acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Feb-2009 21:25 Email | Share | Bookmark
Ziarah ukhuwah

sebelum bertolak
 
taklimat oleh Ust Khusaini
tekun mendengar penerangan
buah tangan yg dibawa
Acik tersepit kt belakang 2..hehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh :25 Februari 2009(Rabu)
Masa: 4.00 ptg (waktu Mesir)
Tempat:Mustashfa Hilal Ahmar,Ramses (Hospital Bulan Sabit Merah,Ramses)
Anjuran:Badan Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM

OLEH:USTAZ ABDUL MALIK ABDUL KARIM

KAHERAH,Rabu- kepimpinan PMRAM berkesempatan menziarahi mangsa kekejaman Israel di sebuah hospital di bandaraya Kaherah. Kebanyakan mangsa adalah mereka yang dipindahkan dari beberapa buah hospital lain. Antaranya dari hospital 'Arisy dan Rafah. Rombongan kami diketuai oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM. Turut serta ialah Pengarah Mini-Pavilion, Ustaz Abdul Muin Abdul Manan.
Mini-Pavilion sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.

Peranannya cukup besar dalam isu Palestin. Ketika pencerobohan Israel ke atas Gaza baru-baru ini, Mini-Pavilion banyak menyalurkan maklumat terkini melalui YM atau blog rasminya.http://minipavilion.blogspot.com/ Tambah lagi blog barunya kini berwajah baru. Cukup cantik. Itulah antara usaha PMRAM dalam isu Palestin yang sering diwar-warkan. Badan Pengurus PMRAM lain yang turut serta dalam 'misi ziarah' ini ialah Ustaz Syafiq Zulakifli,Ustaz Abdul Malik Abdul Karim,Ustaz Ibrahim serta Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) dan wakil-wakil setiap BKAN. Presiden Ustaz Khairul Anuar Ismail tidak dapat hadir kerana ada urusan di Balai Polis.

Sebelum bertolak, kami membuat sedikit persediaan membungkus buah-buahan, makanan dan minuman ke dalam hamper untuk dibahagi-bahagikan kepada mangsa-mangsa di hospital nanti. Sebelum bertolak, kami tunaikan Solat Asar secara berjemaah yg diimamkan oleh Ustaz Azharuddin(Ketua Lajnah Kebajikan BKASM).

Sekitar jam 4 petang, kami bertolak menaiki van menuju ke destinasi.Setibanya kami ke hospital berkenaan, kami diberi taklimat ringkas oleh Ustaz Khusaini berkenaan mangsa perang Israel yang dirawat di hospital tersebut iaitu seramai 37 orang. Ini termasuk 2 orang kanak-kanak dan empat orang mangsa yang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami menziarahi setiap bilik bertemu dengan setiap mangsa sambil dibantu beberapa orang jururawat. Keceriaan terpancar pada wajah mereka setiap kali kami bersalam dan memeluk mereka. Namun, kami tahu hati mereka cukup pilu dan sedih.

Seperti yang pernah saya nukilkan sebelum ini, pencerobohan Israel baru-baru ini hanya sekelumit dari lautan 'penderitaan bersiri' umat Islam Palestin yang dizalimi Yahudi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Tragedi Shabra dan Shatila, pembunuhan beramai-ramai di khemah pelarian Khan Younis serta berpuluh-puluh tragedi berdarah menimpa mereka. Bukan pertama kali dunia mendengar berita kezaliman Yahudi bahkan sudah berdekad-dekad lalu.

Seorang lagi mangsa warga emas yang kami lawati. Beliau tidak dapat bangun menyambut kedatangan kami kerana kecederaan yang dihadapi. Hanya mulutnya mampu berkata-kata. "Dari negara mana?" tanyanya. "Malaysia," jawab saya. Lantas dia menunjukkan ibu jarinya isyarat bagus dan gembira dengan apa yang kami lakukan. Air matanya mula bergenang. Saya peluknya erat, lama. Suasana sayu menyelubungi kami semua anggota rombongan. Saya juga tidak dapat menahan perasaan sebak, terharu dan sedih. Air mata saya mula membasahi pipi. Saya tenung mata beliau. "Maafkan kami. Kami tak mampu buat apa-apa selain berdoa dan bermunajat, siang malam. Kami mahu kamu semua tahu kami dan dunia bersama kamu!" kata saya dalam Bahasa Arab kepada lelaki yang saya kira seusia ayah saya itu. Badan Pengurus lain yang memeluknya juga kelihatan sayu dan sebak.

