acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-May-2009 22:53 Email | Share | Bookmark
Selamat Menghadapi Imtihan

imtihan
 

bksam.org

Adakah anda tahu?

Prinsip memori

“MINAT”
Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya.Anda mesti mempunyai sebab mengapa anda mahu mengingatinya.Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada di dalam kelas.Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada sesuatu matapelajaran atau pada seorang guru,lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda.Langkah-langkah seperti berikut mungkin boleh membantu anda:
-Dapatkan rakan yang hebat dalam matapelajaran tersebut
-Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya.
-Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai matapelajaran tersebut.Mulakan sedikit dahulu,apabila anda menguasai,walaupun sedikit,anda akan mula lihat bahawa anda mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.Minat mula berputik.
-Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari.Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut.

Kaedah Hafazan al-Quran

-Pastikan berwudhu’ sebelum menghafaz Al-Quran
-Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz.Disarankan pada waktu pagi dan setiap kali selepas solat dan elakkan pada waktu tengahari dan petang.
-Kenal pasti kekuatan ingatan sebelum mulakan menghafaz.
-Mulakan hafazan dengan amalan doa dan sebagainya.
-Baca dengan bertajwid serta kelancaran yang fasih.
-Ulang ayat yang telah dihafaz dengan kadar dapat mengingati semula ayat tersebut dengan baik dan lancar sebelum membuat hafazan yang baru.
-Tidak perlu berpindah kepada ayat yang seterusnya selagimana masih kurang lancar.
-Gunakan kaedah BACA-HAFAZ-INGAT-ULANG
-Hafaz dalam keadaan tidak terlalu kenyang dan tidak pula terlalu lapar atau letih.
-Berhenti seketika dalam 10 minit jika peruntukan masa hafazan adalah 1jam begitu juga untuk seterusnya.
-Apabila diyakini sudah lancar boleh buat semakan(tasme’) bersama rakan.
-Sebelum meniggalkan hafazan ulang semula dari ayat permulaan hafazan kita hingga ayat terakhir kita berhenti sebanyak 5 atau 7 kali.
-Sekiranya sudah selesai lakukan ulangan hafazan di dalam solat fardhu ataupun sunat..

7 perkara yang menghairankan
1- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati ,tetapi masih ketawa.
2-Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,tetapi masih mencintainya.
3-Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir ,tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,tetapi masih melakukan dosa.
6- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal Allah dengan yakin,tetapi masih mengingati selainNya.
7- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya.tetapi masih mahu mematuhinya.

Saidina Uthman Bin Affan



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net