acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-Jul-2010 20:20 Email | Share | | Bookmark
Sayembara Cerpen & Puisi Sempena 80 Tahun PMRAM



Bersempena Sambutan 80 Tahun PMRAM dan Kemerdekaan ini sayugianya pihak Kem Latihan Penulis (KELAP) menganjurkan Sayembara Cerpen dan Puisi 2010. Bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat ahli dalam penulisan kreatif.

Berikut adalah butiran maklumat tersebut :

1) Terbuka kepada semua ahli PMRAM
2) Tarikh tutup penghantaran karya pada 31 Ogos 2010
3) Karya dihantar kepada emel kelap_pmram@yahoo.com
4) Keputusan pemenang akan dimaklumkan pada 10 September 2010
5) Boleh memilih samada karya cerpen atau sajak atau kedua-duanya sekali

Syarat-syarat penghantaran karya adalah seperti berikut :

1) Karya anda mestilah asli
2) Maksimum karya adalah 2 buah cerpen dan 2 buah puisi
3) Tema karya berkisarkan Kemerdekaan Malaysia dan 80 Tahun PMRAM [Sumbangan,Jasa dan Sejarah]
4) Karya mestilah yang belum pernah tersiar
5) Hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial saiz 11
5) Karya cerpen sekitar 1800 - 3000 patah perkataan sahaja
6) Biodata peserta wajib disediakan beserta gambar
7) Karya tidak menyentuh mana-mana isu sensitiviti
Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
Karya mestilah dihantar menggunakan format Microsoft Word
9) Sila hantar sekali maklumat peribadi peserta :-
- Nama penuh.
- Nama pena (jika ada)
- No. telefon
- No. telefon
- Emel
10) Sebarang kesilapan penulisan atau penghantaran dibawah tanggungjawab peserta
11) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan karya peserta bagi tujuan penyiaran.

Selamat Menulis!

" Mangsi Ulama Wacana Dakwah "

Disediakan oleh,
Unit Seminar dan Bengkel
Kem Latihan Penulis (KELAP) 2010
Badan Penerangan Dan Penerbitan & Unit Penerangan Dan Penerbitan HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)


Sumber


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 24-Jul-2010 20:01 Email | Share | | Bookmark
Apa Erti 80 Tahun PMRAM?

 
 
oleh : Us Khairul Anuar MANHAL Link



Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.

Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.

Sepanjang 80 tahun, PMRAM telah berjaya melahirkan para mujahid, para pendakwah, para ulama, para profesional, para pemikir, tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh-tokoh politik dan kalau mahu sebutlah apa jua bidang pun nescaya akan ada kaitannya dengan PMRAM kerana PMRAM-lah yang memberikan 'roh' kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para ilmuan lepasan Mesir dan selainnya. Tanpa roh itu mereka akan gagal menjadi golongan yang memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemikiran dan kesedaran sebagai khalifah Allah s.w.t dalam jiwa masyarakat.

Angka 80 tahun itu sebenarnya wajar mengangkat nama PMRAM sebagai GERAKAN MAHASISWA ISLAM PALING LAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. Tidak usah kita berbangga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di dunia pada abad ini. Cukuplah PMRAM buat kita. Kalau tidak kerana kekangan politik atau lain-lain sebab nescaya PMRAM akan disenaraikan dalam world book of record kerana sejarahnya itu. Tetapi bukan itu yang PMRAM mahukan sebenarnya. PMRAM bukan gilakan nama. PMRAM hanya mahu melihat ahli-ahlinya menjadi seorang mahasiswa Islam yang tahu dan faham peranannya. Mahasiswa yang celik dan sedar akan tanggungjawab menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

Moga-moga Allah s.w.t memanjangkan umur PMRAM tercinta. Semoga lebih ramai lagi anak-anaknya yang lahir sebagai 'insan' sebenar dan yang 'kamil' dengan didikannya. Semoga para penyokong dan pendokongnya diangkat amalan mereka seumpama amalan para mujahidin..amin Ya Rabbal Alamin.


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


Saturday, 24-Jul-2010 05:33 Email | Share | | Bookmark
Melayu Vs Perancis

@masjid Rabaatul Adawiyah,Nasr City
Attabah,Down Town
Assalamualaikum..
haa..amacam tajuk N3 acik kali ini?ok x?sebenarnya bukanlah perlawanan antara melayu & perancis yang acik ingin tampilkan cuma N3 kali ini acik cuba wat pelik pada orang..

1.Memakai baju Melayu di Cairo ketika solat jumaat minggu lepas.

2.dreess up ala2 perancis sesat di Egypt..


Keterangan gambar
(1)-menyahut seruan Ouled Kenitra untuk berbaju melayu lengkap di hari Jumaat.Cuma acik tidak bersongkok & tak mengenakan songket je..huhuhuhu mula-mula tiba ke masjid,semua mata tertumpu pada acik..agaknya pelik juga mereka melihat pakaian acik..mmg rare.. kalau pun ada yang berbaju melayu ini hanya pada 2 hari raya sahaja.

