acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Nov-2009 21:03 Email | Share | Bookmark
Langkah Baru

 
bahrain
cairo
penunggu setia
Tarmimi & Hafizi dr pahang
salam kembara...

setelah sebulan meninggalkan laman fp acik ini kosong tanpa di update,acik kembali semula mencoret sesuatu untuk tatapan
sahabat2 yg setia menyokong acik..terima kasih kerana sokongan anda..

2 hb Nov lalu jam 4.30 pagi acik mula bersiap bersama bagasi untuk pulang ke bumi anbiyak,Republik Arab Mesir.Seawal jam 5pagi ummi sudah menyiapkan sarapan untuk acik sebagai alas perut sebelum memulakan kembara.Seusai solat subuh di rumah acik ditemani abah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa kehadiran ummi dan ahli keluarga yang lain.Masing-masing punya alasan tersendiri untuk tidak menghantar acik kali ini,Kak Na n keluarga sudah menetap di Kelantan.manakala Abang Ngah pula sudah menetap di Senawang,Negeri Sembilan dan perlu menghadiri mesyuarat di 2 tempat yg berbeza.Kak Cik pula di Kuala Lumpur.Kak Ina di Johor,Saiful di Kajang (SPM) dan Fadzli pula menduduki peperiksaan akhir tahun 2 pada hari itu..Abah juga sebenarnya terpaksa menghadiri mesyuarat di Cheras.Jadi penyelesaian terbaik adalah abah perlu menghantar acik ke KLIA lebih awal.Acik tiba di KLIA seawal jam 7pagi waktu malaysia..

Berbeza dengan suasana 2 tahun dahulu ketika acik mula mahu ke Mesir,acik bergerak dalam rombongan pelajar-pelajar dari Selangor dan Pahang dalam bilangan sekitar 100-150 orang.Segala urusan di KLIA diuruskan oleh pihak travel.Namun kali ini acik terpaksa melakukan segalanya bersendirian.Masuk sahaja ke dalam balai berlepas,kelihatan beberapa wajah yang acik kenali,nampaknya perkiraan acik tadi meleset .acik tidak lagi bersendirian.Maka kami merancang untuk bergerak dalam kumpulan yang seramai 17 orang kesemuanya,10lelaki & 7wanita.Pada awalnya terdapat sedikit masalah yang group kami hadapi.Antaranya ketika di kaunter timbang bagasi.seperti biasalah,ada yg overlode.untuk penerbangan kali ini,kami hanya diperuntukkan sebanyak 40kg seorang sahaja.namun ada jga yg melebihi had termasuklah acik,terlebih 8kg.kami dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas setiap kilogram yang lebih dikenakan bayaran sebanyak RM92.00 sahaja.Acik pun mula pening.nak ditinggalkan barang acik,abah pun sudah meninggalkan KLIA,nak membayar duit ditangan hanya beberapa ringgit sahaja.maka perbincangan mula diatur.setelah dipertimbangkan,acik perlu membawa sebuah kotak kedalam flight.
settle masalah..jadi 1beg galas ditambah dengan sebuah kotak seberat 13kg.

kami diiringi oleh 2 orang ejen Gulf Air ke dalam pesawat.sayang sekali acik tidak dapat merakamkan gambar 2orang ejen tersebut yg cun melecun itu.mereka byk menolong kami ketika di kaunter bagasi.apa-apa pun kami ucapkan ribuan terima kasih buat dua orang akak yg dirahsiakan namanya itu.hehehe..

Kami meninggalkan bumi Malaysia sekitar jam 11 pagi.maka pengembaraan acik pun bermula.kami tiba di Bahrain pada jam 1.00 tengahari waktu tempatan.kami perlu bermalam di bahrain semalaman.untuk itu kami ditempakan di Concord hotel.Dek kerana badan pun letih,kami tidaklah bersiar-siar di Bahrain.hanya berjalan sekitar hotel sahaja.Selepas makan malam trus merebahkan tubuh untuk direhatkan.Esoknya pagi-pagi lagi kami sudah bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Cairo lebih kurang jam 1100 pagi waktu tempatan.jam 1.00t/hari kami tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kaherah.tiba di cairo terpaksa pula menunggu sahabat dari Negeri Pahang datang menjemput acik di airport.Maka terpaksalah menunggu hampir 3 jam disitu akibat kesesakan lalulintas menuju ke airport..Selepas Maghrib barulah acik sampai di perkarangan Rumah Selangor Hayyu Asyir.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net