acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Sep-2009 20:10 Email | Share | Bookmark
~Perjalanan harus diteruskan~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Buat Ouled Kenitra...

13 Ogos lalu acik sempat ke Bukit Lanchong bagi menghadiri Majlis Tahlil buat Almarhum Ustaz Asri Ibrahim..Masih segar dalam ingatan ketika mana Allahyarham sempat bersama-sama kami di Konsert Antara Dunia pada 1 Ogos di Stadium Malawati,Shah Alam..2 hari selepas konsert tersebut,kami di Teratak Hijjaz menjemput crew yang telah menjayakan konsert pada malam 1 Ogos..Tujuan majlis tersebut diadakan bagi meraikan ulangtahun Ust Asri yang jatuh pada 3 Ogos dan majlis kesyukuran atas kejayaan melaksanakan konsert Antara Dunia.



Nama beliau sudah tidak asing lagi di dalam arena nasyid tanah air.Tengok sahajalah undangan menyanyi Kumpulan nasyid Rabbani di seluruh tanah air.Tidak melampau jika acik katakan bahawa Rabbani adalah kumpulan nasyid paling popular Malaysia.Gemersik suaranya sudah cukup membuatkan hati ini terpikat pada seni kata dan bait-bait yang dituturkan.Lantas hati ini mudah menerima dakwah dan mesej yang disampaikan melalui irama nasyid..

Namun yang pergi,tetap akan pergi..Darinya kita datang dan kepadanya jua kita kembali..Perjuangan beliau akan terus disambung oleh generasi seterusnya..

Perjalanan acik juga harus diteruskan..

Kami bertolak ke Langgak Tunku,Jalan Duta Kuala Lumpur bagi menemani DJ Kak Ani di dalam slot "sampaikan" pada malam tersebut..acik bersama En Mazlan Omar bertolak menaiki kereta beliau (Estima) dari Bukit Lanchong ke Kuala Lumpur.Manakala Abg Faizal & Abg Munif menaiki kereta masing-masing.Kami tiba di perkarangan IKIM kurang jam 10 malam.Tepat jam 10 malam kami sudah pun berada di dalam konti ikim.fm ditemani oleh DJ Kak ani..

Rancangan secara langsung ini mengambil masa 2 jam bersama pendengar radio Institut Kefahaman Islam Malaysia bermula dari jam 10 malam sehingga 12 t/malam.Pelbagai kenangan yang kami imbau ketika bersama Allahyarham Ust Asri pada permulaan rancangan.



Untuk malam tersebut,kami cuma berempat sahaja yang menjadi tetamu Dj Kak Ani tanpa kehadiran Saudara Isman & Arifin kerana ada hal lain yang tidak dapat di elakkan..Antara tujuan kami dijemput ke radio Islam no 1 negara ini adalah bagi mempromosikan album,buku-buku keluaran Hijjaz dan promosi berbuka puasa di Teratak Hijjaz..


Dj Kak Ani memulakan slot....manakala Abg Faizal menanti untuk memulakan bicara













wasalam..Maaf atas kelewatan..kesulitan amat dikesali...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net