acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-May-2009 21:04 Email | Share | Bookmark
Berita dari Malaysia..Perginya Seorang Guru

Assalamualaikum....Mesej yang acik terima ptg td dr ayahanda,sekitar jam 6ptg wkt mesir memaklumkan "Ayah da selamat kembali ke rahmatullah jam 8.40mlm td" Iaitu pada 16 Mei 2009,jam 8.40 mlm waktu Malaysia..Beberapa minit kemudian mesej yg sama Acik terima dr Kak Key..Suasana sedih mula menyelubungi ketika Acik membuat panggilan ke Kelantan..Che Su yg menjawab panggilan Acik..Ketika semua guru menyambut Hari Guru pada hari ini,seorang guru yang saya cukup sayangi pergi menghadap Ilahi..Beliau lebih dikenali dengan Pok Su Wei oleh anak-anak murid yg pernah menuntut ilmu Al-Quran dengan beliau.

Masih teringat lagi pada ucapan akhir Tok Ayoh ketikamana Acik ingin ke mesir, "kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi didunia,jika ajal menjemput,tak tahu siapa yang pergi dulu...,kita akan bertemu di syurga.mudah-mudahan..."

Hampir 30 tahun Tok Ayoh mengidap stroke..lumpuh sebahagian tubuhnya.Namun solatnya tidak pernah ditinggalkannya..Moga Allah berikan ganjaran pahala buar Allahyarham.Al-Fatihah buat Tok Ayoh..Moga Allah tempatkan beliau dikalangan tempat orang-orang yang beriman..



Sejak seminggu selera Tok Ayoh mula berkurangan..Bagaikan hempedu setiap apa yang ditelannya..Semuanya terasa pahit..Hanya kalimah "Ayoh dah tak lama dh ni..."
Menjelang maghrib tadi,Tok Ayoh mula bertanyakan sesuatu kepada anak-anaknya..Namun percakapannya kurang difahami butirannya..Tok Ayoh meminta Pak Do Pa,Imam Masjid kampungnya untuk datang ke rumah untuk bertanyakan sesuatu..

Persoalan yang kurang difahami butirannya itu tadi adalah suatu soalan Fiqh. "BOLEHKAH KAIN IHRAM DIJADIKAN KAIN KAFAN?" Kemudian Tok ayah melanjutkan perbualannya bersama Pak Do Pa..Namun Pak Do Pa minta untuk solat maghrib dahulu.Jawab Tok Ayoh..."Ayoh nak pergi.isyak ni.



Acik :

Sedih sgt sebab xdapat tgk Tok Ayoh buat kali yang terakhir..masakan nk ambk gambar bersama..xdapat nk urut tok ayoh lg..Makluman yg diterima,majlis pengebumian akan dijalankan esok..sekitar jam 10 pg waktu malaysia..& jam 1.30 ptg wktu mesir,acik sedang menduduki peperiksaan Tahriri Al-Quran..doakan acik tabah di sini...[i]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net