acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jan-2010 23:31 Email | Share | Bookmark
Pameran Buku Antarabangsa Kaherah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam kembara..

Sudah setahun lamanya menunggu kedatangan Ma'ridh El-Kaherah Ad-Duali lilKutub (dalam ammiah Mesir disebut ma'rodh kutub) atau Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (BM)/Cairo International Bookfair..Pameran yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta ilmu di Mesir ini.Kali terakhir acik pergi ke pameran ini adalah pada 4 Februari 2009,kini pameran buku ini menjelang kembali bermula pada 28 Januari sehingga 10 Februari 2010.Apa yang menarik dengan ma'ridh ini adalah kehadiran berpuluh-puluh penerbit buku dari pelbagai negara seperti Lubnan,Syria,Arab Saudi,Mesir dan sebagainya dari berbahasa arab sehinggalah ke kepulauan melayu.Namun majoriti buku-buku di sini ditulis didalam bahasa arab.

Selain daripada kitab-kitab ilmiah,disini juga terdapat bahan bantu mengajar(BBM) yang terdiri daripada indoor games ,cd,serta perisian komputer.Mudah katanya,segala mak nenek berkaitan pengajaran dan pembelajaran ada dijual disini.Bahan-bahan yang sesuai untuk semua peringkat umur dari pra-sekolah sehinggalah untuk atok yang da bercucu.hehehe.

Kebiasaannya pelajar-pelajar yang berada di luar Kaherah akan ke ma'rodh setelah membuat survey terlebih dahulu.Kemudian barulah memborong kitab-kitab yang ditelah disenaraikan dan dibawa pulang ke rumah memandangkan jarak antara rumah mereka ke ma'rodh ini tersangatlah jauhnya..Berbeza pula dengan pelajar-pelajar dari Kaherah yang jaraknya hanya beberapa km sahaja dari rumah.Jadi bolehlah berulang-alik ke ma'rodh dengan menaiki tremco atau teksi.Pengalaman ke ma'rodh ini memang cukup menarik apabila banyak kitab-kitab atau bahan ilmiah yang diingini diperolehi dengan mudah.Namun ada juga yang susahnya apabila kehabisan stok kitab.Jadi peringatan kepada semua,eloklah kiranya untuk kita bersiap lebih awal untuk ke ma'rodh ini.Jadi apa tunggu lagi?jom ke ma'rodh!!kata 'papa rock' "jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama dia diambil orang...."hehehe..

p/s:Gambar-gambar ini sebenarnya adalah dari koleksi tahun 2009..Tahun ini belum lagi dapat menghadirinya..cadangnya nak pergi dalam minggu depan..Apa yang ada pula pada tahun ini ye?Memandangkan banyak tugas yang masih tertangguh termasuklah urusan memperbaharui visa pelajar..(hehehe)
Jadi acik bercadang untuk pergi ke ma'rodh ni dipertengahan nanti.

untuk maklumat lanjut berkaitan sejarah dan ma'rodh ini anda bolehlah melayari web ini http://www.cairobookfair.org/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net