acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 00:16 Email | Share | Bookmark
Ijtima' Umumi

HEWI PMRAM
Nadi Riyadhi
 
 
 
 
26 Mac - Mengadakan mesyuarat atau berbincang merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh Baginda s.a.w. pada hayatnya. Walaupun Baginda s.a.w merupakan Nabi dan Rasul, Baginda s.a.w tetap berbincang dengan para sahabat Baginda s.a.w selagi mana tiada wahyu atau perintah dari Allah.

Demikian ditegaskan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 atau Ijtimak Umumi kali ini. Majlis yang berlangsung di Nadi Riyadhi, Madinah Nasr itu dihadiri lebih 600 orang perwakilan dan pemerhati. Majlis perasmian bermula sekitar jam 8 pagi sebaik sahaja para perwakilan mengambil tempat.Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Ustaz Husni Ali Hasan yang juga Yang Dipertua BKAN Melaka. Sebelum ucapan perasmian, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) dan Muktamar HEWI PMRAM (MHP), Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta pihak yang menjayakan MSP dan MHP kali ini. Selepas ucapan perasmian, Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar telah melancarkan gimik parsmian dengan menarik tali kain rentang yang tertera "Kita PMRAM" serta melancarkan buku tulisan Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad bertajuk "Khilaf Adab dan Disiplin" serta terjemahan Nihayatul Sul oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang disumbangkan untuk Tabung Dana Apartmen (Syaqah) PMRAM.

jtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 hari ini menerima empat usul yang dikemukakan oleh para perwakilan yang hadir. Sesi usul dan cadangan itu dikemukakan sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja selesai sesi pembentangan penyata kewangan. Usul pertama dikemukakan perwakilan dari DPM Zaqaziq, Ustaz Mumtaz Haron yang berbunyi "Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul." Usul ini kemudian dibahaskan dengan panjang oleh para perwakilan dan kesemuanya menyokong usul tersebut.

Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail yang mengendalikan muktamar mengumumkan usul ini diterima sebulat suara.

Usul kedua yang diterima muktamar dibawa oleh Ustaz Mohd Firdaus Mazlan dari Selangor dengan usul "Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM". Perwakilan yang bangun menyokong usul tersebut turut membangkitkan masalah yang berlaku kepada Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan (BAKANS) dan terbaru kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP).

Usul ketiga yang juga diterima sebulat suara dengan matan usul "Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."

Manakala usul keempat berkenaan usaha menjayakan Dana Syaqah PMRAM yang dibentangkan oleh Naib Presiden III PMRAM, Ustaz Khusaini Md.Yusof dan dicadangkan oleh Penasihat PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang mencadangkan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun telah diterima dengan undian.

Bagi usul kelima, iaitu berkenaan menangani kejatuhan prestasi akademik ahli dengan melaksanakan dua langkah berikut iaitu pertama tidak boleh mengadakan sebarang program pada waktu kuliah kecuali setelah mendapat keizinan dari Presiden PMRAM dan kedua tidak membenarkan mereka yang istisnak memegang jawatan pada peringkat BKAN, DPM dan PMRAM.

Usul ini walau bagaimanapun mendapat bantahan dari perwakilan dan dicadangkan dibawa ke muktamar akan datang.

http://pmram.org

Banner muktamar






Penasihat PMRAM | Ust Hairul Nizam










Penasihat PMRAM










Presiden PMRAM 08





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net