acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Aug-2010 01:20 Email | Share | | Bookmark
Cik BOBO


comel x saye?

Quote:
Kak Yati:bobo ni snanya acik snap kt mall je..huhuhu..sbb cute..tuan kdai dia xmarah plak acik shoot..
Ouled Kenitra:creatif kad raya tu..mmg kelakar..msg sampai..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Sunday, 29-Aug-2010 00:26 Email | Share | | Bookmark
2/3 Ramadhan

 
 
 
View all 13 photos...
Assalamualaikum..

Bulan Ogos,mungkin bulan yang sibuk bagi acik pada tahun ni..



Sebelum memasuki Ramadhan,masing-masing sibuk menghabiskan program di peringkat BKAN,DPM mahupun di peringkat pusat sendiri..Awal bulan Ogos lalu,acik disibukkan dengan KEKAL 10,diikuti Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir 2010 (HEMAT 10) yang berlangsung sehari sebelum 1 ramadhan..


Beberapa hari sebelum KEKAL 10 acik menyambut kedatangan sahabat-sahabat dari Maghribi yang bercuti di Mesir.8 orang lelaki kesemuanya.5 daripadanya menginap di rumah acik..Rutin acik mulai berubah..Kata sahabat-sahabat dari Maghribi,"orang pentinglah katakan.."Acik terima sahajalah apa pun kata mereka walau acik tau ada berbau sindiran dalam kata-kata mereka.Maklum sahajalah kehadiran mereka ke rumah acik pun bagaikan tetamu yang tidak dilayan dengan sebaiknya..Maaf sangat-sangat..Bukan tidak mahu melayan,tetapi acik merasakan kerja-kerja diperingkat program mega PMRAM lebih acik utamakan dek kerana tenaga kerja sangat-sangat diperlukan..


Seringkali Acik ditanya tentang suasana berpuasa di rantauan,bagaimana agaknya suasana berpuasa di Mesir ye?.Jawapan acik,suasana Ramadhan disini tersangatlah meriahnya..Masuk sahaja Ramadhan,setiap kali disapa arab tempatan,pastinya kalimah "ramadhan kareem" meniti dibibir mereka,memuliakan bulan yang penuh barakah ini.Apabila diucapkan kalimah "ramadhan kareem",maka kita akan menjawab pula dengan "Allahu Akram" ,"Kullu sanah wa antum tayyibin".Budaya mendoakan sesama sendiri adalah budaya disini.Tambah lagi di dalam bulan puasa ini.Antara doa yang dimakbulkan adalah ketikamana seseorang berbuka puasa..Dan antara nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya yang berpuasa adalah ketika berbuka dan saat bertemu tuhanNya.


Antara yang lebih menarik lagi di kota seribu menara ini adalah Maidatul Rahman nya.Pergi sahaja ke mana masjidnya,pasti disediakan juadah berbuka puasa walaupun sebijik tamar.Tambahan lagi di masjid-masjid besar,pasti disediakan juadah berbuka puasa berupa nasi dan daging atau 1/4 ayam.tinggal lagi lalu tak lalu je nak makan masakan orang tempatan.Kebiasaannya akan dihidangkan didalam pinggan setiap seorang nasi,kentang berkuah,dan 1/4 ayam dan jus buah-buahan.Pastinya pilihan pelajar-pelajar disini untuk berbuka di masjid.Jimat belanja,mudah dan cepat.Mudah juga untuk menunaikan solat maghrib.(da berbuka pon kt masjid kan..)Tidak perlulah terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan mengemas segala peralatan memasak.



Solat Terawikh
Suasana di Mesir agak berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia..

Di Malaysia-Kebiasaannya 10 yang pertama,kehadiran ke masjid-masjid memang meriah..tersangatlah ramai.masuk 10 yang kedua,makin berkurangan..10 terakhir..acik xmo sebut..hehehe

Sibuk berhujah didada-dada akhabar tentang 8 rakaat atau 20 rakaat mengikut pelbagai pendapat.persoalan yang sengaja ditimbulkan.Bagi acik,kalau tak mampu cukuplah dengan hanya tunaikan 8 rakaat sahaja.tidak perlu diperbahaskan panjang lebar.

