acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 27-Jul-2010 13:59 Email | Share | | Bookmark
Kembarasufi feat Kembara2dunia

salam..

Sambungan dari n3 Candid Street-Khan El-Khalili..gambar² kami berempat...
1.pengembaraan bermula...


2.Anis Qurratul Aini bersama Nikon D3000 nya..


3.niat untuk membuat kolaborasi ni dh lame..sejak thn lepas lg..kini bertemu di Mesir..


Perjalanan kami bermula selepas menunai solat Zohor di Hayyu Asyir,Madinah Nasr..Menuju ke Darrasah(kawasan sekitar Universiti Al-Azhar yang menempatkan 3 kuliah,Syariah,Usuludiin & Bahasa Arab dipanggil Darrasah)


Sampai je di kawasan sekitar Masjid Hussein,berhadapan dengan Masjid Azhar,kami terus menuju ke kedai Kiswah..Menurut cerita rakyat tempatan sebelum Kerajaan Arab Saudi mempunyai kilang kiswah(kelambu Kaabah),setiap tahun Republik Arab Mesir ini akan menghantar kiswah ini untuk dijadikan kelambu Kaabah..Namun kini tidak lagi,kiswah Mesir ini hanya dijual sebagai hiasan frame sahaja..Hasil tangan yang bermutu tinggi ini kebiasaannya bernilai ribuan ringgit..Namun jika kita mendapatkannya terus dari sini harganya lebih murah..Untuk 1 set kain kiswah,"Allah","Muhammad" dan ayat seribu dinar atau ayat kursi hanya sekitar RM70 sahaja..kalau beli secara pukal mungkin lebih murah..*tidak termasuk frame*


contoh kain kiswah beserta khot arab bersulam emas...cantik kan


yg ni pula adalah tasbih kokka yg diletakkan diatas papyrus..papyrus ini pun boleh dijadikan sebagai frame hiasan..Menurut cerita,kayu kokka ini sangat sukar untuk dijumpai,hanya terdapat di 3 buah negara iaitu Turki,Iran & juga Mesir..ada qil yg mengatakan bahawa kokka yg ada pada hari ini bukanlah kokka yg sebenarnya..ia adalah buah dari pohon palma..Jadi ramailah penggemar raja kayu ini yg berkunjung ke Mesir hanya semata-mata untuk mendapatkan kokka ini..bagi Acik setiap apa yg dijadikan tuhan ini tidak ada yang sia-sia melainkan ada manfaat disebaliknya..Terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya...

Shali & Ain


pilih Papyrus..

Hasan & Ain




Shaliza tanya acik,"Cantik tak yang ni Cik Lan " Cik Lan pun dah kelabu mata..huhuhu.. byk sgt yg cantik kt kedai ni..kalau Shali ambil sume macamne



tasbih dan pelbagai bentuk replika pyramid dijual disini..

Setelah puas memilih papyrus,kokka & kiswah,barang diambil,duit bertukar tangan,kami menyusuri jalan ke Masjid Hussein...(dekat je pon..) Masing-masing membawa aiskrim ditangan..memang sedap kalau dapat minum air sejuk time panas ni..


Masjid Saidina Hussein



Hasan..




couple arab yang berjaya acik candid...


Pelbagai pilihan abaya & jubah...


Pelbagai rempah ratus..

serbuk minuman juga ada dijual..kismis,zaiton,kurma,habbatus sauda'..macam² ada..


pelbagai pilihan jus..


tengok sahaja lah gaya tawar-menawar Ain tu..


jenguk key-chain...






Dekat sejam duk pilih key-chain je dorg ni..



kawasan ni plak penuh dengan jubah lelaki & kopiah..Beg pun ada..


Bebola kaca Egypt..



Mesir mmg tak boleh dipisahkan dengan lagenda Firaunnya..


Jalan pulang...


Akhirnya dapat juga minum air sejuk...

Bersambung...Credit to Ain,Hasan & Shaliza..

