acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 00:50 Email | Share | Bookmark
Munajat Perdana PMRAM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
12 April- PMRAM telah menganjurkan Majlis Munajat Perdana dan Motivasi Kecemerlangan melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa bertempat di Rumah Johor Baru, Raba'ah. Program tersebut menjadi program yang lazim bagi PMRAM tatkala hampir menjelang musim peperiksaan. Majlis yang bermula dengan bacaan Yaasin kemudian diikuti dengan solat sunat hajat itu, telah dihadiri kira-kira 350 orang ahli PMRAM tidak kira dari jurusan Pengajian Islam mahupun penuntut di fakulti Perubatan. Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat itu diketuai oleh Naib Presiden I PMRAM; Saudara Mohd Azrul bin Ismail kemudian disusuli oleh slot motivasi yang telah diisi oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir, Tuan Haji Ahmad Hanif bin Haji Naim. Pengisi merupakan seorang yang amat berpengalaman dalam bidang kaunseling dan pentadbiran yang telah mengenengahkan tentang strategi pembelajaran serta bagaimana mahu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang melalui cara-cara yang sesuai untuk digunakan.

Bersesuaian dengan konsep motivasi, para hadirin amat berpuas hati dengan cara dan kupasan idea yang telah diberikan melalui slide yang dipaparkan oleh pihak pengisi. Dewan yang pada mulanya dilihat agak luas, menjadi agak sempit apabila para hadirin mula memenuhinya ketika slot motivasi dijalankan. Pihak pengurusan program terpaksa beberapa kali melakukan anjakan kepada hadirin yang hadir supaya tetamu yang hadir agak lewat dapat memenuhi ruang dalam dewan Rumah Johor.

Para hadirin juga berpeluang mengajukan persoalan bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui ilmu yang telah dipelajari. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada pengisi slot motivasi sebelum majlis berakhir. Program berakhir kira-kira jam 11 malam.

http://pmram.org

























View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net