acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Jul-2010 01:11 Email | Share | Bookmark
.::Tukar Status::.

Assalamualaikum..

N3 kali ini,tentang percubaan kedua menggunakan Zenit ET Rusia,kodak ultramax 400..without flashlight.. 2 hari berbeza..Saje nk try kamera ni wat kali kedua,setelah percubaan pertama tidak memuaskan hati.. 1st acik ke Rumah Perlis Hayyu Sabie',berjumpa dengan Ustaz Syukur a.k.a Pa'koq yang sangat minat dengan jam lama..Collector mcm acik juga la..tp kunjungan acik pada hari Jumaat yang lepas ke Rumah Perlis bukanlah untuk melihat koleksi jam rare beliau,tapi ada yang lebih berharga dari itu...apa yang lebih berharga dari jam tu:??:

Inilah dia...Ahmad Badawi..bukan ahmad albab yer..hehehehe..

1.Masa ni Ahmad baru 10 hari je..Permata ayahbonda..

2.inilah baba Ahmad Badawi..Pa'koq..

Waktu acik shoot pic ni,pa'koq ngah layan bola..kecewa sangat tgk Ghana x dpt ke separuh akhir..main dh cukup bagus..nasib x menyebelahi Ghana.terikat keputusan seri 1-1 sehingga tambahan masa 30 minit..masih tidak berjaya..Pantsil (Player Ghana) pula mensia-siakan peluang diminit2 terakhir tambahan masa apabila sepakan penaltinya xmasuk..jadi terpaksalah membawa ke tendangan penalti untuk menentukan juara..namun Ghana tewas dengan penalti (Uruguay 4-2 Ghana..)

eh...merapu meraban kt bola plak.. Kembali kepada citer Pa'koq..Jadi status Pa'koq kini sudah bertukar sebagai seorang ayah..Sekalung tahniah atas kelahiran baby comel ni..Barakallahu fiikum..
Moga bertambah rezeki keluarga beliau...

Itu cerita seorang kawan Acik yg dh bertukar status..

Imtihan Syafawi
Ahad lepas,4 Julai ke Kuliah Azhar,hajat untuk menduduki imtihan Syafawi (Ujian Lisan) tuk Imtihan Faslu Thani (sem 2)..Namun ada sedikit kecewa,hari tersebut boleh plak no giliran acik tak naik..Acik terus ke syu'un thulab (pejabat azhar) bahagian pelajar untuk menanyakan tentang ujian tersebut..jadi jawapan biasa kita akan terima.."bukroh" = esok..walau kadang-kadang tu xtentu berapa kali esok la tu..Jadual imtihan pun memang lambat keluar..Membuatkan kita perlu bersedia lebih awal kerana bila-bila masa sahaja peperiksaan boleh dijalankan..Itu antara kehebatan Universiti tertua ini..

Imtihan acik pada thn ini bermula agak lewat berbanding thn2 lepas.Ujian syafawi plak dibuat seminggu selepas ujian tahriri (bertulis).Pade kebiasaannya,ujian syafawi dilakukan sebelum ujian tahriri.Namun pada tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun lepas.Jadi sebulan lah acik exam..walau ada jarak yang panjang antara 1-1 ujian..

Dek kerana hampa tak dapat masuk ujian pada hari Ahad lepas,Acik pun mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah..Tiba-tiba acik disapa oleh seorang rakan yang sama kuliah dan senasib tak dapat menduduki ujian pada hari tersebut,acik diajak untuk ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
untuk menghadiri acara akad nikah seorang kenalan dari negeri Pahang..

Seorang lagi dah tukar status, dari bujang ---> berkahwin..Sah bergelar seorang suami..

Pasangan Muhammad Firdaus Kassim (Pahang) & Fathynur Othman (Pulau Pinang)


jurunikah-Pegawai HEP Johor Ustaz Haniff (berkopiah merah putih) sambil disaksikan oleh sahabat2 dari Mansoura, Negeri Pahang & Penang...


