acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Mar-2010 20:11 Email | Share | Bookmark
Memori Explorace 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PROGRAM RAKAN MUDA CINTA ALAM
PERKHEMAHAN INTEGRASI TAHUN 2009
SMK KAJANG UTAMA


TARIKH : 20-21 JULAI
HARI : ISNIN & SELASA
TEMPAT: TERATAK HIJJAZ,SUNGAI MERAB

ASSALAMUALAIKUM....

Sudah lama fp ini terbiar sepi tanpa entry selama hampir lebih sebulan.Jadi untuk kali ini Acik hanya ingin berkongsi gambar-gambar lama yang masih tersimpan di dalam pc acik..gambar-gambar ini tidak dapat disiarkan sebelum ini dek kerana kemalasan yang sudah bersarang dalam minda ini & faktor sukarnya mendapatkan perkhidmatan internet di kawasan teratak hijjaz.Tambahan pula sistem simpanan hard disk acik dijangkiti virus dan terpaksa di format semula.Jadi selepas langkah-langkah pencegahan dibuat,acik terpaksa 'recover' memori yang penting dan mujurlah gambar-gambar ini masih boleh diselamatkan..Namun modul-modul,serta slide show yang pernah acik gunakan untuk program-program motivasi sewaktu di Malaysia dahulu..Apa pun acik bersyukur kerana memori acik ini masih mampu mengingati serba sedikit modul-modul yang pernah acik jalankan sebelum ini.

PROGRAM RAKAN MUDA CINTA ALAM PERKHEMAHAN INTEGRASI SMK KAJANG UTAMA TAHUN 2009 berlangsung pada 20 & 21 Julai 2009 iaitu pada hari Isnin & Selasa bertempat di AD Country Resort Teratak Hijjaz.Program selama 2 hari ini bertujuan memupuk semangat cintakan alam disamping membentuk sahsiah & kepimpinan.Kumpulan sasaran bagi program kali ini adalah pelajar-pelajar dari tingkatan 1,2 & 4 dan program ini adalah program tahunan bagi SMK Kajang Utama anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Rakan Muda Cinta Alam.

Bertindak sebagai fasilitator amatlah mencabar bagi acik pada program kali ini kerana acik terpaksa berkerjasama dengan seorang lagi rakan dari Branang,Selangor saudara Hafiz untuk mengendalikan program selama 2 hari ini.Berbekalkan semangat & sedikit pengalaman menjadi fasilitator selama kurang lebih 5 tahun acik terpaksa melakukan banyak operasi dari aspek pengendalian peserta,modul,dan seliaan tempat program selama mana program berlansung dibantu saudara hafiz.Memandangkan saudara hafiz masih baru untuk mengendalikan program,jadi acik terpaksa mengepalai fasilitator untuk kali ini.

Jom saksikan gambar-gambar yang krew kami rakamkan...(da tentulah kami berdua je krew tu...hehehe)

Setiap peserta telah diberikan tugasan individu untuk mencari 15 orang yang berumur 35 tahun & keatas untuk disenaraikan di dalam borang individu tidak kira sesiapa sahaja di kawasan Putrajaya ketika explorace berjalan..Selain itu tugasan kumpulan yang perlu diselesaikan adalah bergantung kepada checkpoint yang akan mereka lalui.Setiap tugasan akan diberikan oleh fasilitator yang bertugas..

Untuk checkpoint pertama peserta dikehendaki menyelesaikan soalan pertama berkaitan dengan checkpoint yang akan mereka lalui.Jadi para peserta perlu mendapatkan jawapan untuk pergi ke checkpoint kedua..Bermula dari perkarangan Pusat Bowling,Alamanda Putrajaya....



ok..inilah checkpoint kedua yang peserta perlu dilalui...Stesyen minyak PETRONAS Presint 16..Kawasan ni rasanya hanya ade 1 sahaja stesyen minyak..
Tugasan yang diberikan di sini adalah, para peserta perlu membeli barangan bernilai RM5 & keatas,kemudian perlu berjumpa dengan fasilitator untuk menjawab soalan bagi klu checkpoint ke-3.Sekiranya tugasan dan jawapan bagi soalan klu C3 berjaya dijawab,kumpulan tersebut akan dibenarkan untuk ke C3..







C3-tugasan yang acik berikan pada peserta di C3-Taman Warisan Pertanian (TWP) adalah setiap kumpulan perlu mendapatkan maklumat tentang TWP dan kembali semula pada acik untuk memberi maklumat tersebut serta jawapan bagi klu C4..C3 agak mencabar kerana para peserta perlu bijak untuk mendapatkan maklumat berkaitan TWP.Modul ini lebih menjurus ke arah pengetahuan am para peserta & kemahiran komunikasi.



C4 adalah stage yang terakhir.Perkarangan Masjid Putra adalah stage terakhir....Peserta perlu menyelesaikan borang tugasan individu yang telah diberikan sekitar perkarangan Dataran Putrajaya....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net