA'09, Ustaz Mohd Faizal Sulaiman berkata, dengan bertemakan "Satu Hati", pihaknya pada tahun ini mengadakan pengisian yang sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelumnya termasuk dari lokasi program. "Jika tahun sebelumnya, MINDA hanya banyak tertumpu di Dewan Utama Huda, tapi tahun ini dipelbagaikan lokasi acara yang dipertandingkan," ujarnya. Jelas beliau lagi, pihaknya tahun ini turut mengundang mahasiswa kuliah perubatan dari Iskandariah dalam beberapa pertandingan yang diadakan dengan diketuai oleh pengerusi Persatuan Perubatan Iskandariah, Dr. Hafizudin Abdul Razak yang turut menghadiri kelima-lima hari MINDA berlangsung. Pada hari keempat, DPMD telah mengadakan konsert nasyid dengan mengundang Bazli UNIC serta kumpulan As-Saurah. Sambutan yang diberikan oleh ahli DPMD amat menggalakan termasuk bazar yang diadakan setiap hari di dewan utama huda. Para adhoc pelaksana juga telah menunjukkan komitmen yang padu bagi menjayakan MINDA'09 kali ini.Tidak kurang juga ajk jemputan dari PMRAM Multimedia Centre (PMC) yg didatangkan khas dari Kaherah,Ustaz Mohd Azlan Zawawi beserta 2 yang lain dari DPM Dumyat. Program mega bagi DPMD telah dirasmikan pada 8 Mac lalu oleh Ketua Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM, Ustaz Mohd Adlan Mokhtarudin yang juga Badan Pengurus angkat DPMD.
Pada perasmian penutup yang berlangsung di dewan auditorium, Pengerusi DPMD, Ustaz Mohd Akmal Abdul Rahim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan program mega DPMD kali ini. Pihak DPMD turut mengucapkan penghargaan kepada Ustaz Muhammad Rizal Abdul Wahab, yang juga adhoc MINDA'09 yang sudi menaja bagi cenderahati program. Pada majlis perasmian penutup tersebut yang turut dihadiri oleh kedua-dua Badan Pengurus angkat DPMD, Ustaz Adlan dan Ustaz Abdul Malik itu, pihaknya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada ahli DPMD yang menyertai kejohanan yang diadakan. Dalam ucapan perasmian penutup tersebut, Ustaz Abdul Malik juga melahirkan keyakinan dengan DPMD di bawah pimpinan Ustaz Akmal. "Semoga DPMD terus bergerak seiring dengan apa yang dikehendaki oleh PMRAM," ujar beliau. Ahli DPMD dibahagikan kepada empat kontinjen iaitu yang diambil nama buah-buahan tempatan mangga, manggis, durian dan ciku. Pasukan Mangga diumumkan sebagai johan keseluruhan pertandingan yang diadakan.
Sumber:http://pmram.org/
|
|
|
|
|
|
| Friday, 27-Feb-2009 21:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ziarah ukhuwah
|
|
Tarikh :25 Februari 2009(Rabu)
Masa: 4.00 ptg (waktu Mesir)
Tempat:Mustashfa Hilal Ahmar,Ramses (Hospital Bulan Sabit Merah,Ramses)
Anjuran:Badan Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM
OLEH:USTAZ ABDUL MALIK ABDUL KARIM
KAHERAH,Rabu- kepimpinan PMRAM berkesempatan menziarahi mangsa kekejaman Israel di sebuah hospital di bandaraya Kaherah. Kebanyakan mangsa adalah mereka yang dipindahkan dari beberapa buah hospital lain. Antaranya dari hospital 'Arisy dan Rafah. Rombongan kami diketuai oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM. Turut serta ialah Pengarah Mini-Pavilion, Ustaz Abdul Muin Abdul Manan.
Mini-Pavilion sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.
Peranannya cukup besar dalam isu Palestin. Ketika pencerobohan Israel ke atas Gaza baru-baru ini, Mini-Pavilion banyak menyalurkan maklumat terkini melalui YM atau blog rasminya.http://minipavilion.blogspot.com/ Tambah lagi blog barunya kini berwajah baru. Cukup cantik. Itulah antara usaha PMRAM dalam isu Palestin yang sering diwar-warkan. Badan Pengurus PMRAM lain yang turut serta dalam 'misi ziarah' ini ialah Ustaz Syafiq Zulakifli,Ustaz Abdul Malik Abdul Karim,Ustaz Ibrahim serta Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) dan wakil-wakil setiap BKAN. Presiden Ustaz Khairul Anuar Ismail tidak dapat hadir kerana ada urusan di Balai Polis.
