acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Jun-2009 21:10 Email | Share | Bookmark
duit oh duit...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Utk entry kali ni,acik hanya guna kamera benq E1050..saje nk uji mode 'Text' yg ade pd camera ni..biasanya mode ni digunakan tuk merakam teks..dlm jarak objek yg dekat..
so acik guna la mode ni tuk hasilkan pic duit yg acik kumpul ni..hehehe..mmg minat kumpul duit dr kecik..sebabnya,kalau dh xde duit sgt,duit ni la yg akan acik guna..huhuhu...last choice yg ade..nk hidup mst bijak..hehehe..tu kata org2 tua kt surau Muhajirin kt KIP Sg Choh..hehehehe..

Kadang2 duit syiling ni mmg xberguna bg sesetengah org,sbb nilainya kecil..tp bla dh byk,besar jgak nilainya..kata org,sikit2 lama2 jd bukit...mcm menara yg xberapa nk siap yg acik wat ni la..huhu..pada asalnya acik ada lebih kurang 200 keping duit syiling LE 1 ni..tp bla dh sengkek,duit ni la yg akan acik gunakan..so sekarang ada dlm 160 keping je..lg satu duit rubu' ataupun 25 piasters..klu org kedah kata 25kupang la..sebab utamanya,duit ni berlubang kt tgh2 nya..
bleh la nk sangkut kt mana2..n duit ni la jgak yg jd zip kt sweater acik..bla org arab tgk mst dorg akan tegur..sbbnya duit ni mcm xde nilai je bg dorg..tp pd acik,duit ni pnuh dgn nilai seni..hehehe..biar pun duit ni skit nilainya tp ia tetap duit..terpulang la pd kita utk menghargai duit..jgn terlalu boros dlm berbelanja..itu pesan umi n abah acik..sbb acik tau dorg susah nk cri duit ni..dgn duit mereka jgak la acik boleh ke mesir..

Dalam kegawatan ekonomi ni,nk cri duit cukup susah..ramai yg terpaksa menganggur..
yg kna buang kerja pun ramai..tp kita kna percaya bahawa rezeki itu dtgnya dr Allah.jgn risau tentang duit..yg penting usaha..tepuk dada tanya iman..jgn tanya Aiman,nti dia jawab..."Aiman xkesah...."

Agak-agak cukup x nk buat bli camera baru,laptop sebiji,bli tiket blk msia..buat hantaran meminang anak dara pak mad?ermm..mungkin inilah sbb org xmo duit syiling ni... hehehe..apa yg acik boleh kongsikan,menabung menjamin masa depan..



Quote:
WASHINGTON - Simbol permotoran Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) mengisytihar muflis semalam dalam perkembangan yang disifatkan sebagai tamparan hebat ke atas industri automotif negara berkenaan.

Berikutan pengumuman tersebut, kerajaan AS akan mengambil alih pengurusan GM yang sejak bertahun-tahun lalu merupakan syarikat terbesar di dunia dan merupakan mercu tanda kemakmuran ekonomi AS.

"Perisytiharan itu membawa impak besar ke atas AS kerana GM lebih daripada

sekadar sebuah syarikat, ia dianggap ikon negara," kata seorang profesor Universiti Clark, Gary Chaison.

Semalam, beberapa pegawai kanan AS berkata, mereka berharap proses pertukaran pengurusan itu akan berjalan lancar dan memakan masa di antara 60 hingga 90 hari.

Selepas tempoh tersebut, GM akan bebas daripada perlindungan muflis dan muncul sebagai sebuah syarikat yang lebih tersusun.

Kerajaan AS akan menyuntik dana tambahan AS$30.1 bilion (RM104.4 bilion) bagi membantu penstrukturan semula GM di bawah perlindungan mahkamah dan akan mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebelum ini kerajaan AS sudah memberikan pinjaman mencecah AS$19.4 bilion (RM67.2 bilion) kepada GM.

Turut menyumbang bantuan kewangan termasuk kerajaan Kanada dan kerajaan wilayah Ontario yang memiliki beberapa kilang syarikat berkenaan. - AFP


1


2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net