Quote:
Kak CT:Amboi..lajunya akak komen..xsiap update lg..huhuhu..banyak lg yg xedit ni..mmg pening nk memilih barang..klu bw dorg ni g shopping 1 hari pon xckup lg rasanya ni..
FarEast:salam taaruf..terima kasih sudi singgah fp acik..berjalan tempat org mmg syok..tp negeri sendiri tetap menjadi pujaan..
Kak Yati:lepas exam mcm ni la rutinnya..ada kawan2 yg ziarah ke Mesir,acik kne la jd tour guide..=) program anak2 melayu sini pun xkurang hebatnya..sambutan 80 tahun PMRAM tinggal 3 hari lagi..byk kerja ni..doakan acik..
ouled kenitra:yg acik bw berjalan ni pon org kenitra jga ni..=) ouled bla lg nk dtg cni?
mshafie:nk kirim awek arab ke?
Fairuz:tq..rajin2 la singgah yer..
kak baayah:akak yg tgk cam best je..tp penat tu..huhuhu..lg plak xbli pape pon..dorg ni yg shopping..
Ain:"bagai hatiku tertinggal di situ" ?? kt cairo ke zagzig?ngeh3..
Cikgu Feqah:selamat menyambut bulan puasa!!



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Tuesday, 27-Jul-2010 09:00 Email | Share | | Bookmark
Candid Street-Khan El-Khalili

Salam..

17/7 lepas acik berkesempatan ke Khan El-Khalili,bazar arab ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur menemani 2 putri, Anis Qurratul Aini,Shaliza Shafie,& Hasan dr Zagzig.Bertindak sebagai tour guide bidang terjun. 2putri ini dalam rangka bercuti di Mesir.Mereka berdua ni mengaji di Morocco.Jadi perjalanan mereka dr Kenitra-Cairo-Kuala Lumpur..Petang semalam baru je acik hantar mereka berdua di Cairo International Airport,tuk pulang ke Malaysia.

Untuk N3 kali ini acik dahulukan dengan gambar² candid street sepanjang acik menemani mereka ini shopping..jom layan..zassss...


1.Badang perkasa..



2.Hasan jd photographer time ni..



3.Beginilah suasana didalam bazar..


4.Timun besar..


5.Buah naga..letak dalam kereta sorong je tu..



6&7.Tgk pada arab tu..pastu banding berapa besar dia dgn org kita..



8.Sempat lg si Hasan ni duk candid pic arab bertekak..


9.Mamat ni perasan je dia kne candid,tp still selamber..


10.Mama² arab bertudung litup..


11.Saudagar minyak wangi..


12.Pemandangan sekitar Masjid Hussein..(Masjid Hussein ni pernah Masuk dalam Jejak Rasul)


13.awek arab..hehehe


14.Tokey Mat'am & awek arab..


15.Acik pon xlepas dr kne candid..huhuhu..


16.Ratu nil..huhuhu..


17..Jam kt sini sudah menjadi kebiasaan..bangunan belakang tu la Universiti Al-Azhar..(kelas acik la tu)


18 &19.Suasana stesyen bas berhadapan Masjid Soleh Jaafari

Bersambung..gambar² lain akan acik muat naik dalam n3 selepas ini..nantikan gambar² kami..
-Galeri kiswah n papyrus..
-sekitar khan el-khalili...

Quote:
Kak CTyg tu bkn kurma,tp buah naga.pokoknya mcm pokok kaktus gitu..
ikut acik berjalan mmg la sesak nafas..penat berjalan waktu panas ni..=)
Zaie:mula2 tgk mmg mcm mengkudu..lan pun nk kata buah mengkudu jgak..tp da tgk pokok dia baru la taw..
Kak Yati: tersilap..klu akak tgk kt n3 ni,acik tulis keterangan gambar diatas gambar..
kne btolkan semula la ni..keliru nti.tq...



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 24-Jul-2010 22:17 Email | Share | | Bookmark
Melaksanakan Lisanul Hal dalam Kehidupan

Oleh:Ust Khairul Anuar MANHAL Link


2 Mantan Presiden PMRAM..Minda pimpinan..

Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal


-2 Mantan Presiden PMRAM

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

P/S: Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.