Sebelum bertolak, kami membuat sedikit persediaan membungkus buah-buahan, makanan dan minuman ke dalam hamper untuk dibahagi-bahagikan kepada mangsa-mangsa di hospital nanti. Sebelum bertolak, kami tunaikan Solat Asar secara berjemaah yg diimamkan oleh Ustaz Azharuddin(Ketua Lajnah Kebajikan BKASM).
Sekitar jam 4 petang, kami bertolak menaiki van menuju ke destinasi.Setibanya kami ke hospital berkenaan, kami diberi taklimat ringkas oleh Ustaz Khusaini berkenaan mangsa perang Israel yang dirawat di hospital tersebut iaitu seramai 37 orang. Ini termasuk 2 orang kanak-kanak dan empat orang mangsa yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami menziarahi setiap bilik bertemu dengan setiap mangsa sambil dibantu beberapa orang jururawat. Keceriaan terpancar pada wajah mereka setiap kali kami bersalam dan memeluk mereka. Namun, kami tahu hati mereka cukup pilu dan sedih.
Seperti yang pernah saya nukilkan sebelum ini, pencerobohan Israel baru-baru ini hanya sekelumit dari lautan 'penderitaan bersiri' umat Islam Palestin yang dizalimi Yahudi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Tragedi Shabra dan Shatila, pembunuhan beramai-ramai di khemah pelarian Khan Younis serta berpuluh-puluh tragedi berdarah menimpa mereka. Bukan pertama kali dunia mendengar berita kezaliman Yahudi bahkan sudah berdekad-dekad lalu.
Seorang lagi mangsa warga emas yang kami lawati. Beliau tidak dapat bangun menyambut kedatangan kami kerana kecederaan yang dihadapi. Hanya mulutnya mampu berkata-kata. "Dari negara mana?" tanyanya. "Malaysia," jawab saya. Lantas dia menunjukkan ibu jarinya isyarat bagus dan gembira dengan apa yang kami lakukan. Air matanya mula bergenang. Saya peluknya erat, lama. Suasana sayu menyelubungi kami semua anggota rombongan. Saya juga tidak dapat menahan perasaan sebak, terharu dan sedih. Air mata saya mula membasahi pipi. Saya tenung mata beliau. "Maafkan kami. Kami tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan bermunajat, siang malam. Kami mahu kamu semua tahu kami dan dunia bersama kamu!" kata saya dalam Bahasa Arab kepada lelaki yang saya kira seusia ayah saya itu. Badan Pengurus lain yang memeluknya juga kelihatan sayu dan sebak.
Kemudian, kami berpindah ke bilik sebelah. Menziarahi seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 5 tahun bernama Nur. Nur ditemani ibunya yang kelihatan sayu menerima kunjungan kami. Ibunya juga tidak banyak berbicara. Mungkin sudah kering air mata untuk ditangisi atau juga ada perasaan marah dan tidak berpuas hati kepada kami dan dunia yang hanya berputih mata melihat kezaliman dilakukan ke atas mereka. Tiada sensitiviti terhadap Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa. Maafkan kami, ibu! Hanya itu yang mampu kami lafazkan. Sepanjang kunjungan kami, Nur tidak dapat berkata-kata walau sepatah kalimah. Dia cedera di kepala dan kaki. Seperti yang dilaporkan, kebanyakan mangsa peperangan baru-baru ini terdiri dari kanak-kanak terutama pada hari pertama serangan Israel yang mengebom sekolah. Apakah dosa kanak-kanak seperti Nur ini? Kerana kanak-kanak ini akan membesar kelak serta mereka inilah akan menjadi tunas-tunas yang akan memusnahkan cita-cita Israel kelak. Oleh itu, kanak-kanak inilah yang harus dibunuh seramai mungkin pada hari ini. Seawal usia 5 tahun seperti Nur itu, terlalu sukar baginya untuk menerima keadaan sengsara yang berlaku. Tentu ada kalangan keluarganya yang syahid dibunuh. Tentu juga dia memikirkan nasib teman-teman sepermainannya yang entah di mana sekarang ini. Sukar baginya untuk menerima semua itu tapi itulah hakikat yang perlu Nur terima dan membesar dalam suasana itu.
Berlainan pula nasib kawan-kawan seusia Nur di tempat lain seperti Mesir, Malaysia dan seluruh dunia lain. Mereka dapat bergembira bermain dengan kawan-kawan, dibelai oleh kedua ibu bapa, mendapat kasih sayang bersama adik-beradik serta dihantar ke sekolah oleh ibu untuk menentukan masa depan. Namun semua itu tiada buat Nur. Masa depannya kelam dan ibunya hanya mampu menemaninya di katil hospital.
