acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Jun-2010 10:10 Email | Share | Bookmark
.:Keliru:.

 
 
Assalamualaikum..

Acik masih lg didalam mood imtihan...

Masih ada 3 paper menanti pada 14,17 dan 21 Jun ini..iaitu madah Usul Fiqh,Tauhid & Fiqh Kontemporari/Semasa...

Dalam sibuk menghadapi ujian ini,tak lepas dari memikirkan soal isu semutar..pelbagai isu yg berlaku..Mengenai peraturan baru ARMA, kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat, tarik zakat,Karnival Sukan Timur Tengah anjuran UMNO-APCO (kemelut di Mesir) dan kekecohan di Bangkok, penindasan rakyat Palestin,Pencerobohan hak keatas delegasi LifeLine 4 Gaza (kemelut di luar negara), penglulusan lesen judi, pembantahan ke atas konsert Inul di Tawau (kemelut di Malaysia) dan sebagainya..

Berbalik kepada tajuk, .:Keliru:.

Acik menerima mesej dari laman facebook pd awal bulan Mei lalu dr seorang kenalan dr Maghribi.Menyatakan hasrat untuk berkunjung/jaulah ke Mesir pada bulan hadapan (pertengahan Julai) bersama seorang lagi rakan beliau.Borak punya borak beliau pun mintalah acik untuk menyediakan penginapan,pengangkutan serta bajet mereka berdua selama berada di Mesir nanti.

Sembang punya sembang,Acik pun mintalah pertolongan dari seorang rakan dari negeri Pahang,saudara Hafizie untuk membantu acik menyediakan bajet,cadangan tempat lawatan,penginapan,pengangkutan serta tentatif ringkas untuk jaulah pd bln 7 nanti memandangkan beliau pernah beberapa kali menjadi Musyrif/Tourist guide untuk membawa tetamu dari Malaysia.Tambahan pula beliau mempunyai lesen memandu yang sah di Mesir.Maka Acik fikir adalah lebih baik untuk beliau menjadi driver untuk membawa acik & sahabat2 acik ini pada bln 7 nti menaiki kereta sewa.Acik dimaklumkan bahawa ada 3 orang lagi pelajar perubatan di Mesir (kawan kepada kawan acik di maghribi) yang berminat untuk menyertai jaulah kami ini..Tanpa banyak bicara segala perancangan diatur..

1st day
-Makam Imam Syafie
-Masjid Sultan Hassan (Msjd 4 mazhab)+Masjid Rifaie
-Masjid Amru Al-As +Kubu Salahuddin Al-Ayyubi
-Masjid Al-Azhar + Masjid Saidina Hussain
(untuk tanda '+' adalah tempat2 yg berdekatan dengan lokasi pertama)

2nd day
~Iskandariah~
-Makam Nabi Daniel a.s,Makam Luqmanul Hakim,Makam Abu Darda' r.a (sahabat Nabi s.a.w)
-Qaitbay-Kubu Salahuddin Al-Ayyubi
-Makam 12 wali
-Maktabah Qaitbay(Perpustakaan Iskandariah)
-Mandarah-Istana Raja Farouk
Bersiar di sekitar pantai Iskandariah-aktiviti bebas

cadangan kta pulang ke cairo selepas asar.perjalanan alex-cairo sekitar 3 jam lebih..bergantung pd pindaan.
berehat di cairo sblm meneruskan perjalanan ke Sinai..

3rd,4th & 5th day
kta bertolak dr cairo-taba(sinai) -2 pagi
berehat & solat subuh d Terusan Suez
bergerak ke Taba-perjalanan lbh krg 3 jam atau lbh
-Taba-Kubu Salahuddin Al-ayyubi
-Dahab-check in hotel
-mandi pantai-snockling
sebelah mlm kita wat aktiviti bebas..cri t-shirt dahab..(hehehe..acik tambah je tu)

4th day
bertolak slps breakfast ke St. Catherine
-Ziarah makam Auliya'-Nabi Harun,Nabi salleh,
-lembu samiri

check in hotel di St Catherine
sblh ptg..
-Wadi Arbain,12 mata air (wadi arbain ni agak meletihkan juga klu nk berjalan kaki..klu xmo pg pun xpe..maybe kta jln sampai 12 mata air shj..)

rehat di hotel..pkul 12.30 t/mlm kta bertolak ke kaki gunung sinai(jabal Musa).pkul 1 kta start mendaki
mendaki lbh krg 3jam..sampai di puncak kta akn solat subuh d surau di puncak sinai.ziarah tempat Nabi Musa ber'uzlah berhampiran dgn surau.melihat keindahan pgi pemandangan puncak sinai.menantikan terbit matahari..selepas tu kta,trun semula..
5th day
-dlm perjalanan turun kta akn ziarah ke perkampungan Nabi Ilyas a.s
-Breakfast n Check out hotel
-perjalanan blk ke cairo kta akn singgah d
-Uyun Musa
-Kubu Israel (lihat panorama matahari terbenam)

tiba d cairo sekitar jam 10 mlm..