(2)-gambar ini pula diambil ketika sesi outing Attabah bersama rakan-rakan photographer dari Pahang.Berlatarbelakangkan tugu Ibrahim Pasha.Cuaca panas ketika ini.Jadi acik mengenakan sebuah hat ketika sesi hunting ini.. Cuma ada beberapa individu yg xsuke melihat seorang bakal ustaz berpakaian seperti ini..mungkin mereka dengan ijtihad mereka yg tersendiri..acik terima sebagai suatu teguran.. tp bagi acik tidak salah rasanya mengenakan topi pada musim panas ini.suatu perkara biasa.sekali sekala berpakaian ala-ala Santana ape salahnya kan..

Memang susah untuk kita membuat sesuatu kelainan dalam kehidupan.Ada sahaja yg tidak setuju dengan kita.Kata orang lain padang lain belalang..Berdasarkan pengalaman berniaga,acik banyak berjumpa dengan manusia yang pelbagai perangai,ragam dan gaya.Membuatkan acik terfikir seorang peniaga ini perlu cekap berfikir melahirkan pelbagai method dan gaya dalam perniagaan untuk memberi kepuasan hati kepada setiap pelanggan.Begitu juga halnya dengan seorang daie,perlu mendalami method yg pelbagai bagi menarik madh'u untuk terus bersama-sama dalam jalan dakwah..

Memetik kalam ulama haraki,"setiap marhalah,ada rijalnya & setiap marhalah ada masalahnya".Maka menjadi kewajipan pada setiap rijal ini untuk memastikan setiap permasalahan disetiap marhalah(tempat) ini perlu kepada jalan penyelesaian.Optimis Acik pada kalam ini untuk menjadi pendorong dalam melaksanakan setiap kerja-kerja dakwah di peringkat bawah.Menjadi rijal yang akan menyelesaikan permasalahan bukan untuk memperbanyakkan masalah..

Kebiasaannya apa yang kita lihat seorang ustaz itu berjubah atau berbaju melayu,siap berkopiah atau bersongkok.Namun adakah apabila seorang ustaz itu berseluar jeans,t-shirt & bertopi ia bukan lah lagi dikira sebagai seorang ustaz?Kita sering mengukur seseorang dari paras rupa,gaya & penampilan sahaja.
Apa yang lebih penting adalah ilmunya..Tidak dinafikan pakaian ini menjadi suatu ibrah dalam kita berdakwah.Melalui pakaian,gaya & penampilan kita membuatkan seseorang mudah tertarik untuk mempercayai apa yang kita sampaikan.Apalah kiranya jika sekali-sekala kita ubah rentak kita untuk menyelami dan mendalami mereka yang dalam arena rock,trash,& heavy ini.

bersambung..


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Cikgu Feqah:Itulah kenyataannya..Banyak udang,banyak garam,Banyak orang banyak ragamnya..
Kak CT:mmg itulah kenyataannya..cuba elakkan dr kontroversi,ke arah potensi yang mapan..


Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 24 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo.


Friday, 23-Jul-2010 18:26 Email | Share | | Bookmark
Bahang KEKAL 2010 Makin Dirasai

Pertandingan mereka grafik & logo
Banner Umum KEKAL 2010
KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.

Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.

“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.

Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com

Sumber Berita:http://pmram.org/


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Kak Ct:Terima kasih atas sokongan & doanya..


Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 23 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo.


Sunday, 18-Jul-2010 10:28 Email | Share | | Bookmark
Blog Rasmi KEKAL 2010

KEKAL 2010
Assalamualaikum w.b.t

N3 kali ni cuma nak promote blog rasmi KEKAL 2010...
sila ke link berikut untuk maklumat lanjut berkaitan program yang bakal berlangsung pada Ogos 2010 ini..
http://pmhkpmram.blogspot.com/

Terima kasih kepada Ustaz Khairul Anwar Isnin beserta crew terlibat dalam menyebarkan maklumat berkaitan program KEKAL 2010 sehingga lahirnya blog rasmi KEKAL 2010..tahniah & syabas dari PMC kerana kalian telah memudahkan gerak kerja penerangan & penerbitan pusat.Moga Allah membalas jasa kalian..


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Kak Yati:dh 2 tahun acik menyambut puasa & raya di Mesir..mula2 mmg asing,tp dh lame2 rasa seronok..begitu jga dgn merdeka..suasana yg cukup berbeza..mga dpt menanam kecintaan kpd tanahair sndri..
Kak CT:sje berkongsi kemeriahan sambutan merdeka Msia di bumi Mesir..rasai bahang kemuncak program ini..nantikan N3 merdeka acik...=)
Ouled Kenitra:minggu lepas acik bersolat jumaat dengan berbaju melayu lengkap bersamping,cuma tinggal tak bersongkok je lg..huhuhu..mmg orang arab pelik melihat pakaian kita..tapi acik berjaya menjadi duta kecil untuk memperkenalkan baju melayu di Mesir..



Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 18 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net