Seorang lagi mangsa yang kami temui bernama Ahmad,usia awal 30-an. Matanya buta dan seluruh badannya luka. Kami bertanya seorang lelaki tua disebelahnya dan dia perkenalkan mangsa itu adalah anaknya. Dia menceritakan, ketika bom digugurkan, Ahmad ketika itu sedang memandu kereta lalu menyebabkan cermin keretanya pecah hingga menyebabkan mata dan seluruh anggota badannya luka teruk. "Hasbunallahu wani'mal wakil!" ucap ayahnya sambil menyuapkan makanan ke mulut anaknya yang tersayang itu. Ahmad kini tidak dapat melihat dunia lagi. Itulah kekejaman Israel yang telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah hingga tiada lagi sifat perikemanusiaan pada mereka. Di akhirat nanti, mereka pasti dibutakan mata mereka oleh Allah.
Seorang lagi mangsa yang kami temui, seorang pemuda. Juga tidak dapat bangun menyambut kedatangan kami. Ketika kami masuk ke biliknya, beliau sedang membaca Al-Quran. Tasbihnya juga ditangan. Lidahnya tidak lekang dengan zikir. Juga tidak banyak berbicara. Seorang teman saya bertanya kepada seorang teman yang menemaninya yang memperkenalkan diri sebagai saudara mangsa. Mereka berasal dari sebuah kampung di Gaza, (saya tidak ingat nama kampung yang disebut). Katanya, itu kampung tempat kelahiran Syeikh Ahmad Yasin. Ketika kami meminta izin untuk meninggalkannya,saya peluknya, ketika itu mulutnya berbicara, "Allah akan menghancurkan Israel! Neraka jahanam bagi mereka." Sayu dengan kata-kata semangatnya saya membalas, "Allah sudah menjanjikan Neraka Jahanam buat mereka dan mereka pasti kekal dalamnya. Tiada nasib yang baik bagi mereka selepas mati nanti." Dia tersenyum mendengar kata-kata saya itu. Senyumannya itu pasti dari hatinya yang ikhlas yang tidak mati kerana sentiasa mengingati Allah. 'Misi ziarah' kami ini berakhir jam 9 malam. Namun mangsa yang ditempatkan di wad ICU tidak dapat kami lawati kerana menurut Mohsin, pembantu dalam misi kami itu, waktu melawat bagi ICU hanya dibenarkan dari jam 1 hingga 6 petang.
Sewaktu dalam perjalanan keluar dari hospital, kami sempat menziarahi tiga lagi mangsa yang baru tiba dari Hospital 'Arisy.Seorang dari mereka kehilangan tangan kanan, dirawat dalam bilik kecemasan. Seorang lagi parah, kakinya cedera teruk. Dia terpaksa menggigit selimut yang menyelimutinya kerana menahan kesakitan yang teramat. Sedih melihatnya, tapi sedih dan pedih lagi orang yang menanggungnya. Kami bersalam dan menghulurkan sumbangan kami kepadanya. "Doakan kami semua, orang yang sakit dekat dengan rahmat Allah," minta saya. "Kamu juga jangan lupa mendoakan kami,"katanya.
Sesungguhnya pengalaman menziarahi mangsa perang ini satu pengalaman baru buat kami. Ia bukan sekadar rehlah atau jaulah suka-suka, bahkan mampu melembutkan hati. Pertama, terasa syukur kepada Allah dengan apa jua nikmat yang diberi. Anggota tubuh, nikmat sihat, keluarga, ayah, ibu serta nikmat keamanan dan entah pelbagai lagi nikmat-Nya yang tak terhitung banyak. Kedua, mengingatkan hubungan persaudaraan dalam Islam. Walaupun berlainan kulit, bangsa, negara dan benua namun kekuatan ukhuwah Islam mengatasi semua itu. Bahkan hubungan persaudaraan dalam Islam lebih kuat dari hubungan kekeluargaan. Mereka bukan mangsa biasa yang cedera akibat kemalangan atau pergaduhan seperti yang biasa kita lawati di hospital di Malaysia, mereka adalah mangsa kazaliman Israel. Kerana kebanyakan mereka memberikan sokongan kepada Hamas. Masih ingatkah lagi kita beberapa tahun lalu Hamas menyertai pilihanraya dan memenanginya hingga menguasai Semenanjung Gaza. Pimpinan mereka, Ismail Haniyah dilantik Perdana Menteri namun dunia enggan mengiktirafnya. Kerana dendam kepada Hamas, mereka rakyat awam menjadi mangsa.Walaupun pencerobohan Israel telah berakhir baru-baru ini, namun kesengsaraannya masih berterusan. Apatah lagi dengan sebilangan periuk api yang ditanam oleh askar Yahudi yang masih terdapat di kawasan Gaza serta udaranya yang tidak sihat akibat kesan penggunaan fosforus putih yang digunakan oleh Israel. Bagaimana pula dengan mereka yang kehilangan keluarga dan orang tersayang? Tentunya ia bukan sekadar penyeksaan fizikal akan tetapi mental terutama bagi kanak-kanak yang trauma dengan bedilan roket dan bom berangkai yang digugurkan. Semuanya ini akan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Cukup kejam!
