acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Sep-2010 07:26 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum...

© 2010 | kembarasufi | 35 Kodak Profoto 100 | Zenit ET | Auto-Chinon f 70-230mm | Helios 44m-4

Selepas mandi solat hari raya,acik menuju ke Masjid Rabaatul Adawiyah 200m je dr rumah acik ni..Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini,pada kebiasaannya acik solat di dataran Suq Sayyarat (pasar kereta) berhadapan dengan Kompleks Rumah-rumah Anak Negeri di Hayyu Asyir,Madinah Nasr,namun pada tahun ini acik cuba ubah suasana dengan menunaikan solat sunat hari raya di masjid Rabaah..

Mengenakan jubah hitam dipagi raya,juga luar dari kebiasaan,kerana rata-rata penduduk disini mengenakan jubah putih untuk menunaikan solat..

Selesai shj khutbah hari raya,hadirin dihidangkan dengan teh panas,jus buah-buahan dan kuih muih yang dibawa dr rumah oleh rakyat tempatan.Tambah lagi,pihak masjid juga menyediakan juadah yg pelbagai untuk hadirin & hadirat di kariah masjid Rabaatul Adawiyah ini..

Ucapan Taqabballahhu minna waminkum..!eid mubarak meniti di bibir setiap kali bertemu dan disapa.Keseronokan berhari raya pada waktu ini,tidaklah seseronoknya acik 10 tahun dulu.Mungkin perubahan umur & tempat,sedikit merubah suasana luar dari kebiasaan dan adat.



Seusai mengalas perut dengan sedikt jus buah & kuih di masjid,Acik bergegas ke rumah untuk mengenakan sepasang baju melayu dan terus bertolak ke Hayyu Sabie' untuk Solat Sunat Hari Raya di Masjid Musa An-Nusair yg dianjurkan oleh badan induk mahasiswa melayu di Mesir,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Seperti biasa,Acik bertindak sebagai jurugambar PMC bersama Al-Amin manakala Ust Azfar bertindak sebagai cameraman untuk merakam khutbah hari raya yang disampaikan sendiri oleh Presiden PMRAM,Ust Shahrizan Mohamad Hazimie..


Ust Shahrizan ketika berkhutbah..-Antara isi kandungan di dalam khutbah,beliau mengingatkan hadirin untuk menjadi hamba Allah,bukan hamba Ramadhan.."jika didalam bulan Ramadhan,kita mengisi Ramadhan dengan Qiyamullail,solat sunat Tarawikh,sedekah,tadarus al-Quran,maka selepas kita keluar dari Ramadhan,kita meninggalkan segala amalan tersebut,maka kita layak digelar sebagai hamba Ramadhaniah.."


Lagi berita mengenai Khutbah Hari Raya :http://shahrizanhazime.blogspot.com/2010/09/setiap-peringkat-perlu-laksanakan-tugas.html




Ust Faizzudin Ghazali




Bermaaf-maafan seusai khutbah..ribuan hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Presiden,Ust Shahrizan Mohamad Hazimie serta saf kepimpinan PMRAM..


dihadapan Rumah Kelantan Baru..

Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI '10)

© 2010 | kembarasufi | 35 Kodak Fujicolor 100 | Zenit ET | Auto-Chinon f 70-230mm | Helios 44m-4

Alhamdulillah..HATI '10 berlangsung dengan jayanya pada
18 September 2010
di Dataran Kompleks Rumah Anak-anak Negeri Hayyu Asyir
Bermula pada jam 8.00pg sehingga jam 6.00ptg




Kuasa Usaha Sementara KBMK ,En Shaiful Anuar Mohammad kelihatan menandatangani kad raya gergasi HATI 10 PMRAM



En Samsur Kamar juga tidak melepaskan peluang menandatangani kad raya gergasi..


3 orang DJ Hati.fm,DJ Abd Rahman,Dj Khaidir & Dj Miftah..


Kelihatan BP Hidayat,(badan ekonomi PMRAM) melayan tetamu..


antara hadirin di rumah terbuka PMRAM (HATI 10)


hadirat @ khemah bersebelahan..


Ust Huzaifah sibuk di dapur..memastikan juadah yg disediakan cukup untuk hadirin di rumah terbuka PMRAM..


Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu raya kontemporari dari kumpulan Al-Wadi..


Credit to:Yusuf..


Credit to:Hilal


Credit to:Zamani

Sebahagian Ahli Komuniti Budak Filem Egypt (BFE) bergambar kenangan di majlis Haflah Aidilfitri PMRAM





Sesi temuramah/interaksi bersama Ahli BFE & dj Rahman,Ust Azlan Hj Alias (suara emas PMRAM)




Kehadiran mahasiswa ke HATI 10

lain-lain gambar HATI '10 oleh Krew Fotografi PMC sila ke JanganCuriakupuntakmaucurikaupunyaadeakuheran

Quote:
Ouled:mase acik sampai ke masjid Musa tu jemaah bru je bg salam..so dgr khutbah je la..
lg plak da solat ngn arab..jd 2 khutbah la acik dgr..
Kak yati:boleh tahan la seronoknya beraya di perantauan ni..sama2 di perantauan ni mmg sesuatu pengalaman yg cukup menarik..lagu raihan & hujan masih terlalu baru..xsempat nk practice..
Ust Awangje: boleh tahan meriahnya..hampir 2000 orang pengunjung memenuhi dataran untuk memeriahkan rumah terbuka PMRAM kali ini.
Kak Baayah: gitulah gamaknya..pengalaman membuatkan acik lebih matang tuk meneruskan survival disini..teruskan doa kalian buat anak2 disini..



Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net