acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Jul-2010 12:21 Email | Share | | Bookmark
.::Saki Baki Tenaga Meneruskan Survival::.

80 Tahun dh yer..
 
 
Assalamualaikum..

11 Julai lalu telah diadakan liqa' (pertemuan) antara Badan Pengurus PMRAM (dibaca BP) Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM ,Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali,Saudara Azfar Khairul Ammar (Pengarah PMRAM Multimedia Centre) ,Saudara Syed Aisam selaku bendahari PMC.Saudara Fakhrul (Mantan Pengarah PMC dan kini sebagai ex-oficio) dan Acik sendiri..

Banyak perkara yang dibincangkan didalam pertemuan ini,antaranya pertukaran didalam hierarki organisasi PMC,skop kerja/bidang tugas,muhasabah dari sesi lepas,unit-unit baru yang ditubuhkan dibawah PMC seperti Unit Fotografi & unit grafik yang baru diserap masuk ke dalam PMC.

Hasil kerja Unit Grafik PMRAM dibawah PMC

Bermulanya episod Unit Fotografi pada penghujung tahun 2008 apabila unit ini difikirkan sangat perlu untuk ditubuhkan memandangkan sebelum ini segala kerja teknikal sistem audio,rakaman & penyiaran,
fotografi,dokumentasi, segalanya dilakukan oleh ahli-ahli PMC sendiri.Bermakna seorang ahli mampu untuk melakukan 2-3 kerja dalam suatu masa.Muhasabah dari sesi lepas melihat individu yang "kamikaze" ini perlu diberikan rehat dan skop bidang tugas perlu dikurangkan serta tanggungjawab untuk melakukan tugas di bahagian fotografi & editing kepada suatu unit lain..Maka Unit Fotografi PMC ditubuhkan pada tahun tersebut..


Apabila ditanya Acik,bilakah penglibatan didalam PMC,adalah bermula apabila perkenalan dengan otai-otai lama crew teknikal PMRAM pada musim panas (saifi) bersama Ustaz Al-hafeez & beberapa orang lagi ketika itu.Minat yang mendalam untuk mempelajari sistem audio ini telah lama dipendam sejak dibangku sekolah lagi sebenarnya..Pucuk dicita ulam mendatang,acik ditawarkan untuk menyertai PMC pada ketika itu yang mana nama acik dicalonkan oleh Pengarah PMC pada waktu ini,Sdr Azfar yang ketika itu sama-sama baru menyertai PMC.


Tugas pertama Acik adalah ketika Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK 51) pada tahun tersebut..Sewaktu mula bersama crew teknikal PMC,tidak dinafikan diri ini jahil segala macam tentang sistem audio memandangkan sebelum ini hanya mengenali Power Amplifier,mic,dan speaker sahaja..tidak pula tahu bagaimana cara pemasangan (setting) untuk suatu program mega.PMHK adalah titik permulaan acik mengenali PMC & kerja-kerja berkaitan..

Dek kerana tidak berapa mahir untuk melakukan setting untuk sistem audio,acik hanya melakukan kerja-kerja berkaitan lampu,elektrik dan fotografi kerana diri ini lebih selesa melakukan kerja-kerja yang sudah biasa dilakukan.Namun semangat untuk mempelajarinya tetap ada dalam diri ini..Program demi program acik cuba untuk memerhatikan setting yang dilakukan oleh otai-otai untuk lebih memahaminya disamping membaca manual..(hahaha..baru hari ni nk betaw)

Apabila disebut PMRAM Multimedia Centre terbayang dibenak para penuntut diperlembahan Nil ini bahawa sekumpulan pemuda sedang menyiapkan sistem teknikal audio,mengusung speaker ke sana ke mari,membawa cable yang berselirat tak berpenghujung..Lafaz PMRAM Multimedia Centre bagi acik sebenarnya adalah makna yg cukup luas serta merangkumi banyak media yang terhimpun didalamnya.

Mari kita kaji dari sudut mantiknya..
"Sekiranya sesuatu istilah digunapakai untuk memberikan makna secara sepenuhnya,maka pengertian makna tersebut dinamakan al-Mutabaqah."