Walaupun diuji oleh Allah sedemikian rupa, namun mereka mampu besabar. Semangat mereka begitu kuat dan tabah. Mungkin itulah tarbiyah yang diasuh oleh pejuang mereka seperti Syeikh Ahmad Yasin. Allah telah memilih mereka sebagai mujahidin dan mereka telah diuji. Kita pada hari ini belum diuji dengan sedemikian rupa. Firman Allah dalam Al-Quran, "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat memasuki syurga sedangkan belum datang kepada kamu ujian seperti orang-orang yang terdahulu dari kamu, mereka diuji serta digoncang hingga berkata Rasul dan orang-orang mukmin dari mereka seraya berkata "Bila lagi pertolongan Allah?" Ketahuilah bahawa pertolongan Allah amat hampir." Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan buat Palestin, PMRAM masih mengalu-alukannya. Di samping itu, kempen memboikot barang dan produk Amerika serta Yahudi tetap dan masih diteruskan. Juga antara usaha kita lagi ialah bacaan qunut nazilah serta solat hajat kita hendaklah berterusan selagi mana ada negara haram Israel. Semoga Allah membantu kita semua.
p/s:acik pada hari tu,bertindak sebagai wakil PMRAM Multimedia Centre(PMC)..so acik kna rakam video n gambar sepanjang prgrm ni.acik xdpt nk berborak ngn pesakit2 ni.hanya dgr sahabat2 yg lain je bertanyakan ahwal pesakit2 ni..tiada kata yg dpt diungkapkan ketika melihat penderitaan yg dialami mangsa.menitis airmata..thanx buat boss,Ust Malik sbb sudi nukilkan sdikit coretan buat tatapan sahabat2 lain.pengalaman yg ckup menarik dan bernilai bagi acik.walaupun xdpt berjuang di bumi suci Al-Quds,namun sekelumit usaha yg kami buat ini kami pohon yg Maha Esa tuk membalasnya.Bersaksilah bahawa kami bersamamu Palestin!!!
Ustaz Khusaini sedang memberikan taklimat ringkas sebelum memasuki wad
antara BP,YDP,dan wakil yg hadir..
3
Ustaz Abdul Muin (kiri) n Ustaz Azharuddin ketika melawat pesakit
Ustaz Khusaini kelihatan menyampaikan bantuan
wajah sayu..mangsa kehilangan kedua belah kakinya..
Acik pun nk nk bergambar juga? [url]
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Feb-2009 20:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Palestin oh Palestin
|
|
salam perjuangan..
Tempat: Dataran Kompleks Malaysia Hayyu Asyir,Kaherah
Tarikh : 31 Januari 2009
Masa : 7.30 malam (Waktu Mesir)
Penaja: Yayasan Amal Malaysia,Muslim Care
Ruang makan VIP
acik sempat menyelit belakang Tok Guru..hehehe
Begitu Berselera YB makan...
Pemimpin berjiwa rakyat..sanggup turun ke Palestine tuk hantar bantuan kemanusiaan & tunjuk semangat kebersamaan dgn seluruh rakyat palestine...
Bersama Ust Farhan Madzlan
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 18:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
permata hatiku
|
|
kemeriahan berhari raya di rawang,selangor..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Dec-2008 23:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Destinasi seterusnya...
|
|
Assalamualaikum...
Selawat & salam buat junjungan penghulu segala nabi n rasul..inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..setiap yg bernyawa pasti akan mati.. salam takziah buat Saudara Wahyudin sekeluarga..buat semua yg yg mengenali Allahyarham Cikgu Bestari b Ismail,sy mewakili keluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada slh & silapnya selama mana Allahyarham masih hidup.
Gambar ini diambil oleh ayahanda ana sendiri ketika menguruskan jenazah Allahyarham..Khas buat tatapan anakanda di perlembahan nil kerana ana tdk dapat pulang ke Kelantan utk menziarahi Allahyarham..
Buat semua yang masih di beri nikmat nyawa dari Allah, moga2 dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dalam membantu mewujudkan keinsafan insani bahawa setiap yg hidup itu tidak terlepas dari mati , Allah telah berfirman: kullu nafsin zaaiqatul maut....
Teringat ana pd lirik lagu Far East..perjalanan rohku,melengkapi sebuah kembara, singgah di rahim bonda, sebelum menjejak ke dunia, sebelum berangkat ke mahsyar penentu syurga atau sebaliknya..
Buat semua yg terbaca & melihat pages ini,sama2lah kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham pak cik ana,Ammu Bestari ibni Ismail..Al-Fatihah...
|
|
|
|
|