acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Sep-2009 16:49 Email | Share | Bookmark
sana-sini raya..raya..raya...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kembarasufi kali ini meneruskan perjalanan dengan langkah penuh longlai..Bagai tidak bermaya, perlahan-lahan meninggalkan teratak di penghujung ramadhan lalu.Namun hidup mesti diteruskan.Berbekalkan semangat dari sahabat-sahabat acik melangkah juga walau hati berat untuk meninggalkan tempat yang penuh suka dan duka.



Tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa yang tahu.Selepas tragedi tidak mendapat gaji,acik mencuba sekali lagi untuk mengumpul dana sebagai bekal untuk kembara ke mesir semula awal november ini..Awan kembali berarak cerah apabila Pak Engku dari Kuzie Catering menawarkan kami berenam(Ex-staff teratak) untuk bersama-sama set up untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana,Putrajaya.terdetik juga hati ini untuk menerima tawaran ini memandangkan bayarannya juga lumayan untuk kerja sehari suntuk namun untuk mengorbankan 1 Syawal tidak sanggup rasanya acik beraya tanpa keluarga pada tahun ini.Dek kerana sudah 2 tahun beraya di perantauan.jadi acik cuba juga untuk merayakan aidilfitri tahun ini di Kelantan.Namun acik tetap juga melaksanakan tugas bagi membantu 'boss' En Mazlan Omar walau hati ini berniat untuk berbuka puasa bersama nenda di kampung di penghujung ramadhan .ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.ketika acik berada di kediaman PM bagi menyelesaikan tugas di sana,panggilan dari kak key(akak no3)membawa berita yang memeranjatkan.nenda sedang sakit tenat di kampung.Gering..



acik harus tinggalkan tugas di sri perdana memandangkan tiada driver untuk membawa umi dan adik-adik untuk pulang ke kelantan,acik nekad untuk bersama-sama mereka.acik terus memaklumkan kepada abg lan & abg is perihal keluarga yang harus diutamakan dalam kondisi yang sangat-sangat memerlukan acik untuk pulang.tanpa banyak bicara,abg is terus menghantar acik ke stesyen KTM untuk terus pulang ke rawang dengan menaiki tren.

belum pun tiba di rawang,panggilan telefon dari kak key membawa berita kematian nenda yang di sebelah umi ini.kesemua adik beradik dimaklumkan untuk pulang berkumpul di rawang dan seterusnya bertolak ke kelantan.kak ina dari JB,adik dari SMT Kajang pulang seorang demi seorang.acik terus memaklumkan kepada Wak damiri tentang berita sedih ini.pihak surau muhajirin pada malam keberangkatan kami ke kelantan mengadakan majlis tahlil buat Allahyarhamah.



bertolak dengan 2 biji kereta (kancil & kelisa) masing-masing dipandu oleh acik sendiri dan kak ina pada jam 9 mlm.perjalanan pada waktu malam bagi acik kurang tekanan memandangkan tidak banyak kenderaan di atas jalan.perjalanan juga menjadi mudah melalui Lebuhraya Karak.

Kami meneruskan perjalanan melalui Jeli-Rantau Panjang selepas berhenti bersahur di Gua Musang..
tiba di perkarangan Kg Kuin Merah,Rantau Panjang sekitar jam 7.30pg..

Allahyarhamah meninggalkan 58 org cucu dan 10 org cicit..

Catatan perjalanan sepanjang seminggu di Rantau Panjang-Machang-KL


-15 September
Pulangnya nenda ke rahmatullah pada jam 4.30 ptg


-16 september
Tajhiz jenazah nenda-Pd jam 10.45 acik memimpin solat jenazah nenda di Masjid Kuin Merah,Rantau Panjang
Jam 11.30 pg selamat dikebumikan

*16-19 september
Jam 6.30ptg- tahlil khusus buat Allahyarhamah

19 september
Hari buat ketupat..persiapan mengemas rumah untuk hari raya.umi sediakan ketupat daun palas.’kuih tunjuk’ dimasukkan dlm balang kuih.Hu5



20 september
Pagi raya-solat hari raya di surau Pok Tengoh.imam-Faris(sepupu acik)
Selepas solat sunat hari raya-berpakaian baju melayu terus ke kampung pangkal jenereh,machang

21 september
Sambut tetamu mcm biasa di rumah nenda sebelah abah.
Basuh kereta..he5




22 september
Kenduri di rumah che’ Ngoh (mak cik acik) sempena pertunangan sepupu acik.

23 september
Majlis akikah 3 0rang anak sepupu acik.(akif zafran,kasturi & adam)

Jam 9.30mlm pulang ke rantau panjang


24 september
Ikut rombongan pertunangan sepupu acik di sebelah ibu di kuala krai

Jam 5ptg bertolak ke kuala lumpur
Jam 12mlm tiba di rawang

25 september
Beraya di rawang-rumah keluarga angkat di batu 16 rawang

26 september
Ke ampang dan hulu Langat bagi memenuhi undangan rumah terbuka peserta kursus yang pernah acik kendalikan sebelum ini.

27 september
Kembali ke Desa Saujana,bangi.

28 september

1st event selepas cuti raya-Rumah terbuka aidilfitri Kementerian pelajaran Malaysia


coming soon...
3 0ktober
open house 3 keluarga di Desa Saujana,Sg Merab
-Mazlan Omar,Engku Azmi,Zuraidi beserta seisi keluarga..

*salam lebaran dari acik di Putrajaya..buat sahabat-sahabat di Mesir jgn terkilan pula sbb tidak dpt beraya di msia..Acik dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Al-Azhar akan bermula pd awal oktober..acik pula akan berangkat ke Mesir pd awal november..sebulan la acik ketinggalan pengajian..harap2 dipermudahkan perjalanan..

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar nafsu angkara.
Sebulan penuh Kita gelar puasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Mohon Ampun Maaf Zahir Dan Batin..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net