Apa itu al-Mutabaqah?
Pengertian sesuatu lafaz terhadap kesempurnaan makna kepada lafaz tersebut sama ada makna tersebut adalah secara haqiqy ataupun majazy.

Namun apa yang difahami oleh segelintir penuntut disini adalah sesuatu istilah yang diertikan dengan hanya sebahagian makna istilah tersebut.(Bidang tugas PMC hanya teknikal semata-mata)
ِTindakan memahami sebahagian makna istilah tersebut dipanggil "al-Tadammun"

al-Tadammun adalah pengertian sesuatu lafaz terhadap sebahagian makna kepada lafaz tersebut sama ada makna tersebut adalah secara haqiqy ataupun majazy..

HAhaha..pening x?

Mudah katanya PMC bukan hanya teknikal sistem audio sahaja..kalau nak tahu berkaitan PMC,meh la join..huhuhu..



Serba sedikit tentang sejarah penubuhan PMC
-ditubuhkan pada 20 Oktober 2001
-dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia di Kaherah, Dato’ Abu Bakar Daud bertempat di Kompleks Hayyu Asyir.
-TYT Duta ketika itu juga turut merasmikan projek mega PMC iaitu Malaysian Silicon ValleyOf Egypt (MASSIVE) yang telah dipancarkan secara lansgung ke seluruh dunia melalui internet dan tayangan slide show sebagai penerangan awal projek PMC.

Acik sempat berhubung dengan Saudara Saiful dari Terengganu (pioneer PMC) apabila laman fp acik ini diwujudkan.Beliau sempat bercerita kepada acik melalui ym tentang sejarah awal penubuhan PMC ini.Banyak cerita suka duka dikongsi tentang permulaan penubuhan PMC ini antaranya PMC terpaksa meminjam peralatan audio dari BKAN Selangor & Terengganu ketika itu yang mana hanya layak untuk digunakan dalam set surau.Namun kata orang,tiada rotan,akar pun jadilah..Jadi pa system ini digunakan didalam setiap program-program anjuran PMRAM.


Tahun demi tahun,PMC berjaya mendapatkan Projector jenama Sony,ketika itu hanya PMC sahaja yang mempunyai projector tersebut.Jadi projector ini mengelilingi setiap BKAN & DPM (Badan Kebajikan Anak Negeri & Dewan Perwakilan Mahasiswa yang kini keduanya lebih dikenali dengan PMRAM cawangan).Berbekalkan projector inilah PMC mampu untuk menjana ekonomi untuk membeli peralatan pa system sedikit demi sedikit serta maintainace untuk kesemua peralatan PMC.

Namun kini dikebanyakan PMRAM Cawangan sudah pun mempunyai hampir keseluruhan peralatan media masing-masing.Jadi apalah salahnya 'anak-anak' membantu si 'ayah' untuk kemaslahatan keluarga yang cukup besar ini.. Anak-anak ini sudah pun meningkat usia,mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri,maka inilah masanya menabur bakti buat si ayah yang sudah pun mencecah ke 80 tahun ini..segala bentuk bantuan perlu untuk disalurkan dari segi tenaga,masa dan wang geneih..

Tambahan pula si ayah sudah dihalau dari rumah sendiri sejak sekian lama.Jerih payah ayah ini kadang-kadang tidak dirasai sepenuhnya oleh anak-anak.Maka ayah terpaksa mencari tempat berteduh untuk meneruskan kehidupan di hari-hari berikutnya membesarkan anak-anak.Menabur bakti menyemai budi. Deritanya menanggung bebanan sewa membuatkan si ayah bijak menjana ekonomi keluarga.Kini Unit Dana Syaqah ayah wujudkan semata-mata untuk mendapatkan rumah sendiri.Barulah selesa anak-anak melakukan aktiviti.Kerana apa?kerana rumah kita adalah sangat berbeza dengan rumah yang kita sewa sekarang ini.Semakin hari semakin meningkat sewanya.Harapan ayah selepas ini anak-anak tidak perlu lagi untuk bersusah payah untuk melakukan aktiviti di merata tempat.


