acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Jul-2010 12:21 Email | Share | Bookmark
.::Saki Baki Tenaga Meneruskan Survival::.

80 Tahun dh yer..
 
 
Assalamualaikum..

11 Julai lalu telah diadakan liqa' (pertemuan) antara Badan Pengurus PMRAM (dibaca BP) Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM ,Saudara Mohd Faizzudin bin Ghazali,Saudara Azfar Khairul Ammar (Pengarah PMRAM Multimedia Centre) ,Saudara Syed Aisam selaku bendahari PMC.Saudara Fakhrul (Mantan Pengarah PMC dan kini sebagai ex-oficio) dan Acik sendiri..

Banyak perkara yang dibincangkan didalam pertemuan ini,antaranya pertukaran didalam hierarki organisasi PMC,skop kerja/bidang tugas,muhasabah dari sesi lepas,unit-unit baru yang ditubuhkan dibawah PMC seperti Unit Fotografi & unit grafik yang baru diserap masuk ke dalam PMC.

Hasil kerja Unit Grafik PMRAM dibawah PMC

Bermulanya episod Unit Fotografi pada penghujung tahun 2008 apabila unit ini difikirkan sangat perlu untuk ditubuhkan memandangkan sebelum ini segala kerja teknikal sistem audio,rakaman & penyiaran,
fotografi,dokumentasi, segalanya dilakukan oleh ahli-ahli PMC sendiri.Bermakna seorang ahli mampu untuk melakukan 2-3 kerja dalam suatu masa.Muhasabah dari sesi lepas melihat individu yang "kamikaze" ini perlu diberikan rehat dan skop bidang tugas perlu dikurangkan serta tanggungjawab untuk melakukan tugas di bahagian fotografi & editing kepada suatu unit lain..Maka Unit Fotografi PMC ditubuhkan pada tahun tersebut..


Apabila ditanya Acik,bilakah penglibatan didalam PMC,adalah bermula apabila perkenalan dengan otai-otai lama crew teknikal PMRAM pada musim panas (saifi) bersama Ustaz Al-hafeez & beberapa orang lagi ketika itu.Minat yang mendalam untuk mempelajari sistem audio ini telah lama dipendam sejak dibangku sekolah lagi sebenarnya..Pucuk dicita ulam mendatang,acik ditawarkan untuk menyertai PMC pada ketika itu yang mana nama acik dicalonkan oleh Pengarah PMC pada waktu ini,Sdr Azfar yang ketika itu sama-sama baru menyertai PMC.


Tugas pertama Acik adalah ketika Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK 51) pada tahun tersebut..Sewaktu mula bersama crew teknikal PMC,tidak dinafikan diri ini jahil segala macam tentang sistem audio memandangkan sebelum ini hanya mengenali Power Amplifier,mic,dan speaker sahaja..tidak pula tahu bagaimana cara pemasangan (setting) untuk suatu program mega.PMHK adalah titik permulaan acik mengenali PMC & kerja-kerja berkaitan..

Dek kerana tidak berapa mahir untuk melakukan setting untuk sistem audio,acik hanya melakukan kerja-kerja berkaitan lampu,elektrik dan fotografi kerana diri ini lebih selesa melakukan kerja-kerja yang sudah biasa dilakukan.Namun semangat untuk mempelajarinya tetap ada dalam diri ini..Program demi program acik cuba untuk memerhatikan setting yang dilakukan oleh otai-otai untuk lebih memahaminya disamping membaca manual..(hahaha..baru hari ni nk betaw)

Apabila disebut PMRAM Multimedia Centre terbayang dibenak para penuntut diperlembahan Nil ini bahawa sekumpulan pemuda sedang menyiapkan sistem teknikal audio,mengusung speaker ke sana ke mari,membawa cable yang berselirat tak berpenghujung..Lafaz PMRAM Multimedia Centre bagi acik sebenarnya adalah makna yg cukup luas serta merangkumi banyak media yang terhimpun didalamnya.

Mari kita kaji dari sudut mantiknya..
"Sekiranya sesuatu istilah digunapakai untuk memberikan makna secara sepenuhnya,maka pengertian makna tersebut dinamakan al-Mutabaqah."

Apa itu al-Mutabaqah?
Pengertian sesuatu lafaz terhadap kesempurnaan makna kepada lafaz tersebut sama ada makna tersebut adalah secara haqiqy ataupun majazy.

Namun apa yang difahami oleh segelintir penuntut disini adalah sesuatu istilah yang diertikan dengan hanya sebahagian makna istilah tersebut.(Bidang tugas PMC hanya teknikal semata-mata)
ِTindakan memahami sebahagian makna istilah tersebut dipanggil "al-Tadammun"

al-Tadammun adalah pengertian sesuatu lafaz terhadap sebahagian makna kepada lafaz tersebut sama ada makna tersebut adalah secara haqiqy ataupun majazy..

