acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jun-2009 23:18 Email | Share | Bookmark
Dunia yang 'satu' lagi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..Salam kembara..

Khamis lalu,Universiti Al-Azhar dan kebanyakan universiti di Mesir bercuti dek kerana kehadiran Presiden Amerika,Barrack Obama ke Mesir.Bagi Acik kehadirannya hanya membuang masa.Sekadar politik murahan tajaan Amerika dan sekutunya..Tiada apa yang ingin dikatakan selain mengulangi tape rakaman lama beberapa presiden sebelumnya..Banyak jalan yang ditutup sempena lawatan beliau.Barua-barua FBI & CIA memenuhi kota Kaherah.Takut-takut peristiwa pembunuhan pemimpin negara seperti Anwar Sadat berulang kembali di Mesir.Kalau dulu pimpinan Mesir,tapi sekarang mungkin Obama.Maka bersiap sedialah segala bala tentera di bumi anbiya' ini.Jadi segala apa yang dirasakan mencurigakan akan terus ditangkap dan mungkin juga ada yang akan kehilangan nyawa.Pesanan 'Abg Long' untuk tidak keluar ke mana-mana kawasan yang menjadi lawatan BO,terus acik pegang.

Selepas waktu zohor,acik diberitakan tentang kematian salah seorang tetamu dari Malaysia yang akan mengerjakan umrah dan berkunjung ke Mesir sebelum ke Mekah.Niat untuk ke Bank CIB acik batalkan bagi menziarahi jenazah Allahyarhamah yang akan dikebumikan di Kaherah.Allahyarhamah meninggal di Hospital Rab'ah pada pagi hari tersebut.Acik sememangnya tidak mengenali Allahyarhamah tetapi dek kerana tuntutan fardhu kifayah ini acik tetap juga menziarahi si mati.Apa yang acik tahu mak cik ni berasal dari Kedah.Bersama-sama dengan pimpinan PMRAM yang hadir jenazah disembahyangkan di perkarangan Rumah Kedah Hayyu Asyir pada jam 2.30 ptg yang diimami oleh Ustaz Jais B Kamus.

Jika berlaku kematian sudah pastinya orang yang paling sibuk menguruskan urusan pemakaman jenazah adalah Ust Syed Aisam( otai PMC)..Acik sempat ke tanah perkuburan bersama-sama sahabat dan pegawai dari Kedutaan Malaysia ke Mesir.Bukan apa,kebetulan ada kereta yang kosong,jadi acik pun ikut sama ke kuburan.Pengalaman pertama semenjak berada di Mesir,inilah kali pertama acik masuk ke kawasan perkuburan Melayu Malaysia di sini.Tergambar bagaimana alam yang 'satu' lagi ini.Sudah cukupkah amalku di dunia ini?Sudah adakah bekalan untuk menerangi alam barzakh ini?Itulah antara persoalan-persoalan yang timbul ketikamana kaki ini menjejakkan kaki ke liang lahad di kuburan tersebut.(jangan anda bayangkan seperti perkuburan di Malaysia kerana kubur disini berbeza).Anda akan dapat melihat jenazah yang dikuburkan sebelum ini.Kerana apa? kubur disini hanya meletakkan jenazah disisi jenazah yang lain.Namun acik tidak dibenarkan mengambil gambar ketika didalam lahad.(gambar2 ni pun curi2 ambik guna hp acik..hehehe.itupun kt luar je..)

1apa yang ditulis dipintu..baca sendiri


2saat jenazah diturunkan ke lahad


3 hadirin yang menziarahi kuburan


4


5


6


7&8


Tambahan dari Acik


gambar ini acik grab dr Friendster Ust Khairul

Alfun Mabruk lil Ustaz Khairul Arifin atas kurniaan yang maha Esa anak yang cukup comel,penyambung generasi ulama keluarga Ustaz Jais Kamus.acik diberitakan kelahiran Al-Fateh ni dr Kak Umi,teman yang sama-sama menjadi fasilitator suatu ketika dahulu.Ust Khairul adalah org yang berperanan sebagai 'boss' kami bagi program-program motivasi dulu..Ketika Kak Umi ceritakan tentang Ustazah Hamizah(isteri Ust Khairul) yang ditinggalkan di Malaysia sementara Ust Khairul berada di Mekah bagi menjalani proses pembelajaran di Jameah Ummul Qura,teringat acik pada kisah Nabi Allah Ismail yang ditinggalkan bersama ibunya oleh Nabi Ibrahim..Sungguh kuat semangat mereka..menitis airmata ini menggambarkan betapa peritnya Ustazah Hamizah sendirian melahirkan anak tanpa suami di sisi..Moga anak yang lahir ini juga akan mengikuti jejak langkah ibu & ayahnya..

entry akan dtg..Islamic circle @ Nil restaurant...

"you'll be happier if you'll give people a bit of your heart rather than a piece of your mind...."


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net