Sunat hukumnya solat terawikh ini..Sibuk membincangkan soal sunat,yang wajib pula dilupakan.contohnya,solat terawikh itu sunat,tapi amanah yang wajib itu pula ditinggalkan.amanah adalah wajib untuk disempurnakan.contohnya kerja-kerja kepejabatan yg diberikan kepada seseorang pekerja perlu disempurnakan.

Kronologi mudahnya begini,balik sahaja dari kerja,perlu menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga,solat maghrib,kemudian solat isyak & solat terawikh.balik sahaja solat terawikh dah letih & terus sahaja tidur.kemudian perlu bangun tuk menyediakan sahur untuk keluarga.Selepas subuh perlu bersiap untuk ke tempat kerja & menghantar anak-anak ke sekolah/taska.Pergi ke tempat kerja dalam keadaan amanah yang masih lagi belum disempurnakan.

Apalah salahnya untuk kita hanya menunaikan 8 rakaat solat sunat terawikh,kemudian pulang awal ke rumah untuk menyempurnakan tugas kita.bagi acik itu lebih baik.

Di Mesir- Suasana di Bumi Kinanah ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia.

Tentang solat terawikh,senang katanya seperti solat jumaat yang membuatkan masjid dibanjiri oleh hadirin & hadirat yang memenuhi ruang solat sehingga terpaksa menambah tikar-tikar di sebelah luar masjid sehingga ke jalan-jalan raya.Acik sangat terkejut melihatkan sambutan masyarakat arab di sini bagaikan pesta ibadah sebulan berpuasa ini.kehadiran bagaikan tidak pernah surut bilangannya.Malah makin bertambah hari demi hari.Alhamdulillah..

Namun ada juga kekesalan dalam diri ini apabila ada segelintir yang tidak segan silu makan dikhalayak ramai ketika bulan puasa ini.Kebetulan acik sempat ke Suq Shafie jumaat lepas,pasar minggu yang sering acik kunjungi.Terkejut bukan kepalang,1 suq seolah-olah tidak menghormati bulan puasa ini.Tidak pula ada yang menegur mereka yang tidak berpuasa ini.Jika nak dikatakan mereka yang meniaga ini ada rukhshoh untuk tidak berpuasa seperti musafir,mereka ini hanyalah penduduk yang bermukim di kaherah ini sahaja.Tidak cukup 2 marhalah pun permusafiran mereka ini untuk mereka tidak berpuasa.



Ramai yang berlumba-lumba untuk mencari amal ibadah dibulan puasa ini,ramai juga "syaitan-syaitan yang tidak dibelenggu" disini.ermm..

bersambung....

Quote:
Ckg Feqah:Terima kasih atas komentar yg pantas..xde award la..huhuhu..
kat masjid india,acik da biasa solat jumaat kt situ..faham sgt keadaannya...tp d mesir,solat tarawikh disini yg wat acik takjub tu..mcm solat jumaat je keadaannya..
Kak Yati:sibuk apa xtaw la acik ni..tp n3 lambat update..kemalasan mula bersarang..hehehe..
Awangje:wah..acik da dpt title ustaz tu..1 penghormatan bt acik..ahlan wasahlan fi masr.. acik menanti2 kedatangan tuan..nk dtg contact je bla2..acik masih berbaki 3 thn lg disini..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 21-Aug-2010 04:43 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan Kareem!!

 
 
Assalamualaikum w.b.t



Kullu sanah wa antum tayyibin..

Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..

Wahai TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..

wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..

wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::


Friday, 13-Aug-2010 01:55 Email | Share | | Bookmark
Ulangtahun ke-10 PMC

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum..

Untuk N3 kali ini,Special Edition sempena Ulangtahun ke-10 PMC,acik dengan rasa takzimnya ingin memperkenalkan PMRAM Multimedia Centre dari sudut sejarah penubuhan dan hala tuju PMC selepas ini...jadi jom layan....

Kenali PMC

1998
Ketika dunia globalisasi kian pesat,PMRAM sentiasa berusaha untuk turut sama menerajui arus semasa teknologi maklumat.

Rentetan dari itu,PMRAM mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah unit khas pada tahun 1998 yang dinamakan sebagai Briged Siber PMRAM (BSP).

Sehubungan dengan itu,Presiden PMRAM bertanggungjawab penuh terhadap unit ini dan seterusnya dikelola dibawah Lajnah Antarabangsa.