Generasi demi generasi meneruskan survival dalam PMRAM ini memikul tanggungjawab untuk memastikan segala perjalanan dan perancangan program PMRAM berjalan lancar.

bersambung....

tambahan:
ikuti apa kata boss baru a.k.a Ustaz Faizuddin Ghazali sewaktu perjumpaan di Rumah Perlis di dalam blog peribadi beliau..Link

Credit to:Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, Ustaz Faizzudin Ghazali,PMRAM,PMC
Koleksi gambar Kembarasufi pada tahun 2008..PMHK 08

Doakan kami disini...


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Kak Yati: xsempat lg acik siapkan N3 dia dh komen dulu dh..laju btol..huhuhu..xde award nk bg la..sebab terlalu laju komentarnya...huhuhu..berdesup... neway tq...
Kak baayah:terima kasih..lame btol menyepi yer..sampai 2 mgu menghilang.... doakan moga lahir Ustaz yang faham & tahu serba sedikit tentang multimedia ni..xramai ustaz yang nk buat kerja2 ni..
cikgu feqah: Alhamdulillah..Yang di Atas memelihara kesatuan ini...tiada penjaga yg lbh baik darinya..80 tahun sudah cukup matang..mmg moyang da ni..Ahli je muda2 lg..huhuhu..moga Allah terus memelihara PMRAM!!


Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 13 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo.


Friday, 9-Jul-2010 13:16 Email | Share | | Bookmark
Tugas Berat Bakal digalas...

 
Assalamualaikum...

Minggu lepas baru ditaqdim oleh pengarah PMRAM Multimedia Centre (PMC)yang baru saudara Azfar Khairul Ammar (Penerima Anugerah Emas PMRAM ketika Muktamar Sanawi yang lepas) untuk menggalas tugas sebagai ad-hoc program Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM 2010 (KEKAL '10) sebagai EKSEKUTIF TEKNIKAL, RAKAMAN
& AUDIO VIDEO
yang dijangka akan diadakan pada awal Ogos ini.



KEKAL yang bakal diadakan pada tahun ini sedikt berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana pada tahun ini bakal menghimpunkan beberapa program mega PMRAM seperti Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) yang ke 53, Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS),Bazar,konsert,Pengisian Ilmiah dan banyak lagi aktiviti menarik menanti...

Pada tahun 2010, usia PMRAM sudah menjangkau 80 tahun. PMRAM yang diasaskan bagi menyatukan suara mahasiswa Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu masih kekal bertahan di Mesir sebagai persatuan induk bagi mahasiswa Malaysia di Mesir. Justeru, PMHK pada kali ini mempunyai objektif tambahan selain memperingati Hari Kemerdekaan iaitu memperingati kematangan usia PMRAM sejak sekian lama. Hasilnya beberapa acara dan konsep yang diubah bagi mencapai misi ini dan untuk menggabungkan semua ahli PMRAM bagi mentautkan ukhwah dengan lebih erat.

Rentetan dari muhasabah & cadangan sesi lepas,agar pihak pentadbiran PMRAM menganjurkan karnival yang mampu untuk menyatukan kesatuan yang telah dibina sejak sekian lama ini terus kekal dalam naungan Rahmat-Nya.Akhirnya, KEKAL (Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM) 2010 dirancancang & diharapkan dapat merealisasikan tujuan dan impian bagi mencapai objektif dan misi yang telah dirangka.

Doakan kami disini...


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Kak Siti Hawa:Karnival mmg selalu meriah..kalau nk taw bagaimana kerja disebalik tabir nantikan kemunculan N3 acik selepas ini... terima kasih atas doanya..thn lepas karnival 3 K membuatkan 1-2 minggu crew2 demam..huhuhu..moga2 tahun ini sht la hendaknya..
Ouled:terima kasih..
Kak Yati:Terima kasih..Mengharap redha Allah taala dalam setiap pekerjaan ini..


Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 9 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo..


