acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Sep-2010 22:27 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
 
Assalamualaikum..



Awal btol ucap selamat hari raya ye..walau ramadhan masih berbaki beberapa hari lg..bukan apa,takut da raya nanti tak sempat nk update fp ni..tak ada pula orang yg nk berkunjung ke teratak acik ni di musim perayaan nanti..maklum sahajalah..teratak acik ni tak ada biskut mahupun kueh raya...

Persiapan raya kali ini penuh kesederhanaan..

Tertarik dengan iklan sebuah iklan raya dr sebuah tv swasta yang mana ianya hangat dibahaskan di laman sosial facebook..Acik mengambil barang seminit dua untuk meneliti kandungan video ini..Ternyata video ini menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Mungkin niat pihak tv swasta ini ingin menunjukkan bahawa perayaan hari raya aidilfitri ini bukan sahaja disambut oleh orang Islam,malah untuk keseluruhan agama..Terlalu asyik mempromosikan 1 Malaysia sehingga melupakan bahawa agama yang suci ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama sekalipun..Al-islamu ya'lu wala yu'la alaih..Islam itu adalah agama yang tinggi (mulia),tiada yang lebih tinggi darinya..

sekadar perkongsian bersama..acik sertakan video iklan raya dr tv swasta tersebut yang acik ambil dari YouTube..



Kupasan berkenaan video ini.. Link

credit to owner blog..

Perbincangan didalam laman sesawang facebook.klik disini..

lagi berita disini
Mungkin ini adalah suatu idea licik untuk menyesatkan umat Islam yang dibuat dengan penuh perangcangan dan penelitian..Namun kuasa Allah melebihi segalanya..Segala perancangan jahat si tua bersongkok putih ini didedahkan..Maka seharusnya maruah kita sebagai umat Islam ditegakkan..apakah dengan hanya menarik balik video ini dari disiarkan dan meminta maaf didalam saluran berita utama sudah cukup untuk memaafkan kesemua umat Islam yang telah dicalarkan maruahnya?Apakah sama umat Islam dengan yang lain?

Ada telinga dengar,ada mulut bicara,ada akal fikir,ada tangan bertindak..tepuk dada tanya iman..ini cuma pendapat peribadi Acik..




Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin dari Kembarasufi di perlembahan nil buat seluruh umat islam umumnya,dan rakan2 fotopages sekalian khasnya..Terima kasih atas sokongan & dokongan anda kepada Acik selama ini..segala komentar anda membuatkan acik terus melangkah dengan lebih teratur lagi..didoakan segala amalan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah..minal aidil wal faizin..Kullu ammin wa antum bilkhair...

Quote:
Thomasthank you!!
Kak YatiSelamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir & batin..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net