Want your
own Fotopage?






 
acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-May-2009 08:24 Email | Share | Bookmark
Khazanah Peninggalan Firaun l.a

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam kembara..

KHAZANAH PENINGGALAN FIRAUN



Piramid atau Ahram didalam bahasa Arab, adalah merupakan lambang kemegahan dan kejayaan kerajaan Mesir Kuno lampau yang sudah cukup sinonim dengan bumi Mesir ini.Bila sebut sahaja pasal Negara Mesir,terlintas di benak kita bayangan bentuk segitiga empat muka yang bebucu empat,serta segiempat di bahagian bawahnya sebagai tapak binaan ini.Gambaran yang cukup jelas untuk menerangkan tentang kemegahan tamadun Mesir kuno ini suatu ketika dahulu. Tamadun yang dibina atas dasar kemegahan,pembangunan lahiriah tanpa menitikberatkan nilai-nilai batiniah yang merupakan teras dalam pembangunan modal insan dalam sosiobudaya sesuatu masyarakat.

Tidak melampau jika saya katakan bahawa anda belum lagi dikira sampai ke Mesir tanpa melihat piramid dari dekat.Sepertimana juga penulis,pada mula menjejakkan kaki ke Ardhil kinanah ini dahulu,sememangnya tidak berminat untuk melihat piramid,apatah lagi mengetahui sejarah piramid itu sendiri.Penulis merencanakan untuk melawat tempat-tempat lain di sekitar Mesir dahulu seperti semenanjung Sinai,tempat penuh bersejarah bagi musuh firaun ini,iaitu Nabi Allah Musa a.s.

Namun begitu,atas sebab menjadi musyrif bagi mahasiswi perubatan Mansurah,penulis bersama seorang sahabat,Ustaz Khairullah Hasim serta 13 mahasiswi yang lain menjejaki sejarah makhluk yang dikutuk oleh Allah s.w.t ini.

Kembara kami bermula dengan menjejaki makam auliya’ dan ulama’ di sekitar kota Kaherah.(Kembarasufi la gamaknya..)Namun apa yang ingin penulis nukilkan adalah berkaitan piramid.Untuk mengetahui berkaitan masjid-masjid serta makam-makam auliya’ dan ulama’ rahimahumullahu anhum,Insya Allah penulis akan ceritakan pada masa akan datang.

Ramai yang menyangka bahawa piramid di Mesir hanya terdapat tiga sahaja seperti yang ada di Giza.Namun begitu,hakikatnya terdapat tidak kurang dari 97 buah piramid terdapat di seluruh Mesir.Hanya saiznya sahaja lebih kecil berbanding piramid di Giza.Sebahagian piramid tersebut terdapat di Sakkara (25km dari Kaherah) yang merupakan piramid tertua di Mesir seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Khairullah.Mungkin kerana telah lapuk dek hujan,lekang dek panas,menjadikan bentuk piramid yang dibina oleh Raja Zoser ini terhakis binaannya.Sebahagian piramid yang lain terdapat di kawasan Wastha (90 km selatan Kaherah).

Namun begitu,Piramid Giza adalah yang tersohor berbanding piramid yang lain serta sering dilawati oleh para pelancong dari dalam mahupun luar Negara.Oleh kerana itu ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan piramid Sakkara sirna dek kemasyhuran piramid Giza.

Meskipun cuaca pada ketika itu tidak mengizinkan kami untuk menjejaki sejarah Firaun ini,dalam keadaan ribut pasir,debu bertaburan,angin yang kuat namun berbekalkan semangat mahasiswi Mansurah,mereka sanggup untuk meredah rebut pasir ini,kami selaku musyrif terpaksa juga menggagahkan diri untuk melawati antara 7 perkara ajaib di dunia ini dengan bayaran LE 30 seorang.

Setelah meredah ribut pasir lebih kurang 10minit untuk sampai ke kaki piramid Khufu,Ustaz Khairullah menerangkan kepada ahli rombongan tentang ahwal dan sejarah piramid ini.Tiga piramid utama di Giza adalah
1)Khufu (Cheops)
2)Khufra’ (Chepren)
3)Munqara’ (Mycerinos)
Piramid terbesar (Khufu) didirikan oleh Raja Cheops pada tahun 2690 sm yang memakan masa selama 20 tahun untuk didirikan sekaligus diabadikan nama beliau kepada piramid ini.Mempunyai keluasan 52936 m2 dengan 2.5juta ketul batu besar dengan berat setiap satu sekitar 1.5-2 tan.Tinggi piramid ini pada asalnya adalah 146m.Namun pengaruh alam sekitar dan peredaran zaman telah mengakibatkan terhakisnya bahagian puncak dan luar piramid ini secara keseluruhannya menjadikan ketinggiannya hanya 136m.

Menurut cerita Ustaz Khairullah,bahagian dalam piramid Khufu terdapat lorong yang panjangnya 105m menuju tiga ruang bilik.Bilik pertama berada di bahagian bawah ,namun belum sempurna dipahat.Dua bilik lagi terdapat di bahagian atas, salah satunya merupakan tempat penyimpanan mumia Raja Khufu.

Menurut sejarawan Mesir,Zahi Hawas,menafsirkan bahawa diantara sebab pembuatan bilik raja Khufu di bahagian atas adalah kerana Khufu menganggap dirinya adalah dewa Ra (Dewa Matahari) yang berhak disembah.Pelbagai persoalan timbul tentang teka-teki ruang kecil dan lubang-lubang sempit yang banyak terdapat di dalam pyramid.Mungkin ada yang tahu mengapa?boleh perjelaskan kepada saya.

Menurut sejarawan itu lagi,piramid Khufu adalah yang termegah peniggalan Mesir kuno kerana tidak ada bangunan terhebat yang dibangunkan sebelum dan sesudah piramid ini hatta piramid Khufra sendiri yang dibangunkan selepasnya lebih kecil berbanding piramid Khufu.Namun kedudukannya yang lebih tinggi Nampak seakan-akan sama ketinggiannya.

Di sebelah Piramid ini dibangunkan Muzium Solar Boat di mana didalamnya terdapat perahu kesan peninggalan Mesir kuno.Mungkin inilah perahu yang digunakan oleh Firaun untuk belayar di sungai Nil.Perahu ini ditemui di sebelah piramid Khufu,dimana kesan galiannya boleh dilihat sehingga hari ini.

Kembara kami diteruskan lagi ke piramid yang kedua,iaitu piramid Khufra’ (Chepren) yang diapit dua oleh piramid lain.Dibangunkan oleh Raja Chepren,putra kepada Raja Cheops pada tahun 2650sm dengan panjang setiap sisinya 214m dan ketinggian 136m.Di bahagian puncaknya masih tersisa batu kapur asli yang melapisi sisi piramid yang belum terhakis usia.

Piramid seterusnya adalah Piramid Munqara’(Mycerinos) yang didirikan pada tahun 2600sm dengan ukuran lebih kecil dari dua piramid yang lain.Tingginya 62m dan panjang setiap sisinya 104m.

1


2


3


4


5


6


7


8


9


10


11


12


13


14


15


16


17


18& 19 l Ust Khairullah


20


21&22 angin kuat..bagai nk terbang rasanya...


23


24


25


26


27


28 kalau nk bli souvenir jgn la bli kt area ni..maha po beday..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net