Pada awal penubuhannya,unit ini hanya tertumpu kepada pengaktifan laman web rasmi PMRAM yang baru (http://pmram.cjb.net/) menggantikan laman web sementara PMRAM (http://pmram.tripod.com/) yang diwujudkan pada tahun 1997.Penubuhan unit ini juga bertujuan mengukuhkan hubungan antarabangsa agar lebih erat lagi.



2000
Fungsi BSP telah berkembang luas bukan sahaja untuk menyelenggara laman rasmi PMRAM malah mengawasi pertumbuhan kafe siber pelajar Malaysia,menyelenggara peralatan IT PMRAM dan membantu program mega PMRAM.Melihat kepada perkembangan semasa yang semakin rancak,peranan BSP dilihat terlalu kerdil maka Pusat Informasi PMRAM (PIC) telah diwujudkan pada tahun 2000 disamping mengekalkan peranan BSP sebagai salah satu elemennya.



2001
Pembelian peralatan baru seperti Overhead Projector (OHP),layar,LCD Projector,komputer,kamera digital, scanner,dan peralatan komputer telah membantu gerak kerja PIC.

Walaupun kekurangan tenaga mahir dan separuh mahir untuk melicinkan perjalanan PIC & ianya masih menjadi masalah,tetapi setiap perancangan yang dibuat berjaya dilaksanakan meskipun dalam kemampuan yang terbatas.

Namun begitu,Presiden PMRAM sesi 2001 berpandangan jauh terhadap unit ini,lalu muncul idea Lembah Silicon Malaysia di Mesir (MASSIVE) untuk diaplikasikan.Maka dengan
kemunculan Massive,struktur PIC dirasakan tidak mampu untuk menampung beban yang diberikan.Oleh yang demikian,penstrukturan semula terpaksa dilakukan semula.

Justeru,PMRAM Multimedia Centre(PMC) meneruskan kesinambungan perintisnya serta berusaha untuk melangkah dengan lebih cermat dan teratur dalam arus perdana kini.Hal ini bagi memastikan matlamat PMC selari dengan dasar PMRAM dalam menjadikan teknologi tersebut sebagai wasilah mencari keredhaan Allah SWT.Pada 20 Oktober 2001,buat julung kalinya PMRAM yang menjadi persatuan induk bagi menaungi mahasiswa dan mahsiswi di Mesir ini telah berjaya melaksanakan perasmian PMRAM Multimedia Centre (PMC) di Kompleks Rumah Melayu Haiyu Asyir.Majlis ini dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir Dato' Abu Bakar Daud.TYT Duta juga turut merasmikan projek mega PMC iaitu Malaysian Silicon Valley of Egypt (MASSIVE) yang dipancarkan secara langsung keseluruh dunia melalui internet dan tayangan slaid selama 20 minit sebagai penerangan awal projek PMC.



2007
Ketika Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-75,PMC telah berjaya mengadakan siaran secara langsung,terus-menerus melalui internet ke seluruh dunia bermula pada majlis perasmian sehingga tamat persidangan muktamar.


2008
Saban tahun,dari generasi ke generasi PMC mengorak langkah memikul tanggungjawab untuk memastikan segala perjalanan dan perancangan program PMRAM berjaya dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu,PMC telah diletakkan dibawah seliaan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM pada tahun 2008 dibawah kelolaan Ustaz Abdul Malik B Abdul Karim Selaku Badan Pengurus PMRAM & Ustaz Abdul Latib b Ahmad selaku pengarah PMC.PMC telah menyusun strategi yang lebih mudah dengan menggabungkan Skuad Teknikal Audio Video (STAV),Cyber Multimedia Team Work (CyberMET) dan juga PRESS dibawah pentadbiran PMC.Berbekalkan keazaman & semangat yang tinggi,bermula pada tahun 2007 sehingga 2008,PMC telah menerima keahliannya seramai 52 orang (26 siswa + 26 siswi).

-Akademi Multimedia Siri Pertama bagi peringkat PMC siswi telah diadakan selama 5 hari berturut-turut pada September 2008 dan program tersebut lebih menumpukan kepada 5 asas
dalam elemen multimedia.



2009
Unit Fotografi PMC telah diwujudkan bagi melicinkan dan mempertingkatkan kualiti serta potensi perjalanan semua program PMRAM.

2010


OBJEKTIF PMC
1.Mengendalikan & menyelenggara prasarana ICT didalam PMRAM.
2.Melakukan projek pembangunan ICT.
3.Mengumpul & menggarap tenaga mahir ICT
4.Melahirkan para duat yang berkaliber dalam segenap bidang.
5.Memenuhi tuntutan semasa untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi terkini.