Wednesday, 7-Jul-2010 01:11 Email | Share | | Bookmark
.::Tukar Status::.

Assalamualaikum..

N3 kali ini,tentang percubaan kedua menggunakan Zenit ET Rusia,kodak ultramax 400..without flashlight.. 2 hari berbeza..Saje nk try kamera ni wat kali kedua,setelah percubaan pertama tidak memuaskan hati.. 1st acik ke Rumah Perlis Hayyu Sabie',berjumpa dengan Ustaz Syukur a.k.a Pa'koq yang sangat minat dengan jam lama..Collector mcm acik juga la..tp kunjungan acik pada hari Jumaat yang lepas ke Rumah Perlis bukanlah untuk melihat koleksi jam rare beliau,tapi ada yang lebih berharga dari itu...apa yang lebih berharga dari jam tu:??:

Inilah dia...Ahmad Badawi..bukan ahmad albab yer..hehehehe..

1.Masa ni Ahmad baru 10 hari je..Permata ayahbonda..

2.inilah baba Ahmad Badawi..Pa'koq..

Waktu acik shoot pic ni,pa'koq ngah layan bola..kecewa sangat tgk Ghana x dpt ke separuh akhir..main dh cukup bagus..nasib x menyebelahi Ghana.terikat keputusan seri 1-1 sehingga tambahan masa 30 minit..masih tidak berjaya..Pantsil (Player Ghana) pula mensia-siakan peluang diminit2 terakhir tambahan masa apabila sepakan penaltinya xmasuk..jadi terpaksalah membawa ke tendangan penalti untuk menentukan juara..namun Ghana tewas dengan penalti (Uruguay 4-2 Ghana..)

eh...merapu meraban kt bola plak.. Kembali kepada citer Pa'koq..Jadi status Pa'koq kini sudah bertukar sebagai seorang ayah..Sekalung tahniah atas kelahiran baby comel ni..Barakallahu fiikum..
Moga bertambah rezeki keluarga beliau...

Itu cerita seorang kawan Acik yg dh bertukar status..

Imtihan Syafawi
Ahad lepas,4 Julai ke Kuliah Azhar,hajat untuk menduduki imtihan Syafawi (Ujian Lisan) tuk Imtihan Faslu Thani (sem 2)..Namun ada sedikit kecewa,hari tersebut boleh plak no giliran acik tak naik..Acik terus ke syu'un thulab (pejabat azhar) bahagian pelajar untuk menanyakan tentang ujian tersebut..jadi jawapan biasa kita akan terima.."bukroh" = esok..walau kadang-kadang tu xtentu berapa kali esok la tu..Jadual imtihan pun memang lambat keluar..Membuatkan kita perlu bersedia lebih awal kerana bila-bila masa sahaja peperiksaan boleh dijalankan..Itu antara kehebatan Universiti tertua ini..

Imtihan acik pada thn ini bermula agak lewat berbanding thn2 lepas.Ujian syafawi plak dibuat seminggu selepas ujian tahriri (bertulis).Pade kebiasaannya,ujian syafawi dilakukan sebelum ujian tahriri.Namun pada tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun lepas.Jadi sebulan lah acik exam..walau ada jarak yang panjang antara 1-1 ujian..

Dek kerana hampa tak dapat masuk ujian pada hari Ahad lepas,Acik pun mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah..Tiba-tiba acik disapa oleh seorang rakan yang sama kuliah dan senasib tak dapat menduduki ujian pada hari tersebut,acik diajak untuk ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
untuk menghadiri acara akad nikah seorang kenalan dari negeri Pahang..

Seorang lagi dah tukar status, dari bujang ---> berkahwin..Sah bergelar seorang suami..

Pasangan Muhammad Firdaus Kassim (Pahang) & Fathynur Othman (Pulau Pinang)


jurunikah-Pegawai HEP Johor Ustaz Haniff (berkopiah merah putih) sambil disaksikan oleh sahabat2 dari Mansoura, Negeri Pahang & Penang...


Kegembiraan tergambar apabila sudah sah menjadi suami-isteri..







