acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 00:47 Email | Share | Bookmark
Dialog Perdana PMRAM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
7 April-PMRAM telah menganjurkan Dialog Perdana bersama Kepimpinan PMRAM 2009 bertempat di Dataran Hayyul 'Asyir.Majlis anjuran Badan Penerangan dan Penerbitan itu merupakan program tahunan yang dijadikan programpembuka tirai bagi setiap sesi. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin serta burdah yang dikendalikan oleh Naib Presiden I, Ustaz Mohd Azrul Ismail merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad mengimami solat Isyak dan hajat. Para hadirin kemudian mengaminkan doa munajat yang dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.

Solat hajat serta munajat itu diadakan bagi keselamatan PMRAM serta peperiksaan yang bakal menjelang.Sebelum memulakan majlis dialog, pengerusi umum, Ustaz Hanafi Zulkapli, mantan Badan Pengurus PMRAM mengendalikan majlis dengan menjemput pimpinan PMRAM mengambil tempat di atas pentas.

Dialog perdana kemudian dikendalikan oleh Timbalan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad. Dialog tersebut dibahagikan kepada tiga pusingan, pertama taaruf dari Badan Pengurus serta AJKT HEWI PMRAM yang turut dibantu dengan slide yang memaparkan gambar serta biodata Badan Pengurus berkaitan. Pusingan kedua, para hadirin bertanyakan soalan serta memberikan pandangan dan ketiga ucapan penggulungan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad.

Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam. Para hadirin mengambil peluang kepada pimpinan PMRAM dnegan mengajukan pelbagai persoalan serta cadangan dan idea masing-masing. Mereka yang hadir turut menyentuh berkaitan tuduhan kepada PMRAM sebagai pembangkang yang menjadikan majlis 'panas' seketika.

http://pmram.org/

pengerusi majlis l Ust Hanafi



Penasihat PMRAM


gerai jualan PMRAM...barangan Badan Ekonomi PMRAM..










ta'aruf l Presiden


ta'aruf l Timbalan Presiden


ta'aruf lNaib Presiden I


ta'aruf lNaib Presiden II


ta'aruf lNaib Presiden III


hadirin yg hadir






















BP PMRAM



HEWI PMRAM








Disebalik tabir

















pelapis pejuang islam



sesi soal jawab l Ramah mesra bersama pimpinan







pejuang kecil












jawapan balas




Penutup l Bersurai l kemas





Tulang belakang PMRAM






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net