PENGALAMAN
Perayaan Menyambut 70 tahun PMRAM (IHSAS)
Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS)
Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang (FKAMC)
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)
Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin Al Marbu Al Banjari Al Makki (tafaqquh Fiddin)
Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim (MPS)
Kolokium Ilmuan (Q PMRAM)
Haflah Aidilfitri (HATI)
Asean Culture
Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PERMIT)
Sejarah Kita (SEJAK) 15 Tahun
Simposium Nuqaba' Kebangsaan
Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT)
Hari Taklimat Mahasiswa Muadalah (HATIM)
Nadwah Mirath
Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS)
PMRAM International Knowledge Festival in Egypt (PROFIT)
Seminar Perubatan Islam JAWI (SPIJ)
Muktamar Sanawi PMRAM (MSP)
Muktamar Sanawi HEWI PMRAM (MSHP)
Kembara Jejak Realiti (KEJORA)
Ekspo Gempak PMRAM (EGP)
Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL)


p/s:gambar2 diatas adalah ketika program KEKAL 10 yg lepas..

Quote:
Kak Yati:terima kasih..moga PMRAM terus maju..
en me:syakirin awi..ramadhan kareem!!kullu sanah wa antum tayyibin..
Tuan Reza:terima kasih..tuan adalah perintis..kami hanya menyambung tali rantai perjuangan ini..menambah mana yg patut.. untuk arkib,Acik serahkan pd unit dokumentasi untuk bertindak..terima kasih atas cadangan..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Wednesday, 11-Aug-2010 02:55 Email | Share | | Bookmark
.:Sekelumit Coretan Ramadhan:.

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum..



Sudah lebih 2 minggu x update fp ni..kemalasan mula bersarang..kerja banyak..Sabtu lepas baru je selesai mesyuarat muhasabah bersama Adhoc KEKAL 10 @ Rumah Kelantan Baru,Hayyu Sabie'...Alhamdulillah,sambutan terhadap program Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM 2010 cukup memberangsangkan..gambar² program selama 5 hari berlangsung tersangatlah banyaknya..masih dlm proses editing..nk pilih gambar² terbaik sepanjang program..untuk memuat naik picas @ teratak buruk acik ni masih belom boleh lagi,terpaksa menanti berita rasmi diperingkat pusat..kemudian barulah ianya boleh dimuat naik di laman ini..



Cerita tentang gambar terbaik,Acik rasa gambar² yg acik hasilkan masih lagi perlu diperbaiki..kurang idea² baru untuk menghasilkan sesuatu karya lebih baik dari sebelum ini..masih ditampuk lama..hurmm.. kerja² yg berlambak,tenaga kerja masih kurang,masih mengharap untuk generasi pelapis untuk menyambung tali rantai perjuangan ini..Bukan mudah untuk mengkaderkan remaja/pemuda yang betul² mahu bekerja untuk Islam ini..dengan bajet yg kadangkala tidak mencukupi,kerja yang tidak dibayar dengan wang ringgit mahupun junaih..Hanya berbekalkan nasi bungkus,dan pengalaman bekerja serta semangat setiakawan dalam berpersatuan ini..Mencari kesatuan,meribat ukhuwah antara ahli untuk terus dalam suasana ilmu..Mencurah bakti,untuk sekalian umat Melayu di bumi kinanah ini.Bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan..



Seringkali diri ini bagaikan hilang arah dan tuju kemana harus ku tuju gerak langkah kaki ini.Lemah longlai tak berdaya mengharungi segala cabaran di bumi asing ini.Tidak berayah dan ibu disini.segalanya ku turutkan mengikut ayunan langkah kaki ini ke mana sahaja hendak ku tuju..Namun bila ditelusuri semula hadaf dan tujuan ku disini adalah mencari setitis ilmu dan sekelumit pengalaman buat pedoman anak bangsaku di bumi bertuah tanah tumpah darahku..Ku gagahi jua langkah kaki ini untuk...

Memetik kalam taujihat dari Dr Juanda Jaya tentang pemuda...

Quote:
DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:

"Demi Allah SWT, jika aku mengetahui bahawa di seberang lautan ini ada daratan, nescaya akanku harungi dengan kudaku atas nama Lailahaillah."