Quote:
Kak Yati:terima kasih..acik cuma berkongsi kalam taujihat mantan Presiden PMRAM Ustaz Khairul Anuar yang kini merupakan penasihat PMRAM.Ambil kata-kata semangat dari beliau untuk meneruskan perjuangan melaksanakan program yg bakal diadakan pada Ogos ini.doakan Acik terus thabat dlm jalan ini.



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 24-Jul-2010 20:53 Email | Share | | Bookmark
Acara Sukan & Dewan di Arena KEKAL 10

PMHK kali ini pastinya meriah dengan atur cara demi atur cara yang bakal dilangsungkan. Lagak peserta-peserta setiap kontinjen dalam memenangi setiap acara yang disertai pastinya menggamat hati para penonton. Suasana sebegini pastinya mengundang rasa kebersamaan yang tinggi di kalangan peserta mahu pun sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakannya sekali gus mengeratkan tautan ukhuwah dan mahabbah antara mereka.

Persoalan timbul apakah acara yang bakal menanti para peserta. Jika anda ingin mengetahuinya, di sini akan disenaraikan acara-acara sukan yang menguji kemahiran serta kebolehan para peserta.


Acara Sukan Siswa
1. Bina bahan terbuang (Arkitek termasyhur)
2. Lari ikat kaki (Twins)
3. Rebut takhta
4. Sepak raga bulatan
5. Reka layang-layang
6. Dart Power
7. Rempah ratus explorer
8. Badang perkasa
9. Galah ajaib
10. Timang tinggi-tinggi
11, Kura-kura naik motor
12. 1, 2, 3 PULL..!!!
13. Dadu gergasi
14. Mutiara di Lautan
15. Pak belang lapar

Acara Sukan Siswi
1. Gusti lengan (Siapa kuat?)
2. Bowling padang (Strike 7 pin)
3. Lari ikat kaki (Twins)
4. Ratu cantik
5. Telefon karat (Kring krong kreng)
6. Gubahan buah (Change it!!!)
7. Cari perkataan dalam tepung (White ghost)
8. Tarik tali (We are badang)
9. "Makin lama makin sayang"
10. "Bola berapi"
11. "Carilah SAYA"
12. Dadu gergasi
13. Ulat gonggok.
14. Rebut tahta
15. Pancing emas

Sumber

Acara Dewan KEKAL 10

1.Dam Aji
2.Catur
3.Khat
4.Debat Ala Parlimen
5.Video Promo Kontinjen
6.Batu Seremban
7.Congkak
8.Musang Berjanggut
9.Jawab Soalan Dengan Soalan
10.Siapa Saya?
11.Kuiz Kenali Pmram
12Win Lose And Draw
13.Reka Cipta Syaqah Pmram
14.Pantun
15.Nasyid

Sebarang Permasalahan Sila Hubungi :

Eks. Acara Dewan: Mohd Amirul Amin Bin Othman (Siswa) : +20114321128
Timb Eks. Acara Dewan: Zakiatun Nazneen Binti Abdul Hannan (Siswi) : +20113482173

Sumber


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 24-Jul-2010 20:37 Email | Share | | Bookmark
Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) Ogos Ini

 


Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa dengan kerjasama Unit Pendidikan BKAN & DPM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT 10') pada bulan Ogos, program ini terbuka kepada semua mahasiswa di bumi Mesir dan dikhususkan untuk pelajar tahun akhir Pengajian Islam dan Qiraat.

Pendaftaran dibuka mulai sekarang sehingga 3 Ogos 2010.

Segala urusan pendaftaran, bolehlah dirujuk kepada Unit Pendidikan BKAN dan DPM masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengarah HEMAT 2010, Saudara Abdul Aziz bin Ali (011-3265864) atau Timbalan Pengarah, Saudari Nur Ain Yaacob (011-7737821)

Sumber


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net