acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Oct-2009 04:55 Email | Share | Bookmark
sudah jatuh ditimpa tangga...

Hj Jerry
Rumah Terbuka Aidilfitri Kem. Kerjaraya
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..

Salam kembara..

Lanjutan dari entry yg lepas,ada beberapa perkara yang acik tidak nyatakan secara jelas tentang siapakah yang sepatutnya melunaskan gaji acik yang tertangguh. Acik mohon maaf atas penyalahtafsiran oleh rakan-rakan di fp dek kerana acik tidak menjelaskan isu ini dengan jelas,nyata & terang .

Acik sebenarnya adalah staff Fais Excellence Training Resources yang merupakan panel consultant bagi Teratak Hijjaz.Cuma ada juga acik menolong Hijjaz bagi mengendalikan program sepanjang bulan Ramadhan yang lalu dari aspek pengendalian majlis berbuka puasa,mini show artis nasyid,solat terawikh, sehinggalah ke acara moreh..Pihak pengurusan Teratak,menjanjikan saguhati kepada pengendali majlis.Namun tiada sesen pun yang dibayar.Begitu juga dengan program Kem Syoknya Puasa yang dianjurkan oleh kumpulan nasyid remaja,UNIC bersama pengurus FETR merangkap pengurus kumpulan UNIC pada awal ramadhan lalu.Acik cuba menyembunyikan identiti individu-individu yang terlibat pada awalnya..
Namun insan-insan yang acik anggap sebagai pendakwah ini lah yang menganiayai acik.Mungkin mereka hebat dalam nyanyian berunsurkan dakwah,mengajak manusia ke arah kebaikan,namun dari sudut realitinya hampa belaka.janji demi janji ditaburkan bagi 'mengikat' acik untuk terus bersama FETR termasuk sumbangan dalam bentuk kewangan untuk acik meneruskan pengajian di Mesir.Namun hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk acik meninggalkan bumi Malaysia,acik dihalau bagai binatang.

Menjadi tanda tanya juga mengapa agaknya acik melampirkan foto Hj Jerry ye?apa kaitannya beliau dengan masalah yang melanda acik?Beliau adalah seorang yang banyak membantu acik dalam bidang kerja khasnya serta tidak lokek untuk memberikan nasihat dan pandangan sebagai orang yang lebih tua,senior.Sewaktu acik mula melibatkan diri dalam arena F n B (food & beverages) beliau banyak membantu.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net