6th Day
kta akn pergi 2 lokasi shj..memandangkan sume sudah penat blk dr sinai
-Pyramid Giza (ahram)
-Fayyoum
-Tasik Qarun + Istana Qarun
-Shalalat + Wadi
-Ain Sillin-Kebun Buah2an
-bandar Fayyoum-Kincir Air

pastu blk tmpt penginapan

7th Day
-Muzium Tahrir
-Kristal Asfour
-Khan El-khalili

Namun masalah mula timbul apabila bajet yg acik cadangkan kepada 5 orang sahabat ini dirasakan terlalu mahal.Bajet yg acik anggarkan adalah sekitar LE 5500 (RM3200+),selama 7 hari tidak termasuk makanan,bayaran masuk ke sesuatu tempat yang berbayar spt:pyramid giza.muzium,jabal musa dll..Kos ini hanyalah untuk sewaan kereta,minyak & driver..Mungkin jumlah <RM 700 ini adalah cukup tinggi nilainya bagi seorang pelajar.Namun bagi acik ini adalah bajet yang terpaksa dikeluarkan bagi menziarahi beberapa tempat ini selama 7 hari ini.Mungkin mereka berpandangan acik cuba seleweng duit mereka.Niat acik baik untuk menolong,tidak berniat pun untuk mengambil kesempatan.Namun mungkin disalahertikan.(kecewa)


Laman blog yg mempunyai nama yang seakan sama dengan laman fp Acik...

Mirip-mirip
Kekeliruan ini timbul apabila ada diantara 5 sahabat ini yg menjumpai laman blog http://kembara-sufie.blogspot.com/ yang kebetulan sama nama dengan fp acik..http://kembarasufi.fotopages.com/.Jadi disini acik perlu membuat pernyataan bahawa acik tiada kaitan dengan pemilik blog Kembara Sufie Travel Group Site (KSTGS)ini.Untuk makluman,Acik telah mewujudkan laman fp ini semenjak 5 Nov 2008 lagi.Manakala KSTG ini bermula pada Februari 2009.Merujuk kepada entry pertama yang dihasilkan di laman masing-masing.

Sama Nama
Soal siapa tiru siapa tidak timbul.Bagi acik sesiapa sahaja boleh memilih nama untuk diletakkan dilaman masing-masing.Analoginya mudah,kita boleh lihat disebuah sekolah,terdapat ramai yang mempunyai nama yang sama atau seakan sama.Contohnya seorang pelajar bernama Nurul Atikah..Seorang lagi bernama Syairah Atikah.Kedua-duanya digelar dengan nama Atikah walau nama pertama mereka berlainan.Jadi timbul kekeliruan antara rakan-rakan kepada 2 Atikah ini.Begitu juga halnya dengan Acik & syarikat travel ini.

Mahasiswa Al-Azhar
"Kembara Sufi dianggotai oleh Mahasiwa- mahasiswi Universiti Al-Azhar yang berpengalaman dalam mengendalikan urusan travel di Mesir." (Acik petik dari entry pengenalan syarikat travel ini. http://kembara-sufie.blogspot.com/2009/02/pengenalan-kembara-sufi_7020.html )
Acik juga adalah penuntut Universiti Al-Azhar,Mesir.

Negeri Pahang
Wakil syarikat travel ini berasal dari negeri Pahang.sahabat acik,saudara Hafizi (yang acik minta untuk menjadi pemandu) ini juga berasal dari Negeri Pahang.

Tempat lawatan
Acik sempat melihat tempat-tempat lawatan yang disediakan oleh syarikat travel ini,kelihatan sama dengan apa yang telah dirancang oleh acik.Tempat-tempat lawatan ini adalah antara tempat yang biasa dilawati oleh setiap pelancong.

Justeru acik dengan rasa rendah diri,merasakan perlu untuk acik membetulkan kekeliruan ini..diharapkan tiada yang terkeliru mahupun bersangka tidak baik terhadap mana-mana pihak.Moga Allah ampunkan dosa-dosaku..



dicatat pada 5 Jun,10pagi
lokasi:RPL,Abbas A'qod,Bandar Nasr,Kota Kaherah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net