Sekalung tahniah juga buat pasangan Firdaus a.k.a Pidot & Fathy..Barakallahu lakuma wabarakah alikuma wajamaa bainakuma fil khair..

Berita penuh didalam Blog BKIMP Link
Balik sahaja dari ARMA,terus ke kedai gambar,untuk mencuci filem.Sebelah malamnya dh pun siap.dapat 1 CD.Hari Isnin lepas,selepas syafawi,terus memuat naik gambar di laman FacebookAcik

Kalau fikir balik memang agak leceh & payah bila guna slr lama ni..nak cuci filem lagi,bila ambik gambar,kita tak tau lagi prestasi gambar yang dihasilkan bagaimana.Berbeza dengan kamera digital, kos penghasilan gambar agak murah & senang untuk kita nilai prestasi gambar apabila kita capture dengan hanya melihat semula pd skrin.Apa pun,bagi acik ianya cukup nilai sentimentalnya.Klasik & cukup mencabar..Membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana la hasil gambar yang kita shoot tu nanti.Kepuasan jelas tergambar apabila gambar yang dihasilkan siap dicuci.. Berapa pun nilainya,tak menjadi masalah..Itulah nilai kepada sesebuah gambar..yang penting,kepuasan hati..

Ada sesuatu yang tidak ada pada kamera digital yang acik digunakan sebelum ini..Tambahan pula teknologi sekarang yang sudah cukup menipu photographer dalam penghasilan sesuatu gambar.Contohnya teknologi DIGIc 4 pada kamera digital Canon.Digic 4 ini berperanan memperbaiki kualiti gambar sehabis baik.shoot la macamana pun gambar tetap akan cantik,menarik,tertarik de b00m..hikhikhik.Paling mudah set je mode auto..kalau xreti ambik gambar pun tak pe.jadi apabila kita menggunakan teknologi digic 4 ini kita seolah-olah sudah cukup pandai dalam fotografi.Walhal masih banyak yang kita perlu pelajari.. .

Skill acik diuji apabila menggunakan kamera Zenit ini.kesemuanya adalah manual..Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya..so keep it on shooting..jadikan fotografi sebahagian dari hidup anda..

p/s:harga filem Kodak Ultramax 400 hanya LE16 (egyptian pound),kos sekeping gambar adalah LE0.85 sen sahaja untuk size 4R.mengidam untuk menghasilkan gambar dari filem Lucky Supernew 100-filem hitam putih..mane nak cari filem tu yer


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 7 Julai 2010
Abas Aqod Street,
Nasr City,Cairo..

Quote:
Ust Jie: gai insy'allah..
kak mala:acik kne lalui proses pertama dulu..abiskan study..berkahwin..baru la blh mendakap si kecil..
kak yati:hidup di mesir mmg kne sabar..Mim..shod..ra'..misr..Mehnah,sabar,redha..=) bkn sng nk g kenduri kt msir ni..
cho zila:Kenduri di Mansurah berlangsung pada 5Julai yg lps..acik xblh ke Mansurah wkt itu dek krn terpaksa menghadapi ujian syafawi..majlis di Malaysia insya'allah pd 31 Julai 2010.akad nikah je kt Mesir dlu..pastu kenduri kt Msia kemudian..kira nikah gantung la ni..hehehe..awal thn dlu student msia wat akad nikah melalui video call dgn menggunakan YM..acik punya xtaw lg mcmne.. Baby yg bru lahir mmg putih bersih..xde dosa lg..dilahirkan dlm keadaan fitrah..penyejuk hati ayahbonda..tenang bla lihat baby..klu nk rase tng,kak zila tmbh la baby lg..huhuhu
kak CT: matlamat akak apa plak?huhuhu..acik ade berbaki 3 tahun pengajian lg di sini Insya'allah..doakan kejayaan acik disini..


Friday, 2-Jul-2010 01:05 Email | Share | | Bookmark
Cubaan Pertama

Assalamualaikum..w.b.t

Alhamdulillah..terima kasih atas komen-komen dari sahabat2 fp.Komentar anda semua membuatkan Acik bersemangat untuk terus menghasilkan gambar-gambar menarik.Yang paling utama improve dlm photography..Mungkin selepas ini,acik xperlu lagi bercerita..Hanya melalui gambar sudah cukup menceritakan segalanya...

