acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Jan-2010 01:26 Email | Share | Bookmark
Seiko Hi-Beat Automatik

Seiko Hi-Beat 2205-0240
no siri: 553115
lJAPAN -C
 
Seiko Hi-Beat 2205-0250
SGP Back St Steel 220181 Japan-L
Salam kembara...

Akhir-akhir ini acik kerap ke Suq Gum'ah (Pasar minggu setiap hari Jumaat pagi di Kaherah.Suq bermaksud pasar manakala Gum'ah adalah hari Jumaat tetapi mengikut lahjah arab ammiah Mesir huruf jim disebut dengan konsonan 'G').
Suq ini terbahagi kepada beberapa bahagian gadidah (baru) & juga adimah (lama *perkataan asal adalah qodimah tetapi ammiah mesir disebut dengan adimah).Agak terkejut juga apabila pertama kali sampai di suq ini kerana sebahagian pasar ini adalah diatas landasan keretapi lama dan juga kawasan perkuburan.Cuma kawasan perkuburan di Mesir ini tidaklah seperti kita di Malaysia kerana setiap kubur disini diletakkan didalam suatu binaan sepeti sebuah rumah.Disebabkan kepadatan penduduk Kaherah dan juga faktor kemiskinan yang melampau ramai diantara arab Mesir ini yang tinggal di kawasan perkuburan disini.Acik difahamkan hampir 2000 orang tinggal dikawasan perkuburan ini.Jadi aktiviti perniagaan pun dijalankan di kawasan ini bagi menyara kehidupan mereka hasil daripada mengutip barang-barang terbuang.Namun apa yang dibanggakan adalah semangat mereka untuk meneruskan hidup demi sesuap ish (roti arab yang pernah acik tunjukkan dlm entry Makanan Arab Mesir sebelum ini).

Bahagian hagah adimah (barang lama) terdapat di bahagian awal dan akhir suq ini.Jadi ditengah-tengah suq ini adalah hagah gadidah (barang baru) yang terdiri dari pakaian,kasut,makanan dan lain-lain.Hagah adimah terdiri daripada barang-barang antik dari zaman greek sampailah kepada zaman Micheal Jackson.(hehehe..)

Acik rasa terpanggil untuk membantu golongan miskin di kaherah ini dengan membeli barangan yang terpakai dari mereka.Acik pun tidaklah kaya sehingga boleh memberikan rumah kepada setiap orang di kawasan tersebut namun sekurang-kurangnya dengan perniagaan mereka ini mampu untuk meningkatkan sara hidup mereka.

Minat untuk mengumpul barangan antik atau barangan lama ini timbul semenjak dari bangku sekolah lagi apabila menyelak koleksi peribadi ayahanda acik yang terdiri daripada jam tangan,cincin,duit lama,keris,pakaian,pisau lipat dan sebagainya..Segala mak nenek semuanya dikumpulkan.Tambah lagi ayahanda acik ada menghadiahkan beberapa bentuk cincin akek dan seutas jam tangan berjenama Seiko 5 automatik kepada acik untuk dipakai.Kini minat itu kembali berputik kerana 'lubuk' sudah ditemui.Jadi setiap hari Jumaat pagi acik akan 'menyelam' bersama seorang rakan dari Negeri Pahang.Rakan acik ini pula minat mengumpul Ray Ban (sunglasses buatan Amerika yang diambil namanya sempena nama pencipta iaitu Banish Rays yang dikeluarkan oleh kompeni Bausch & Lomb semenjak 7 Mei 1937.)

cerita banyak pun tiada gunanya jika tiada yang hendak membaca celoteh acik ni..jadi mari saksikan barang rare kali ini..sudah semestinya vintage.moh layan...

1&2 Seiko Women's Automatic ladies date watch Black Nylon
Seiko Hi-Beat 2205-0240


no siri: 553115 | JAPAN -C


p/s: Gambar di Suq Gum'ah acik tidak dapat dimuat naik kerana faktor yang boleh mengaibkan rakyat Mesir..Untuk akan datang acik cuba mengambil gambar pemandangan di Suq...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net