Akhirnya Afrika jatuh ke tangan pemuda itu. Dialah Panglima ulung, Uqbah bin Nafi. Tapi kini, berdiri seorang pemuda cukup berani, menjelajah sepanjang jalan di kegelapan malam, bangga menjadi seorang lelaki yang tidak takut mati.

Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi "raja"™ jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.

Lelaki itu bangga berasa diri hebat tetapi tidak tahu untuk apa kebanggaan itu. Dan sampai bila akan berakhir kepalsuannya. Sampai bila kepuasan itu boleh mengubat hatinya. Pemuda yang merempit semakin ditohmah dan dikeji, mereka semakin berani, siapakah yang boleh memahami jiwa pemberontak ini?

Sebahagian yang lain masih bersekolah dan terbabit pula dengan gangsterisme dan vandalisme. Mengapa ibu bapa, guru, dan kita sendiri sebagai anggota masyarakat tidak mampu membimbing dan mendidik mereka? Di mana silapnya?

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan pemuda yang keras dan ganas seperti Umar. Bahkan pemuda itu pernah berjanji akan membunuhnya. Dengan apakah Nabi SAW menakluki hati sekeras karang milik Umar?

Dan sudah terbukti pemuda berani bangsa Quraisy yang ditakuti akhirnya bertekuk lutut di hadapan Baginda SAW. Apakah rahsia yang tersimpan dalam dakwah dan bimbingan Rasulullah SAW kepada setiap pemuda itu?

Pendekatan psikologi amat diperlukan oleh orang yang gagal dalam hidup. Mereka mengharap bimbingan bukan tohmahan. Bimbingan terbaik adalah melalui penaklukan hati dan perasaan. Pepatah mengatakan, "Sesiapa yang mahu menakluk seseorang maka kuasailah hatinya™".


Terubat sedikit hati ini apabila membaca kalam taujihat dr Dr Juanda ini..baru ku tahu bahawa bukan mudah untuk menjadi pejuang agamaMu ya Allah..baru diuji dengan penat bekerja,harta yang tidak mencukupi,ketakutan,tohmahan yang dilemparkan kepadaku, diri ini sudah lemah longlai untuk meneruskan survival dalam rencah kehidupan ini..

Diri ini seharusnya perlu kuat bersemangat..meskipun kudrat ini tidak seberapa,maka seharusnya jiwa yang mendiami batang tubuh ini perlu lebih kuat.Optimis dalam semua hal..perlu lebih fleksibel dalam mengatur gerak langkah didalam lapangan dakwah ini..perlu lebih kreatif dalam menyelesaikan segala permasalahan umat.Di saat tiada sesiapa yang ingin melakukan kerja² dakwah ini,percayalah bahawa Allah akan gantikan dengan suatu kaum yang menginginkan Islam ini yang lebih baik dari sebelumnya ..

Sekian dulu coretan dari acik..Selamat menjalani medan tarbiyah..Moga madrasah Ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa,rohani dan jasmani kita agar menjadi hambaNYA yang taat dan patuh serta bertaqwa kepadaNYA..perjuangan kita baru bermula..selamat menjalani ibadah puasa dan tarawikh di bulan Ramadhan tahun ini..

p/s:nantikan gambar² KEKAL 10 selepas ini..sabar yer..Acik lampirkan dulu sedikit gambar acik ketika KEKAL 10 yg lepas... (sebab acik snap pic org je,pic acik tersangatlah sedikit...)

Quote:
kak yati:tq..doakan segalanya berjalan dengan baik..doa kalian,acik harapkan...
kak CT:doakan kejayaan acik disini..
Hakimi:salam taaruf..terima kasih sudi singgah fp acik..selamat menyambut bulan puasa ini..moga amal diterima..
Ouled Kenitra:baru kini acik faham knapa ouled kata mcmtu..skang ni ada 6 orang sahabat dari morocco yg menetap di rumah acik..banyak juga cerita & pengalaman anak2 melayu morocco yg kami kongsikan ketika bersembang..pelajar lepasan morocco pon masih perlu perjuangankan nasib pelajar2 morocco..dengar cerita dri sahabat2 morocco,rupanya PMRAM lbh beruntung dari PMM..
brian:thanx 4 visit my site..
tuan reza:nasihat anda diperlukan tuk PMC..lepas ni acik akan upload pic2 kek 10 tahun pmc..muka2 baru pmc..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net