acik's FotoPage kembara sufi
PMC
By: kembarasufi acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Nov-2011 16:25 Email | Share | Bookmark
Phototalk PMC

Assalamualaikum..



Pada 9 November 2011 acik telah dijemput sebagai pengisi slot bagi menggantikan Saudara Al-Amin (photographer PMC) untuk slot photography.Seramai lebih kurang 14 orang siswi PMC telah hadir dalam program kali ini.Program kali ini adalah pendedahan awal berkenaan photography serta asas teknikal kamera.

Bermula seawal jam 10.30pagi,di Rumah Kedah Baru Hayyu Sabie' (7),acik mulakan dengan sejarah photography secara ringkas bagaimana manusia mula merakam objek,bermula dengan suatu kamera kotak sehinggalah kepada kamera digital mutakhir ini.

Peringkat kedua adalah pengenalan kepada kamera.sistem yg digunakan serta jenis-jenisnya spttwins lense reflex , single lens reflex , rangefinder camera , Point & shoot camera, dll..

Seterusnya ,teknik asas teknikal dalam photography, berkaitan aperture,exposure atau shutter speed , ISO/ASA & komposisi.Kemudian sesi terakhir adalah praktikal cara pengendalian kamera sebelum,semasa dan selepas merakam sesuatu gambar..Sewaktu sesi praktikal pelbagai soalan yg diutarakan kepada acik.Hanya sekadar perkongsian ilmu & pengalaman dalam program kali ini.Diharapkan siswi PMC lebih faham tentang photography serta mampu mengamalkan ilmu yg telah dikongsikan bersama.



Quote:
‎" Jika maruah dan budaya ilmu terus-terusan diperdagangkan kita akan kehilangan nilai-nilai kemanusiaan dan sebagai ganti kita akan melahirkan generasi manusia yang terlalu mengagungkan sifat kebendaan untuk menjaga kepentingan diri sendiri ; dan bukannya kepentingan masyarakat keseluruhannya "

Fadiah Nadwa Fikri .
( Lawyers for Liberty . LFL )


Quote:
Photography : satu bentuk olahan / manifestasi untuk kita kenal diri kita sendiri dan apa yang kita rakam secara " terjemahan " yang boleh di mengertikan . Bukannya satu " terjahan " . Berlainan dengan bahasa lisan yang perlu akan perkhabaran bertulis , photography tampil dengan bahasanya tersendiri . Bahasa yang hadir dalam kotak visual tetapi dimengertikan melalui akal dan hati . takrifan dan tafsirannya benar bagi yang memahami dan mahu memahami . M.A.M08


Quote:
Fotografi adalah suatu manifestasi si perakam dan suatu interpretasi tentang apa yang dilihat dan apa yang cuba disampaikan. Saya sendiri memilih untuk mempamerkan realiti dalam suatu juzuk yang kadangkala tidak kita lihat dengan penilaian yang sepatutnya. Secara jujur, fotografi adlah suatu subjek yang cukup ilmiah bagi saya kerana jiwa kita harus berdebat untuk memahami isu dan sentimen yang dibawa. Sering saya nyatakan bahawa fotografi itu adalah suati subjek mental yang perlu diperincikan. Ini adalah dasar sesuatu seni, tentang etika, ekspresi, interpretasi dan pemahaman idea. Bagi saya, jiwa fotografi itu adlah jiwa yang cukup halus dan berwajahkan seni

Mohd Azlan - Fotografika Magazine isu 03 Okt/Nov 2011


kamera yang baik tidak menjanjikan hasil yg baik juga...yg memegang kamera harus lebih bijak dalam merakam sesuatu suasana.jurugambarlah yg mencorakkan imej yg bakal dibentuk..

sekian dulu dari acik..


selepas sesi phototalk,sempat berukhuwah di rumah sahabat2 dari Kelantan..Kehadiran tetamu dr Malaysia,tenaga pengajar dr sebuah maahad tahfiz di Selangor..

Nota kaki : PMC atau PMRAM Multimedia Centre adalah suatu unit yg ditubuhkan semenjak tahun 2000 bagi melicinkan segala program anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dari sudut teknikal,sistem siaraya,dokumentasi video dan gambar sewaktu program dijalankan..Bermula dibawah seliaan Presiden PMRAM dibawah lajnah antarabangsa.tahun demi tahun PMC seterusnya diletakkan dibawah seliaan Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM bermula pada tahun 2007 sebagai subunit BPP PMRAM.


Terima Kasih sebab sudi singgah fp acik ni...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net