acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Jul-2010 22:17 Email | Share | Bookmark
Melaksanakan Lisanul Hal dalam Kehidupan

Oleh:Ust Khairul Anuar MANHAL Link


2 Mantan Presiden PMRAM..Minda pimpinan..

Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal


-2 Mantan Presiden PMRAM

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

P/S: Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.

Quote:
Kak Yati:terima kasih..acik cuma berkongsi kalam taujihat mantan Presiden PMRAM Ustaz Khairul Anuar yang kini merupakan penasihat PMRAM.Ambil kata-kata semangat dari beliau untuk meneruskan perjuangan melaksanakan program yg bakal diadakan pada Ogos ini.doakan Acik terus thabat dlm jalan ini.



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net