Kemudian, kami berpindah ke bilik sebelah. Menziarahi seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 5 tahun bernama Nur. Nur ditemani ibunya yang kelihatan sayu menerima kunjungan kami. Ibunya juga tidak banyak berbicara. Mungkin sudah kering air mata untuk ditangisi atau juga ada perasaan marah dan tidak berpuas hati kepada kami dan dunia yang hanya berputih mata melihat kezaliman dilakukan ke atas mereka. Tiada sensitiviti terhadap Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa. Maafkan kami, ibu! Hanya itu yang mampu kami lafazkan. Sepanjang kunjungan kami, Nur tidak dapat berkata-kata walau sepatah kalimah. Dia cedera di kepala dan kaki. Seperti yang dilaporkan, kebanyakan mangsa peperangan baru-baru ini terdiri dari kanak-kanak terutama pada hari pertama serangan Israel yang mengebom sekolah. Apakah dosa kanak-kanak seperti Nur ini? Kerana kanak-kanak ini akan membesar kelak serta mereka inilah akan menjadi tunas-tunas yang akan memusnahkan cita-cita Israel kelak. Oleh itu, kanak-kanak inilah yang harus dibunuh seramai mungkin pada hari ini. Seawal usia 5 tahun seperti Nur itu, terlalu sukar baginya untuk menerima keadaan sengsara yang berlaku. Tentu ada kalangan keluarganya yang syahid dibunuh. Tentu juga dia memikirkan nasib teman-teman sepermainannya yang entah di mana sekarang ini. Sukar baginya untuk menerima semua itu tapi itulah hakikat yang perlu Nur terima dan membesar dalam suasana itu.

Berlainan pula nasib kawan-kawan seusia Nur di tempat lain seperti Mesir, Malaysia dan seluruh dunia lain. Mereka dapat bergembira bermain dengan kawan-kawan, dibelai oleh kedua ibu bapa, mendapat kasih sayang bersama adik-beradik serta dihantar ke sekolah oleh ibu untuk menentukan masa depan. Namun semua itu tiada buat Nur. Masa depannya kelam dan ibunya hanya mampu menemaninya di katil hospital.

Seorang lagi mangsa yang kami temui bernama Ahmad,usia awal 30-an. Matanya buta dan seluruh badannya luka. Kami bertanya seorang lelaki tua disebelahnya dan dia perkenalkan mangsa itu adalah anaknya. Dia menceritakan, ketika bom digugurkan, Ahmad ketika itu sedang memandu kereta lalu menyebabkan cermin keretanya pecah hingga menyebabkan mata dan seluruh anggota badannya luka teruk. "Hasbunallahu wani'mal wakil!" ucap ayahnya sambil menyuapkan makanan ke mulut anaknya yang tersayang itu. Ahmad kini tidak dapat melihat dunia lagi. Itulah kekejaman Israel yang telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah hingga tiada lagi sifat perikemanusiaan pada mereka. Di akhirat nanti, mereka pasti dibutakan mata mereka oleh Allah.

Seorang lagi mangsa yang kami temui, seorang pemuda. Juga tidak dapat bangun menyambut kedatangan kami. Ketika kami masuk ke biliknya, beliau sedang membaca Al-Quran. Tasbihnya juga ditangan. Lidahnya tidak lekang dengan zikir. Juga tidak banyak berbicara. Seorang teman saya bertanya kepada seorang teman yang menemaninya yang memperkenalkan diri sebagai saudara mangsa. Mereka berasal dari sebuah kampung di Gaza, (saya tidak ingat nama kampung yang disebut). Katanya, itu kampung tempat kelahiran Syeikh Ahmad Yasin. Ketika kami meminta izin untuk meninggalkannya,saya peluknya, ketika itu mulutnya berbicara, "Allah akan menghancurkan Israel! Neraka jahanam bagi mereka." Sayu dengan kata-kata semangatnya saya membalas, "Allah sudah menjanjikan Neraka Jahanam buat mereka dan mereka pasti kekal dalamnya. Tiada nasib yang baik bagi mereka selepas mati nanti." Dia tersenyum mendengar kata-kata saya itu. Senyumannya itu pasti dari hatinya yang ikhlas yang tidak mati kerana sentiasa mengingati Allah. 'Misi ziarah' kami ini berakhir jam 9 malam. Namun mangsa yang ditempatkan di wad ICU tidak dapat kami lawati kerana menurut Mohsin, pembantu dalam misi kami itu, waktu melawat bagi ICU hanya dibenarkan dari jam 1 hingga 6 petang.

Sewaktu dalam perjalanan keluar dari hospital, kami sempat menziarahi tiga lagi mangsa yang baru tiba dari Hospital 'Arisy.Seorang dari mereka kehilangan tangan kanan, dirawat dalam bilik kecemasan. Seorang lagi parah, kakinya cedera teruk. Dia terpaksa menggigit selimut yang menyelimutinya kerana menahan kesakitan yang teramat. Sedih melihatnya, tapi sedih dan pedih lagi orang yang menanggungnya. Kami bersalam dan menghulurkan sumbangan kami kepadanya. "Doakan kami semua, orang yang sakit dekat dengan rahmat Allah," minta saya. "Kamu juga jangan lupa mendoakan kami,"katanya.