Untuk N3 kali ini acik cuma melakukan cubaan pertama hunting dengan menggunakan kamera Zenit ET buatan Rusia yang menggunakan filem ini..kamera ini antara koleksi barangan antik,vintage n pastinya rare milik Acik.. Apa yang menariknya kamera ini tidak memerlukan bateri,hanya bermodalkan filem sahaja.cuma kalau menggunakan flash light,barulah ianya memerlukan bateri.

kamera:Zenit ET with Helios 44M lense..
Filem:Kodak Ultramax 400 (bkn ultraman yer..)
Lokasi:Abbas Aqod,Nasr City,Cairo

Jom Layannnzzz..


1.Ammu (uncle) dengan Vespa lama..tone warna yang seakan-akan gambar di era 90-an..ditambah lagi dengan persekitaran yang membuatkan kita terasa berada di zaman retro..


2.Cinta U-Turn - kebanyakan jalanraya di Mesir memang banyak disediakan u-turn..dek kerana jalanrayanya yang lurus...


3.suasana sibuk pada waktu bekerja..btol x kata acik..org mesir mmg cintakan u-turn??


4.Apa yang menarik pada gambar ini adalah..Olympus..acik biasanya menjumpai jenama tersebut pada kamera.tp ada juga kedai pakaian yang mengambil nama tersebut..


5.Minolta X-700 wif tele-wide lense..


6.Belakang Malaysian Student Complex..10th district..Pada hari Jumaat & Ahad akan dipenuhi dengan kereta-kereta jualan..Suq Sayyarot..


7.naga cairo..


8.Selangor Student Hostel,Nasr City,Cairo

Actually,Acik masih takut-takut lagi untuk shoot di Mesir ni..banyak sangat pantang larangnya..jadi untuk cubaan pertama ini hanya shoot dari sutuh rooftop bangunan Rumah Pahang Lama di Abas Aqod ni.. Kes sebelum ini,ada sahabat yang dirampas kameranya,nasib baik xdilempar je kamera tu oleh pihak berkuasa tempatan..kalau x,mahu ikat perut lg untuk mencari kamera lain.. Alasan mereka,jgn jadi 'spy' mana2 negara..Al-maklumlah Mesir negara darurat..
Bersambung....



Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 2 Julai 2010
Nasr City,Cairo..



Wednesday, 30-Jun-2010 00:26 Email | Share | | Bookmark
Jubli Perak-Ummiku Sayang..

Assalamualaikum....N3 kali ini..dedikasi buat dia yang bernama Ummi..
.........................................................................................................................................................

Ummi dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Ummi...
Aku ingin ummi bahagia,
Inginku lihat senyummu terus di situ,
Ampunilah segala silap lakuku,
tatkala amarah menjadi tuhan jiwa laraku.

Duhai ummiku....

Ketahuilah olehmu,
Aku hanya mampu berpuisi,
mengucap selamat menyulam impi,
Namun sukar untukku mengertikan secara realiti.


SELAMAT HARI LAHIR UMMI... MOGA KASIH SAYANG ILLAHI ITU SENTIASA MENJADI MILIKMU ABADI... =)

.........................................................................................................................................................



Selamat Hari Lahir Ummi..jasamu sudah pasti tidak akan ada yang mampu membalasnya..kini 52 tahun usiamu..berpuluh tahun bersusah payah menjaga kami 8 beradik..seorang ibu mampu menjaga 8 orang anak,namun belum pasti 8 orang anak ini mampu untuk menjaga ibu seorang..doakan acik antara mereka yang sanggup memelihara ibu kelak..

credit to adinda Kembara2dunia
terima kasih atas nukilan puisi buat ummi..



sekian dulu dari Acik..terima kasih

Dicatat pada 30 Jun 2010
Kota Nasr,Kaherah,Mesir


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net