acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-May-2009 19:36 Email | Share | Bookmark
Misi Dana Syaqah

 
 
 
 
 
 
Misi Dana Syaqah PMRAM

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah yang telah mempertemukan kita dengan nikmat Islam dan kesatuan.

Islam mengajar umatnya akan semangat bantu- membantu pada perkara kebajikan dan taqwa.Signifikan dari semangat kerjasama tersebut,PMRAM berhasrat tinggi menjayakan projek Dana Syaqah seterusnya melaksanakan usul Muktamar PMRAM ke-76 baru-baru ini yang berbunyi;

“menjayakan pembelian Syaqah PMRAM akhir 2009”

Usul daripada persepakatan ahli PMRAM akan dibawa dalam mekanisma yang terancang.Kempen ini mengingatkan kita nostalgia kehilangan pemilikan Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA) sejak sekian lama.Bertitik tolak dari itu,PMRAM memilih jalan penyelesaian dengan melancarkan Misi Dana Syaqah PMRAM 2009 demi kepentingan bersama.

Nostalgia Silam
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir bagi menaungi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Republik Arab Mesir.Persekutuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1930 dan didaftarkan di bawah pihak Kementerian Kemasyarakatan Mesir pada tahun 1956 sehingga sekarang.

Sebelum ini segala gerak kerja kepejabatan dan aktiviti PMRAM beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA) dan menjalankan aktiviti di rumah-rumah negeri.Namun setelah itu PMRAM tidak lagi dibenarkan menjalankan operasi dan aktivitinya di tempat-tempat tersebut oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Ketika mana pejabat PMRAM di ARMA dipalang pada tahun 1994 dan tidak dibenarkan beroperasi sehinggalah sekarang dan dalam waktu yang sama penghantaran warden di rumah-rumah negeri menyukarkan PMRAM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada ahli malah Persekutuan langsung tidak diberi ruang untuk masuk ke rumah negeri bahkan iklan-iklan juga tidak dibenarkan.

Rentetan dari peristiwa ini,kini PMRAm telah menjalankan operasinya dengan menyewa sebuah apartmenmilik rakyat tempatan dengan kadar sewa bulanan sebanyak LE1300.Sewaan di lokasi ini telah memakan masa selama hamper 12 tahun dan kadar sewaan tersebut meningkat dari tahun ke tahun dan bermula November 2008 sewa pejabat PMRAM mencecah LE1800 sebulan .

Oleh yang demikian,atas kesedaran ahli PMRAM sendiri telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat memiliki sebuah apartmen sendiri sekaligus menjadi pejabat rasmi PMRAM.Ini adalah satu usaha yang baik sekaligus dapat menjimatkan kos pembayaran sewa pejabat yang kini mencecah ribuan ringgit.

Pada tahun 2006,PMRAM telah meletakkan anggaran nilai LE 1.5juta dapat dikutip daripada sumbangan semua ahli PMRAM maka PMRAM telah melancarkan Tabung Dana Syaqah PMRAM.Pelbagai usaha dan cara telah diberikan oleh ahli PMRAM agar dapat mencapai misi ini.Bertitik tolak dari sini Tabung Dana Syaqah PMRAM terus diperkasa saban tahun dengan kesinambungan misi PMRAM yang lepas.

Pada tahun ini dibawah Naib Presiden III ,Badan Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM terus memperkasakan perancangan yang telah diaturkan untuk memiliki pejabat rasmi PMRAM.Sasaran PMRAM untuk mencapai hasrat ini sehingga akhir tahun 2009 ini.Marilah sama-sama kita memperkasakan Tabung Dana Syaqah PMRAM pada tahun ini.

Tujuan Pelancaran Dana Syaqah PMRAM
-Melicinkan perjalanan pentadbiran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
-Mengurangkan perbelanjaan bagi kos sewaan pejabat dan urusan kepejabatan yang semakin bertambah
-Mempunyai hak mutlak di atas pengurusan pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.


Pelancaran 2 kitab semasa Muktamar Sanawi







"Kita PMRAM"


p/s: penat acik panjat kt atas tu..nk pasang banner ni punya pasal..semangat "kita PMRAM"..hehehehe.

.

p/s:2 buku ini adalah bagi menjayakan misi dana syaqah PMRAM.Buku yg pertama adalah "Terjemahan Nihayah Al-Sul-Huraian Kepada Minhaj Al-Wusul" (Usul Fiqh). Terjemahan oleh mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 07 Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.Buku kedua pula adalah "KHILAF - Prinsip & Disiplin karangan Ustaz Abdul Muizz Muhammad,Presiden PMRAM sesi 09..Buku ini telah dirasmikan pada 26 Mac 2009 ketika Muktamar Sanawi PMRAM yg lalu dan kini telah mula dijual.Bagi sesiapa yg berminat boleh membuat tempahan di talian +20109183779. (Saudara Azlan Alias,BP Ekonomi PMRAM)


blog Dana Syaqah PMRAM http://danasyaqah.blogspot.com/

Bagi mahasiswa-mahasiswi Mesir yang sudah pulang ke Malaysia mahupun masyarakat luar yang ingin menghulurkan sumbangan dalam menjayakan "MISI SYAQAH PMRAM 2009". Anda boleh menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun HSBC.

No Akaun : 001-017193-011
Atas Nama : Hairul Nizam bin Mat Husin



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net