HAhaha..pening x?

Mudah katanya PMC bukan hanya teknikal sistem audio sahaja..kalau nak tahu berkaitan PMC,meh la join..huhuhu..



Serba sedikit tentang sejarah penubuhan PMC
-ditubuhkan pada 20 Oktober 2001
-dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia di Kaherah, Dato’ Abu Bakar Daud bertempat di Kompleks Hayyu Asyir.
-TYT Duta ketika itu juga turut merasmikan projek mega PMC iaitu Malaysian Silicon ValleyOf Egypt (MASSIVE) yang telah dipancarkan secara lansgung ke seluruh dunia melalui internet dan tayangan slide show sebagai penerangan awal projek PMC.

Acik sempat berhubung dengan Saudara Saiful dari Terengganu (pioneer PMC) apabila laman fp acik ini diwujudkan.Beliau sempat bercerita kepada acik melalui ym tentang sejarah awal penubuhan PMC ini.Banyak cerita suka duka dikongsi tentang permulaan penubuhan PMC ini antaranya PMC terpaksa meminjam peralatan audio dari BKAN Selangor & Terengganu ketika itu yang mana hanya layak untuk digunakan dalam set surau.Namun kata orang,tiada rotan,akar pun jadilah..Jadi pa system ini digunakan didalam setiap program-program anjuran PMRAM.


Tahun demi tahun,PMC berjaya mendapatkan Projector jenama Sony,ketika itu hanya PMC sahaja yang mempunyai projector tersebut.Jadi projector ini mengelilingi setiap BKAN & DPM (Badan Kebajikan Anak Negeri & Dewan Perwakilan Mahasiswa yang kini keduanya lebih dikenali dengan PMRAM cawangan).Berbekalkan projector inilah PMC mampu untuk menjana ekonomi untuk membeli peralatan pa system sedikit demi sedikit serta maintainace untuk kesemua peralatan PMC.

Namun kini dikebanyakan PMRAM Cawangan sudah pun mempunyai hampir keseluruhan peralatan media masing-masing.Jadi apalah salahnya 'anak-anak' membantu si 'ayah' untuk kemaslahatan keluarga yang cukup besar ini.. Anak-anak ini sudah pun meningkat usia,mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri,maka inilah masanya menabur bakti buat si ayah yang sudah pun mencecah ke 80 tahun ini..segala bentuk bantuan perlu untuk disalurkan dari segi tenaga,masa dan wang geneih..

Tambahan pula si ayah sudah dihalau dari rumah sendiri sejak sekian lama.Jerih payah ayah ini kadang-kadang tidak dirasai sepenuhnya oleh anak-anak.Maka ayah terpaksa mencari tempat berteduh untuk meneruskan kehidupan di hari-hari berikutnya membesarkan anak-anak.Menabur bakti menyemai budi. Deritanya menanggung bebanan sewa membuatkan si ayah bijak menjana ekonomi keluarga.Kini Unit Dana Syaqah ayah wujudkan semata-mata untuk mendapatkan rumah sendiri.Barulah selesa anak-anak melakukan aktiviti.Kerana apa?kerana rumah kita adalah sangat berbeza dengan rumah yang kita sewa sekarang ini.Semakin hari semakin meningkat sewanya.Harapan ayah selepas ini anak-anak tidak perlu lagi untuk bersusah payah untuk melakukan aktiviti di merata tempat.


Generasi demi generasi meneruskan survival dalam PMRAM ini memikul tanggungjawab untuk memastikan segala perjalanan dan perancangan program PMRAM berjalan lancar.

bersambung....

tambahan:
ikuti apa kata boss baru a.k.a Ustaz Faizuddin Ghazali sewaktu perjumpaan di Rumah Perlis di dalam blog peribadi beliau..Link

Credit to:Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, Ustaz Faizzudin Ghazali,PMRAM,PMC
Koleksi gambar Kembarasufi pada tahun 2008..PMHK 08

Doakan kami disini...


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...

Quote:
Kak Yati: xsempat lg acik siapkan N3 dia dh komen dulu dh..laju btol..huhuhu..xde award nk bg la..sebab terlalu laju komentarnya...huhuhu..berdesup... neway tq...
Kak baayah:terima kasih..lame btol menyepi yer..sampai 2 mgu menghilang.... doakan moga lahir Ustaz yang faham & tahu serba sedikit tentang multimedia ni..xramai ustaz yang nk buat kerja2 ni..
cikgu feqah: Alhamdulillah..Yang di Atas memelihara kesatuan ini...tiada penjaga yg lbh baik darinya..80 tahun sudah cukup matang..mmg moyang da ni..Ahli je muda2 lg..huhuhu..moga Allah terus memelihara PMRAM!!


Sekian Dulu dari Acik...
dicatat pada 13 Julai 2010
Badruddin Street,Rab'ah Adawiyah
Nasr City,Cairo.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net