Sesungguhnya pengalaman menziarahi mangsa perang ini satu pengalaman baru buat kami. Ia bukan sekadar rehlah atau jaulah suka-suka, bahkan mampu melembutkan hati. Pertama, terasa syukur kepada Allah dengan apa jua nikmat yang diberi. Anggota tubuh, nikmat sihat, keluarga, ayah, ibu serta nikmat keamanan dan entah pelbagai lagi nikmat-Nya yang tak terhitung banyak. Kedua, mengingatkan hubungan persaudaraan dalam Islam. Walaupun berlainan kulit, bangsa, negara dan benua namun kekuatan ukhuwah Islam mengatasi semua itu. Bahkan hubungan persaudaraan dalam Islam lebih kuat dari hubungan kekeluargaan. Mereka bukan mangsa biasa yang cedera akibat kemalangan atau pergaduhan seperti yang biasa kita lawati di hospital di Malaysia, mereka adalah mangsa kazaliman Israel. Kerana kebanyakan mereka memberikan sokongan kepada Hamas. Masih ingatkah lagi kita beberapa tahun lalu Hamas menyertai pilihanraya dan memenanginya hingga menguasai Semenanjung Gaza. Pimpinan mereka, Ismail Haniyah dilantik Perdana Menteri namun dunia enggan mengiktirafnya. Kerana dendam kepada Hamas, mereka rakyat awam menjadi mangsa.Walaupun pencerobohan Israel telah berakhir baru-baru ini, namun kesengsaraannya masih berterusan. Apatah lagi dengan sebilangan periuk api yang ditanam oleh askar Yahudi yang masih terdapat di kawasan Gaza serta udaranya yang tidak sihat akibat kesan penggunaan fosforus putih yang digunakan oleh Israel. Bagaimana pula dengan mereka yang kehilangan keluarga dan orang tersayang? Tentunya ia bukan sekadar penyeksaan fizikal akan tetapi mental terutama bagi kanak-kanak yang trauma dengan bedilan roket dan bom berangkai yang digugurkan. Semuanya ini akan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Cukup kejam!

Walaupun diuji oleh Allah sedemikian rupa, namun mereka mampu besabar. Semangat mereka begitu kuat dan tabah. Mungkin itulah tarbiyah yang diasuh oleh pejuang mereka seperti Syeikh Ahmad Yasin. Allah telah memilih mereka sebagai mujahidin dan mereka telah diuji. Kita pada hari ini belum diuji dengan sedemikian rupa. Firman Allah dalam Al-Quran, "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat memasuki syurga sedangkan belum datang kepada kamu ujian seperti orang-orang yang terdahulu dari kamu, mereka diuji serta digoncang hingga berkata Rasul dan orang-orang mukmin dari mereka seraya berkata "Bila lagi pertolongan Allah?" Ketahuilah bahawa pertolongan Allah amat hampir." Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan buat Palestin, PMRAM masih mengalu-alukannya. Di samping itu, kempen memboikot barang dan produk Amerika serta Yahudi tetap dan masih diteruskan. Juga antara usaha kita lagi ialah bacaan qunut nazilah serta solat hajat kita hendaklah berterusan selagi mana ada negara haram Israel. Semoga Allah membantu kita semua.

p/s:acik pada hari tu,bertindak sebagai wakil PMRAM Multimedia Centre(PMC)..so acik kna rakam video n gambar sepanjang prgrm ni.acik xdpt nk berborak ngn pesakit2 ni.hanya dgr sahabat2 yg lain je bertanyakan ahwal pesakit2 ni..tiada kata yg dpt diungkapkan ketika melihat penderitaan yg dialami mangsa.menitis airmata..thanx buat boss,Ust Malik sbb sudi nukilkan sdikit coretan buat tatapan sahabat2 lain.pengalaman yg ckup menarik dan bernilai bagi acik.walaupun xdpt berjuang di bumi suci Al-Quds,namun sekelumit usaha yg kami buat ini kami pohon yg Maha Esa tuk membalasnya.Bersaksilah bahawa kami bersamamu Palestin!!!


Ustaz Khusaini sedang memberikan taklimat ringkas sebelum memasuki wad

antara BP,YDP,dan wakil yg hadir..

3
Ustaz Abdul Muin (kiri) n Ustaz Azharuddin ketika melawat pesakit


Ustaz Khusaini kelihatan menyampaikan bantuan





wajah sayu..mangsa kehilangan kedua belah kakinya..

Acik pun nk nk bergambar juga? [url]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net