acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-May-2010 17:29 Email | Share | Bookmark
Anugerah Emas PMRAM

Ust Abd moin
menerima hadiah dr pres
 
 
Ust Azfar Khairul Amar
Ade jga wakil PMC yang menerima anugerah
 
 
yg ni pun PMC juga..
Usth Fazilah Hassan
 
 
 
 
Ust Majdi
Assalamualaikum..

Kali ini acik hanya memuat naik gambar-gambar ketika MS-77 yang lepas...Anugerah Emas ini julung-julung kali diberikan kepada aktivis-aktivis PMRAM.Jadi sempena ulangtahun ke 80 persekutuan Melayu ini anugerah ini diwujudkan sebagai mengenang jasa & pengorbanan para aktivis PMRAM yang tidak pernah kenal erti lelah untuk menabur bakti kepada seluruh anak Melayu di Ardhil Kinanah ini.Pihak Pengurusan PMRAM telah memilih 6 calon aktivis yang dirasakan begitu layak untuk menerima anugerah ini.3 darinya adalah calon ikhwah(siswa) dan 3 lagi dari kalangan akhawat(siswi). berikut adalah senarai penerima Anugerah Emas PMRAM..



1. Ustaz Majdi Zakaria (Kedah-Damanhur)


2. Ustaz Abdul Moin (Kedah-Tanta) (MAP)


3. Ustaz Azfar (Selangor) (PMC)

Manakala akhawat pula ialah :


1. Ustazah Nor Azimah (Johor)


2. Ustazah Fazila binti Hassan (Pahang) (PMC)


3. Ustazah Khairul Nisa Helmi Azhar (Selangor)

Penerima Anugerah Emas PMRAM ini menerima hadiah berupa seutas jam tangan dan sijil penghargaan setiap seorang.Moga aktivis-aktivis PMRAM yang lain terus thabat untuk mencurah bakti kepada PMRAM.

p/s:Ust Abd Moin adalah pengerusi & orang yang bertanggungjawab mewujudkan komuniti khas Mini Pavilion (MAP),suatu unit dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM.MAP ini ditubuhkan selepas PROSMA yang bertindak mencari dana bagi disalurkan kepada saudara seislam kita di Palestin semenjak 2007.MAP diwujudkan bagi mengumpul maklumat & disebarkan kepada awam setiap isu berkaitan Palestin. Antara program MAP yang pernah acik terbitkan didalam fp ini adalah
Link

Ust Azfar Khairul Amar pula adalah individu yang sering bersama acik dalam setiap program PMRAM.Ahli PMC semenjak 2007.Pernah memangku jawatan pengarah PMC pada thn lepas.Beliau bagaikan tidak kenal erti penat & jemu untuk 'turun padang' bagi melicinkan segala gerak kerja unit teknikal,fotografi & rakaman di setiap program anjuran PMRAM.

Jadi muka-muka ini sudah cukup ma'ruf dikalangan ahli PMRAM sebagai aktivis PMRAM yang cukup dedikasi di dalam tugas mereka.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net