Kegembiraan tergambar apabila sudah sah menjadi suami-isteri..







Sekalung tahniah juga buat pasangan Firdaus a.k.a Pidot & Fathy..Barakallahu lakuma wabarakah alikuma wajamaa bainakuma fil khair..

Berita penuh didalam Blog BKIMP Link
Balik sahaja dari ARMA,terus ke kedai gambar,untuk mencuci filem.Sebelah malamnya dh pun siap.dapat 1 CD.Hari Isnin lepas,selepas syafawi,terus memuat naik gambar di laman FacebookAcik

Kalau fikir balik memang agak leceh & payah bila guna slr lama ni..nak cuci filem lagi,bila ambik gambar,kita tak tau lagi prestasi gambar yang dihasilkan bagaimana.Berbeza dengan kamera digital, kos penghasilan gambar agak murah & senang untuk kita nilai prestasi gambar apabila kita capture dengan hanya melihat semula pd skrin.Apa pun,bagi acik ianya cukup nilai sentimentalnya.Klasik & cukup mencabar..Membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana la hasil gambar yang kita shoot tu nanti.Kepuasan jelas tergambar apabila gambar yang dihasilkan siap dicuci.. Berapa pun nilainya,tak menjadi masalah..Itulah nilai kepada sesebuah gambar..yang penting,kepuasan hati..

Ada sesuatu yang tidak ada pada kamera digital yang acik digunakan sebelum ini..Tambahan pula teknologi sekarang yang sudah cukup menipu photographer dalam penghasilan sesuatu gambar.Contohnya teknologi DIGIc 4 pada kamera digital Canon.Digic 4 ini berperanan memperbaiki kualiti gambar sehabis baik.shoot la macamana pun gambar tetap akan cantik,menarik,tertarik de b00m..hikhikhik.Paling mudah set je mode auto..kalau xreti ambik gambar pun tak pe.jadi apabila kita menggunakan teknologi digic 4 ini kita seolah-olah sudah cukup pandai dalam fotografi.Walhal masih banyak yang kita perlu pelajari.. .

Skill acik diuji apabila menggunakan kamera Zenit ini.kesemuanya adalah manual..Lagi banyak kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya..so keep it on shooting..jadikan fotografi sebahagian dari hidup anda..

p/s:harga filem Kodak Ultramax 400 hanya LE16 (egyptian pound),kos sekeping gambar adalah LE0.85 sen sahaja untuk size 4R.mengidam untuk menghasilkan gambar dari filem Lucky Supernew 100-filem hitam putih..mane nak cari filem tu yer


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 7 Julai 2010
Abas Aqod Street,
Nasr City,Cairo..

Quote:
Ust Jie: gai insy'allah..
kak mala:acik kne lalui proses pertama dulu..abiskan study..berkahwin..baru la blh mendakap si kecil..
kak yati:hidup di mesir mmg kne sabar..Mim..shod..ra'..misr..Mehnah,sabar,redha..=) bkn sng nk g kenduri kt msir ni..
cho zila:Kenduri di Mansurah berlangsung pada 5Julai yg lps..acik xblh ke Mansurah wkt itu dek krn terpaksa menghadapi ujian syafawi..majlis di Malaysia insya'allah pd 31 Julai 2010.akad nikah je kt Mesir dlu..pastu kenduri kt Msia kemudian..kira nikah gantung la ni..hehehe..awal thn dlu student msia wat akad nikah melalui video call dgn menggunakan YM..acik punya xtaw lg mcmne.. Baby yg bru lahir mmg putih bersih..xde dosa lg..dilahirkan dlm keadaan fitrah..penyejuk hati ayahbonda..tenang bla lihat baby..klu nk rase tng,kak zila tmbh la baby lg..huhuhu
kak CT: matlamat akak apa plak?huhuhu..acik ade berbaki 3 tahun pengajian lg di sini Insya'allah..doakan kejayaan acik disini..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net